Hayfa menjenguk ke luar. Seperti sedia kala, tubuh Aydan sudah terpacak di luar. Wajahnya sugul dan muram. Cuma baju kelabu dan seluar panjang disarungkan pada tubuhnya. Dia sedang membasuh motosikalnya yang terkena kesan lumpur."Master, master dah bangun ke?"
Hayfa mengusik. Aydan hanya mengerling sekilas ke arah Hayfa yang sedang menongkat dagu dan ralit memerhatikannya."Adik awak dah balik?" Hayfa bertanya lagi, mengharap Aydan sudi bercakap lagi dengannya seperti hari hari lalu. Hayfa mencebikkan bibir apabila Aydan tidak seakan akan tidak ambil peduli akan kewujudannya. Hmmm, rajuknya masih bersisa.
"Come on, Aydan. Awak nak terus bisu dengan saya sebab semalam? Awak jangan jadi macam budak budaklah."
"Since when do you care too much about a neighbour?" Ujar Aydan tanpa memandang Hayfa. Hayfa ketap bibir, Aydan nampaknya semakin suka menyindirnya.
Sehari tak berbual dengan Aydan, Hayfa jadi resah. Mungkin sebab dia tak perlu berpura pura di hadapan Aydan. Kalau di hadapan Syazwan, dia nak kena control ayu, konon macam wanita Melayu sejati. Di hadapan Aydan, mulutnya lancar sahaja bercakap sesuka hati.
"Aydan, saya rasa awak ni--"
"Nah," Aydan bergerak menghampiri lalu menghulurkan sehelai kertas. Hayfa menyambutnya lambat lambat.
"Kau boleh datang dengan kawan."Ada pesta yang bakal diadakan di bandar. Terkejut Hayfa memandang ada dua tiket disertakan dengan notis tu. Hayfa angkat muka, menatap sepasang mata redup milik Aydan.
"Awak pun pergi?"
"Mmmhmm." Aydan menganggukkan kepala. "Adik aku kerja sana."
"Thanks. Nanti saya kasi Ilya."
Hayfa mengukir senyum. Aydan hanya menggumam perlahan sebelum mengatur langkah semula ke arah motosikalnya.
Hayfa mencebik. Dia ni marah lagi lah kat aku!"Aydan janganlah marah lagi kat saya. Kenapa awak marah sangat saya panggil awak jiran? Awak nak saya anggap awak apa?" Bertalu talu soalan Hayfa. Semakin panjang muncungnya apabila Aydan masih diam.
"Aydan, maafkan saya.." Hayfa masih belum puas memujuk.
Baru sahaja matanya berkaca kaca, Aydan ketawa. Hayfa kerut dahi."Seronok jugak ugut kau ni."
Aydan menarik senyum. Kepalanya digelengkan berkali kali."Dah habis merajuk dah?"
"Sejak bila aku merajuk? Saja nak tengok kau pujuk aku macam mana."
"So?"
"Bolehlah. Tapi dengan kau ni tak boleh buat buat merajuk dengan kau lama sangat. Tengok kau buat muncung macamtu pun aku dah nak gelak...." Aydan ketawa lagi. Hayfa memutarkan bola matanya ke atas. Yalah tu!
"Dan, kau kena ingat, you're still my mrs. Harley Quinn. "
Jantung Hayfa bagai dihentak.
Terpaku seketika dengan suara Aydan dan senyumannya yang menawan. Aydan, dia memang misteri. Aku tak tahu apa nama sebenar dia, tak tahu apa background dia, siapa keluarga dia ataupun dari mana asal usulnya.Tapi suatu yang pasti, dia adalah Aydan. Semua tentang dia adalah suatu misteri yang menanti untuk dirungkaikan.
"Saya bukan hak mutlak awaklah. Tak perlu nak cop macamtu."
"Pembetulan. You're not my mrs. Harley Quinn..yet. "
*****
Riuh rendah kawasan pesta itu. Mata Hayfa meliar sekeliling. Sesekali gelagat kanak kanak yang berlari lari ke sekeliling, membuatkan Hayfa tersenyum simpul. Sesekali baju kurung bewarna peplum yang dipakainya itu ditepuk tepuk.
Dari jauh kelihatan Aydan sedang menghampiri. Hayfa mencebik melihat baju T- Shirt hitam dan seluar jeans yang dipakai lelaki itu. Apalah, tak reti bergaya langsung
"Mana Ilya?" Tanya Aydan. Matanya mencari cari kelibat Ilya.
