Dari atas puncak ferris wheel, pemandangan pesta itu menjadi jamahan mata. Semuanya kelihatan begitu kecil dan indah dari atas. Hayfa mendakap erat teddy bear merah jambu yang telah dimenangi tadi. Terkejut jugak bila Aydan menang first prize , rupanya ada sebab juga Gen panggil Aydan 'master'."Terima kasih banyak. Sebagai tanda penhormatan, saya namakan teddy bear ni...Master!"
"What? Carilah nama elok sikit!"
Aydan membulatkan mata. Hayfa hanya menyeringai. Aydan benar benar tak suka agaknya dengan gelaran 'master' tu."Eh, okay apa. Nanti kalau saya tengok cik Master ni, saya ingat la kat awak. Amacam?" Hayfa sengih, tapi masih tiada balasan daripada Aydan.
Hayfa mengerling ke arah Aydan. Lelaki itu nampak lain harini. Dia selalu mengelak daripada bertentang mata dengan Hayfa, dan kadang kadang nampak gelisah. Entah kenapa tiba tiba perangai Aydan jadi sebegitu, sedangkan sebelum ni nampak normal aja.
"Awak okay ke?" Tanya Hayfa, cuba menjadi prihatin.
"Hah? Apa?" Aydan tersentak.
"Awak ni, okay ke tak? Nampak gelabah semacam. Ke tak sihat?"
"Takde pape. Cuma kau tu.." Aydan seperti tersedar dia terlepas cakap. Dia ketap bawah bibir kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Saya? Saya apa?" Serentak Hayfa membelek belek wajahnya dan pakaian. Semuanya nampak ok, apa yang tak kena? Aydan nampak serba salah. Dia menelan liur yang terasa berat di celah rengkungan.
"You look lovely."
Tap...
Ferris wheel itu berhenti seketika. Mereka berada betul betul di atas puncak. Hayfa menatap seraut wajah itu lama. Terasa tidak dapat percaya apa yang baru sahaja menyapa gegendang telinga. Hayfa terpinga pinga sahaja, tidak tahu apa yang patut dibalas.
"Err.. terima kasih..."Hayfa mengukir senyuman kelat sambil pura pura membetulkan kedudukan tudungnya yang senget. Aydan pula diam.
Keadaan jeda seketika. Masing masing berdiam diri. Sesekali Hayfa mengerling ke arah Aydan. Lelaki itu seperti mahu mengatakan sesuatu.
"Boleh aku tanya?"
"Tanya apa?"
Aydan menghela nafas berat. Terasa begitu berat apa yang bakal disampaikan ini. Jantungnya berdegup kencang lagi.
"Pada kau, aku ni cuma sekadar jiran je?"
Jeda seketika.
"Kenapa? Awak nak saya anggap awak apa, Aydan?" Hayfa angkat kening. Aydan mengeluh panjang. Dia memandang tepat ke arah Hayfa, seakan mencari sesuatu yang tersirat di sebalik anak mata gadis genit itu.
"Forget what I just said. "
"Aydan--"
"Tak, lupakan. Aku tak sedar apa aku cakap tadi." Aydan menongkat dagu. Hayfa kemam bibir. Otaknya ligat memikirkan apa yang patut dibacarakan. Tak betah rasanya suasana janggal sebegini.
Roda ferris berputar lagi. Kali ini lebih laju membuatkan gadis kecil seperti Hayfa terasa ingin melayang.
"Hanani," Aydan berdehem perlahan. "Kalau kau pakai baju kurung kau nampak lebih comel."
Hayfa menarik senyum. Berbunga pula rasa hati bila dipuji begitu.
"Awak pun satu, berhentilah pakai baju hitam, seluar hitam. Menakutkan tahu."
"Like the first time we met ?" Aydan ketawa kecil. Dia cuba menahan tawa bila teringatkan betapa bersungguh Hayfa melarikan diri sampai sanggup lempar kasut kesayangan. Padahal masa tu Aydan cuma nak balik rumah.
"Awak tu, nampak scary. Pakai hoodie hitam, lepastu pandang tajam je kat orang. Mana tak takut." Omel Hayfa. Dia menyilangkan tangannya kat dada.
"Masa kau datang rumah aku pertama kali tu pun sama. Aku nampak kau menggigil. Sakit perut aku gelak lepastu."
"Yang tu-"
"Sebenarnya hari tu aku suruh si Gen datang baiki tingkap. Entah kenapa air sirap tu tumpah atas baju Naruto kesayangan dia. Terus dia masuk bilik air, jadi aku nak baiki sendiri. Tiba tiba kau datang tuduh aku macam macam."
