Mungkin salah aku sebab terima dia terlalu awal . Aku terburu buru menyerahkan hati aku . Dasar anak dara tak malu la Hayfa Hanani !"Hanani !"
Mata Hayfa terbuntang luas . Bulu romanya terasa menegak .
Dia menoleh ke arah punca suara itu . Tania sedang melambaikan tangan ke arahnya sambil tersengih ."Yo , whats up ! Kenapa termenung ni?" Tania menepuk bahu Hayfa perlahan . Hayfa mengeluh .
"Err , takde apa . And please , jangan panggil aku Hanani lah Nia." Hayfa senyum kekok . Tania menjongketkan kening sahaja .
"Kenapa pulak ?"
"Tak biasa aja ." Hayfa memberi alasan . Tania hanya mengangkat tangan , seolah olah mengatakan
Whatever ! Hayfa cuba mengukir senyum .Kalau boleh , dia tak nak ingat pasal Aydan . Dua tahun sudah berlalu sejak kali terakhir dia dengar khabar fasal jejaka itu .
Hayfa pun sudah lost contact dengan Gen , satu satunya insan yang ada maklumat lengkap tentang Aydan . Cafe milik Gen sudah diambil alih orang lain kerana lelaki itu sudah berhijrah ke tempat lain .Jadi , Hayfa cuba terima lumrah dia sudah putus hubungan dengan mereka berdua ."Raph tak ikut ?" Hayfa ubah topik , sambil sambil nak menyakat si Tania ni . Sebaik nama Raph disebut , muka Tania terus masam .
"Ahh , kau ..usah disebutlah nama Raph tu . Spoil mood betul." Tania sudah mendengus kencang . Hayfa ketawa . Entah kenapalah si Tania ni menyampah betul dekat si Raph sedangkan dia tu baik .
"Ah , kau tahu , kadang kadang benci , meluat ..lama lama kau suka ." Hayfa menyiku perlahan lengan Tania .
"Elehh , mana kau tahu ?"
"Aku tahulah .."
Sebab aku dulu pun macam tu .
"Hmm , dah . Melayan jiwa sastera kau tu sampai bila pun tak habis . Aku nak belanja kau ni, jangan sampai aku sesal ."
Tania mencekak pinggang ."Kejam!" Hayfa ketawa lagi. Perutnya ditekan berkali kali .
Kalau dengan Tania , memang dia akan mengekek ketawa macam orang tak betul ."Dah , jom--"
Baru sahaja Hayfa angkat punggung daripada bangku , matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang dia kenali sedang berjalan di hadapannya . Hayfa kecilkan matanya . Ya , dia kenal lelaki yang pakai T - Shirt yang bertampal tulisan Jepun itu .
Gen !
"Kau tengok siapa tu , Fa?"
Tania bagai mencari cari . Berkerut kerut dia melihat reaksi tiba tiba dari Hayfa itu ."K- kejap Nia . Lepasni aku datang balik . " Hayfa bangkit berdiri . Meninggalkan Tania yang terpinga pinga .
Hayfa cuba mencelah di balik lautan manusia itu . Rasa tersepit dan lemas . Sebaik dia keluar ke tempat tadi , bayang Gen sudah lesap . Hayfa kaku , matanya terus meliar di sekeliling .
Tak , mata dia belum rabun . Dia pasti dia nampak Gen sedang duduk tidak jauh darinya . Mustahil matanya silap mengecam wajah orang . Gen tak boleh hilang tiba tiba !
"Weyh , Fa...apa kau buat ni ? Kau cari apa ?" Tania datang mendekat . Hayfa kaku . Rasa terkedu masih menguasai tubuh badan .
"Aku...aku silap kot . Aku rasa aku nampak orang yang aku kenal tadi . Biarlah , takde apa pun ." Hayfa ukir senyum kelat .
Tania masih bingung , tapi lekas menarik tangan Hayfa beredar dari situ .
![](https://img.wattpad.com/cover/120176319-288-k465914.jpg)
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...