"Dia ada hal. Jadi saya datang sorang."
Aydan nampak terkejut. Dia berdehem perlahan dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hayfa kerut dahi.
"Awak apesal?"
"Takde apalah. Kau..er..kau nak ikut aku ke?" Soal Aydan. Hayfa mengangguk saja. Sesekali tudung shawl yang terlilit di kepala bergerak beralun mengikut arus angin.
"Master!"
"Opocot!!" Terlompat kecil Hayfa apabila tiba tiba disergah oleh seorang lelaki di dalam pakaian maskot beruang. Dia mengurut dada.
"Master, master bawak cik ni ya?" Lelaki itu membuka topeng maskotnya. Hayfa mengecilkan mata ke arah seraut wajah yang dia cam. Gen!
"Ee, apa awak ni! Terkejutlah!" Hayfa memukul perlahan dada Gen. Gen hanya tersengih, mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik.
"Kan aku dah kata, berhentilah panggil aku macam tu!" Marah Aydan. Matanya melirik ke arah Hayfa yang sudah tersenyum memperli.
"Alaa, master. Janganlah marah marah. Nanti cepat tua." Gen mengangkat tangan dan membuat simbol piece.
"Eh, Gen. Awak kerja sini?" Tany Hayfa. Matanya tertancap pada belon bewarna warni dalam cengkaman Gen.
"Ha'ah. Saja cari duit lebih, nak beli jaket Naruto edisi terhad!"
Gen bersuara lagi, mengundang tawa Hayfa. Aydan pula semakin meluat dengan adiknya yang terlalu obses dengan kartun daripada negara matahari terbit itu."Nah, cik..er?" Gen jongket kening. Baru sedar dia belum tahu nama gadis bertudung di hadapannya itu.
"Hayfa. And by the way, nama sebenar awak apa? Takkanlah Gen je?"
"Tak penting pun nama real tu.
Nah, ni untuk cik Hayfa. First date kan?" Gen menghulurkan belon bewarna merah ke arah Hayfa. Hayfa menyambutnya dengan kerutan di dahi."Hah? Siapa?"
"First date, dengan master."
Aydan membulatkan mata. Hayfa hanya tersenyum sahaja sambil mencuri curi pandang Aydan. Pertama kali dalam sejarah, muka Aydan merah padam. Malu mungkin.
"Eh, memandai je kau ni Gen. Mintak kena luku ke apa?!"
Aydan cuba menahan debar di dada. "Sudah, Hanani. Jangan dilayan dia ni. Nak ikut aku ke tak ni?""Baik, saya ikut awak, master." Hayfa menundukkan sedikit kepalanya.
Aydan sudah menjeling tajam. Mungkin marah dipanggil dengan gelaran yang tidak disukainya itu. Hayfa terkocoh kocoh mengikuti langkah Aydan yang sudah jauh ke depan, meninggalkan Gen yang sudah dikerumuni anak anak kecil.
"Aydan, tengok tu."
Hayfa menarik baju Aydan. Matanya tertunak pada patung beruang yang tersusun di atas rak. Matanya bagai bersinar sinar.
"Kau tak pandai main menembak." Kata Aydan. Ada panah kecil dan sebuah papan hitam putih tergantung pada gerai itu.
"Who said I'm going to do it ?"
"Jadi, akulah?"
"Please, do it for me ~" Hayfa mencebikkan bibir. Kelopak matanya dikelipkan berkali kali.
"Kalau awak menang, lepasni kita naik ferris wheel tu sama sama. Ok? Please ~"Aydan mengeluh. Kakinya dihayunkan ke arah gerai itu.
Memang dia tak boleh buat tak endah dengan Hayfa. Gadis itu memang istimewa padanya."Mana satu kau nak?"
"Yang hadiah pertama. Teddy bear warna merah jambu dengan reben tu." Hayfa menjuihkan bibir ke arah patung beruang yang besar terletak di atas rak.
Aydan senyum sinis."Alah, perempuan. Suka sangat barang warna pink. "
"Hish, suka hati sayalah. Cita rasa saya kan?" Hayfa mencemik.
"Ke..awak tak yakin boleh menang hadiah pertama?""Heh, kacang je ni." Aydan mengambil pistol mainan yang dihulurkan pekerja itu.
"Kan, kalau tak jatuhlah martabat awak sebagai master."
Hayfa mengusik. Dia ketawa kecil apabila Aydan menjelingnya tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/120176319-288-k465914.jpg)
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...