Bab 13

334 24 5
                                    


Hati Hayfa rasa berbunga bunga bila Aydan bagitahu dia nak nak bawak Hayfa pergi tasik. Dalam kepala, Hayfa mula membayangkan sebuah perahu kecil yang dihiasi reben bewarna merah dan biru. Lepastu, Aydan berdiri dan mengungkapkan kata kata romantik. Wow, sweet nya!

Hayfa terjenguk jenguk sekitar tasik yang jernih itu. Hmm, tiada kapal ataupun perahu pun? Hayfa mengerling sekilas ke arah Aydan yang hanya menyarungkan plain white T- Shirt dengan seluar slack. Ringkas aje?

"Nah."

Lamunan Hayfa mati di sekerat jalan. Tidak berkelip matanya memandang joran pancing yang dihulurkan ke arahnya.

"Untuk saya?" Hayfa menuding jarinya ke arah diri sendiri. Seakan memerlukan kepastian. Biar betul Aydan ni?

"Ha'ah."  Aydan mengangguk.
Lambat lambat Hayfa menyambut huluran itu. Dahinya berkerut seribu

"Seriously ? Awak nak saya memancing?"

"Pembetulan. 'Kita', akan memancing." Kata Aydan sambil mengeluarkan barang barang daripada keretanya. Kerusi lipat juga dibuka lalu ditepuk tepuk perlahan. "Duduklah."

"You sure ?"

"Yap." Aydan menarik senyum. Dia meletakkan umpan pada mata kail sebelum melontarkan joran ke dalam tasik. Hayfa sudah rasa geram.

"Tak romantik langsung." Hayfa merungut. Aydan hanya senyum sinis, malas nak berbasa basi. Hayfa menghenyakkan punggungnya pada kerusi lipat itu. Walaupun geram, tetap rasa nak join.

Dato' Khayruddin selalu membawanya bersama bila nak memancing bila balik ke kampung dulu. Jadi, Hayfa ada serba sedikit tahu tentang memancing. Tapi, lepas arwah Tok Wan meninggal, Dato' Khayruddin jarang jarang balik. Hayfa pun bukannya minat memancing. Tiba tiba, Aydan menimbulkan balik perasaan 'nostalgia' tu.

"Lagipun orang kata lelaki nama kacak kan masa memancing. Kan?" Aydan menjongket kening, seperti ingin mengusik. Hayfa mencebikkan bibir.

"Awak tahu tak, ayah dan mak saya dulu dating kat pawagam tahu. Tengok wayang, boleh gelak gelak.." Hayfa mengerling ke arah Aydan. Aydan hanya ketawa kecil.

"Hmm, sini lagi baik. Tenang, damai..dan yang paling penting, terbukak. Orang boleh lalu lalang." Kata Aydan tanpa memandang Hayfa.

"Pulak dah." Hayfa mengeluh berat.

"Betullah. Mak dengan ayah aku dulu pun tak pernah dating tahu sebelum kahwin." Kata Aydan lagi. Hayfa membulatkan mata.

"Jadi, macam mana boleh kahwin?"

"Entah." Aydan angkat bahu. Hayfa masih lagi dengan dahi berkerut seribu. Tapi malas mahu bertanya lebih lanjut tentang family Aydan. Takut dia ingat aku ni busybody pulak.

"Cinta tu bukannya kena dating banyak kali. Cinta tu hadir bila kau pandang seseorang, dan spend time dengan seseorang..Then your heart start beating so fast dan kau rasa macam dunia ni bergerak dengan sangat perlahan bila kau dengan dia. Then, firasat kau mengatakan. That's the one for me and the one that I want to spend my whole life with. Itu lah cinta sebenarnya." Panjang lebar
Aydan menjelaskan. Wajahnya masih lagi tidak beriak, hanya pandangan kosong dilontarkan ke arah tasik yang terbentang di hadapan.

Terbeliak mata Hayfa memandang Aydan. Tangannya dilambai lambaikan di hadapan mata Aydan.

"Apa?" Aydan kerut dahi.

"Biar betul awak ni Aydan? Ke orang lain ni?"

"Kau ingat siapa? Brad Pitt in disguise ?" Aydan menggelengkan kepala. Pandangannya kembali ditalakan ke arah joran. Hayfa mengekek ketawa.

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now