Bab 20

283 27 5
                                    


Langit yang mendung menumpahkan hujan lebat . Rasa tenang seakan menyerap terus ke dalam benak jiwa . Hayfa berpeluk tubuh , berharap agar badannya menjadi hangat sedikit. Rasa tenang , sebab kerjanya siap tepat pada hari Tan Sri Jeffrey nak datang .

"Ifa !" Tania menepuk meja kuat , menyebabkan bahu Hayfa terhinjut . Nyaris perkataan tidak elok meluncur daripada dua ulas bibirnya .

"Ish , Nia ! Jangan buat aku terkejut macam ni . Mau gugur jantung aku tahu ?" Hayfa menjegilkan mata . Tania menyimpulkan senyum .

"Hahah , aku hairan tengok kau termenung . Anyway , hari ni big day tahu . Tan Sri nak kenalkan boss baru kita !" Tania teruja . Senyumannya kian melebar .

"Tak peduli . Harap tak garang macam dia lah ." Hayfa menjawab acuh tak acuh . Kelopak mata terasa berat . Mungkin kerana cuaca sejuk menyebabkan dia mengantuk .

"Amboi kau , mudah aja jawapan." Tania tergelak kecil .

"Nia , Ifa . Kau buat apa tercegat sini ?" Raph muncul entah dari mana bersama secawan kopi panas di tangan . Keningnya dijongketkan .

"Uh , borak borak . Office tak sibuk sangat kot harini ." Jawab Tania . Raph mencebikkan bibir sahaja .

"Tak lama lagi Tan Sri nak datang , siap bawak special guest.
Client pun ada datang . Jadi , semua orang sibuk lah nak check itu ini . Kau orang je yang kata 'tak busy '." Ujar Raph . Kopi panasnya disisip .

"Eleh , nak kritik orang . Kau tu buat apa hah?" Tania menaikkan jari telunjuknya tepat ke wajah Raph . Raph pasang muka toya .

"To make sure you don't do something stupid ?"

Tania kemam bibir. Jawapan Raph memang buatkan dia membahang satu badan .

"Whatever Mr. that was paid to make sure I didn't do anything stupid . " Tania menyindir . Raph buat pekak . Kalau asyik melayan Tania , memang asyik gaduh la .

Hayfa cuma diam . Rasa mengantuk masih bersarang dalam diri , apabila tiba tiba telinganya menangkap bunyi puluhan tapak kaki bergerak .
Matanya dihalakan pada Tania dan Raph .

"Ah , dah sampai kot ." Raph bergegas menyudahkan minumannya . Tania pula sudah bergerak .

Hayfa memisat mata . Tapi kerana rasa ingin tahu , dia berdiri . Digagahkan juga kakinya untuk dihayun ke arah orang ramai sedang berkerumun.

Matanya disepetkan . Retina matanya berusaha menangkap figura seorang lelaki tua yang aura garangnya jelas .Pakaiannya kemas dan bersih , jelas menunjukkan personalitinya yang teliti dan profesional. Hayfa cuma mencebik .

Saat itu suara tapak kasut bergema . Kepalanya ditoleh ke arah pintu masuk . Seorang lagi lelaki bersut hitam dan bertali leher merah melangkah masuk .
Hayfa rasa tubuhnya beku .

Dunia di sekelilingnya seakan bergerak dalam slow motion . Mata Hayfa terus terbuntang luas. Pandangannya tidak lepas memandang wajah lelaki tampan itu . Kehadiran lelaki itu telah menyingkap memori yang telah lama bermukim di kamar hati .

Dia tampak sungguh berbeza .
Wajahnya mempamerkan kematangan , dan anak matanya yang redup seakan menikam benak jantung Hayfa . Fikirannya kemas dan berkelas tinggi . Aura maskulin meluap luap daripada lelaki itu .

"Ay-Aydan ?"

Hayfa seakan berbisik . Seolah bertanyakan diri sendiri . Matanya dipisat , tapi imej yang sama terbias pada retina . Ini bukan ilusi tapi realiti .

"Ifa ! Oh my god . " Tania datang menghampiri . Hayfa seakan baru tersedar . Dia perasan bayang Tan Sri Jeffrey dan Aydan telah lesap .

Hayfa rasa tubuhnya bagai direnjat elektrik statik . Tubuhnya masih kaku , seakan digam pada lantai dia berpijak .

"Handsome kan anak Tan Sri ?
Aku rasa dah melting ni woi ."