Hayfa tekup muka. Terasa diri begitu teruk sebab dah fikir bukan bukan kat Aydan padahal Aydan tak silap apa pun. Sampai kena marah dengan Datin Normah sebab bersangka buruk dengan Aydan.
"Yelah, salah saya. Overthinking sangat dengan drama, sampai terbawa bawa ke realiti."
"Baguslah sedar diri." Kata Aydan. Hayfa memutarkan bola matanya ke atas.
*****
"You know what ? Kau boleh panggil patung beruang ni Cik Master." Kata Aydan sebaik mereka menapak keluar daripada roda ferris . Hayfa kerut dahi. Tadi bukan main protes, ni setuju pulak dah.
"Eh, tiba tiba setuju pulak. Apesal?"
"Jadi, bila kau tengok patung ni, kau teringatkan aku." Aydan senyum lebar. Patung itu ditarik lalu ditekup lembut pada muka Hayfa. "Nah, ciumlah cik Master ni puas puas."
"Amboi, seronok eh?" Hayfa ketawa. Patung itu diambil dan didakap semula.
"Aydan, nanti kita keluar lagi ya?" Pinta Hayfa. Masa berlalu begitu pantas harini, seakan tidak cukup untuk dia meluangkan waktu dengan Aydan. Bagi Hayfa, kata kata itu tadi tidak membawa apa apa maksud yang bermakna. Sekadar ajakan biasa.
Aydan nampak terkejut. Lambat lambat dia menganggukkan kepala tanda setuju.
"Ni, kira date ke?" Tanya Aydan lambat lambat. Hayfa jongket kening.
"Entahlah, awak rasa?"
"Tanya aku pulak. Kalau ikut aku, aku tak keluar dating dah. Aku hantar rombongan meminang terus." Aydan mendabik dada sambil tersenyum simpul.
"Hm, yelah tu." Hayfa mencemik lagi. "Next time, saya bawak Ilya sekali. Takdelah awak rasa kekok dah."
"Hmmmm.." Aydan hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa, benak Hayfa kuat mengatakan Aydan tidak senang jika dia bawak Ilya.
"Hanani, kau suka naik bot tak?"
Hayfa ketuk dahi menggunakan jari. Seolah olah sedang berfikir.
"Bolehlah...Saya layan je. Kenapa tanya?"
"Saja.." Aydan angkat bahu. Hayfa diam saja. Kalau dia tanya pun bukannya si Aydan ni nak jawab. Senyum aja memanjang.
"Master!" Maskot beruang meluru ke arah mereka berdua.
Gen tercungap cungap. "Letih Ya Allah! Nak layan budak budak tu.
Lain kali master lah ganti.""Kata nak beli jaket Naruto." Kata Aydan.
"I gave up!" Gen angkat kedua belah tangan. Pandangannya tertunak pada patung beruang yang didakap erat Hayfa. "Wow, master..dah siap beli hadiah untuk girlfriend eh?"
"Kau ni...diam aje tak boleh ke?" Aydan kancing gigi, geram. Dah berjuta kali aku pesan pun, Gen buat bodoh aje.
"Cik Hayfa tahu tak, master ni nampak je macam takde perasaan..tapi deep inside, he's a real softie. Tak rugi jadikan dia pasangan hidup--Umph!" Gen meronta ronta apabila tiba tiba mulutnya ditekup dari arah belakang oleh Aydan.
Hayfa ketawa melihat gelagat mereka. Wajah Aydan yang sudah mula berona merah membuatkan sanubarinya tercuit.
"Ahaha, master malu la tu!" Gen ketawa berdekah dekah. Aydan palingkan wajahnya ke arah lain. Mukanya sudah merah padam.
"Cik Hayfa, belon yang saya bagi tu dah pecah?"
"Bukan, terlepas. Sebab kalut sangat nak sambar beruang ni, sampai lupa kat belon." Hayfa sengih. Gen hanya mengangguk.
"Oklah, saya rasa saya dah kena balik. Kalau lama sangat, nanti papa saya marah." Hayfa mengerling sekilas ke arah jam tangan yang dipakai. "Saya pergi dulu ya?"
"Hmmm." Ujar Aydan. Hayfa cepat cepat mengatur langkah pergi. Sungguh, dia tidak faham kenapa dia rasa belum puas meluang waktu dengan Aydan harini.
****
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...