"Jap..anak ?" Hayfa bertanya , mahu memastikan apa yang dia dengar sebentar tadi benar .

"Ya..takkan kau tahu ? Raph tak cakap ke ?" Tania angkat bahu .
Hayfa bungkam , pantas kepalanya digelengkan .

Hayfa masih lagi terperanjat . Perasaannya sekarang sukar ditafsirkan dengan kata kata . Semuanya bercampur baur.

"Raph kata nama dia -"

"Aydan ?" Hayfa tersenyum kelat. Tania mengangguk .

"Ya . Aydan Taufik Bin Tan Sri Jeffrey . Baru balik oversea setahun , tak tahulah belajar ke apa ." Tania berbasa basi. Hayfa mengangguk , mengiyakan .

Hayfa masih lagi terpanar . Dua tahun bukanlah waktu yang sekejap . Ruang yang Aydan tinggalkan amat memberi impak kepada hidupnya . Tiba tiba lelaki ini muncul semula , dan secara kebetulan dia merupakan anak dan pewaris kepada usahawan terkenal .

Dasar joker . Besar sungguh rahsia yang dia sembunyikan dari aku selama lebih dua tahun .

"Kenapa tanya ? Dah takap cinta ke apa?" Tania mengusik . Hayfa cuma mencemikkan bibir .

"Of course no !" Sebaik menuturkan kata kata itu , dia terus beredar . Tidak mahu terus lama tercegat di situ .

*****

"Hayfa ?"

Lamunan Hayfa mati . Pandangannya dihalakan ke arah seorang staff wanita berbaju ungu di sebelahnya .

"Ya , ada apa ?" Balas Hayfa .

"Ni.. boleh tolong letak dalam office boss tak ? Tan Sri Jeffrey nak guna esok. " pinta wanita itu. Hayfa kerut dahi .

"Huh ? Kenapa tak awak je ?"

"Saya kena balik rumah sekarang. Urgent leave . Tolong ya ?" Wanita itu kedengaran terdesak . Gelisah dan kelam kabut .

Hayfa mengeluh sebelum menganggukkan kepala . Gadis itu tersenyum sebelum menyerahkan beberapa fail nipis kepada Hayfa .

"Terima kasih Hayfa , I owe you one . " Wanita itu tergesa gesa beredar setelah mengucapkan terima kasih . Hayfa tersenyum kelat .

Lambat lambat dia bangun dari kerusinya . Tak silap , Tan Sri Jeffrey sudah pulang tidak lama tadi . Jadi kemungkinan dia akan bertembung dengan Aydan adalah tipis .

Hayfa rasa kekok untuk bertemu dengan lelaki itu sekali lagi . Bagaimana mahu mulakan perbualan ? Kalau dia ada amnesia dan dah lupa aku ? Kalau dia dah ada bini ? Anak berderet deret ?

Hayfa menggelengkan kepala. Cuba mengusir semua persoalan aneh yang kerap terpacul di minda. Hayfa beranikan diri melangkah ke office dan menguak daun pintu .

Suasana bilik itu agak suram tanpa cahaya dari lampu . Hayfa rasa lega . Telahannya benar , mereka berdua sudah pulang. Hayfa melangkah masuk .

"Letak je dekat situ ."

Hayfa terperanjat . Kepala ditoleh ke arah pemilik suara itu.
Berderau darah melihat figura seorang lelaki berkemeja putih berdiri membelakanginya . Lelaki itu terlalu ralit membelek helaian fail penting sehingga tidak menoleh ke arahnya .

Aydan .

"B-baik ." Hayfa cuba menahan emosi . Fail itu diletakkan di atas meja di tengah tengah bilik .

Baru sahaja dia ingin berlalu , Aydan berpaling . Hayfa mengeraskan tubuh saat pandangan mereka bertembung .
Dahi Aydan berkerut .

"Hanani ?"

Oh shoot . No no no no no !

"Ya ?" Hayfa cuba mengukir senyuman . Jantung bagai dihentak. Antara terkejut lelaki itu mengecamnya , dan kerana perasaan janggal untuk berdiri di hadapan Aydan setelah sekian lama .

Aydan tidak memberi sebarang respons pada mulanya . Sebelum tiba tiba hujung bibirnya ditarik, membentuk senyuman yang cukup sinikal . Hayfa rasa nafasnya sudah tersekat . Jantung berdegup kencang . Tidak dapat menduga apa yang bakal Aydan tuturkan.

"Surprise ."

*****

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now