Bab 4

393 33 6
                                    


BAM!

Terhinjut bahu Hayfa dan Ilya kerana terkejut. Serentak, mereka mengkalihkan pandang ke arah Dato Khayruddin yang sedang marah. Mukanya bengis dan matanya bersinar garang. Tidak pernah lagi Dato' Khayruddin kelihatan marah sampai macam tu sekali.

"Papa..papa kenapa?" Takut takut Hayfa menyoal. Dato' Khayruddin tidak membalas sepatah pun. Ikatan tali lehernya dilonggarkan dan dicampak ke arah sofa. Dia segera naik ke biliknya.

"Sejak akhir akhir ni, papa memang macamtu ke Lya?"

"Kadang kadang. Masa kau keluar." Ilya tunduk menekur skrin telefon bimbitnya. Riak wajahnya yang tidak memaparkan sebarang reaksi seolah olah sudah betah dengan  situasi itu.

"Masalah apa?"

"Agaknya, pasal company dia. Kau tahulah papa tu macam mana. Marah macam mana pun, dia takkan bagitahu masalah dia."

Hayfa bungkam. Hanya matanya dilirikkan ke arah pintu bilik Dato' Khayruddin yang terkatup rapat. Teruknya, papa ada masalah dan aku tak tahu pun.

"Nampaknya kau tak tahu langsung pasal perniagaan Dato' Khayruddin, kan?"

Terasa menyirap darah Hayfa apabila suara Aydan menuturkan kata kata itu terngiang ngiang di kepala. Sudah terang lagi bersuluh, ada sesuatu yang Aydan tahu tentang Dato' Khayruddin! Aryan..siapa awak sebenarnya?

Dia bukan lagi psycho scary yang suka stalk orang, dia orang lain. Dia punya identiti lain. Aku yakin, dia datang kerana didorong oleh objektif lain. Aydan, full of mystery

Hng, tapi apa motif dia ikut aku malam tu? Hish, aku kena berjaga jaga dengan mamat psycho stalker scary..Ah! Aku lupa nama gelaran yang aku bagi kat dia! Panjang gila!

Nak panggil Joker pun masalah jugak, sebab muka dia tak macam Jared Letto pun. Tapi perangai memang dah iras iras. Menakutkan semacam. Cuma beza Joker warna warni sikit, yang tu asyik pakai baju warna hitam. Dah macam insan kekurangan kasih sayang dah aku tengok.  Tak habis habis Hayfa mengutuk Aydan dalam hati. Nak kutuk depan depan tak berani, dalam hati jela bermadah pujangga..cewah!

"Jauh mengelamun."

"Mak kau joker!" Hayfa tersentak. Pantas tangannya menekup mulut. Terkejut dia melihat Aydan sudah memacakkan tubuh di belakangnya sambil menahan senyum.

"Joker? Siapa joker?"

Hayfa memandang sekeliling. Ilya kau dah ghaib ke alam mana gila? Jangan tinggal aku dengan mamat psycho serial killer - ah, berbelit lidah aku!

"Ma...mama!!" Hayfa mula berundur perlahan lahan. Matanya melilau sekeliling. Aydan memutarkan bebola matanya ke atas. Over acting terlajak dah ni.

"Ifa, Ifa kenapa?" Datin Normah terkocoh kocoh keluar daripada dapur. Berkerut kerut dahinya memandang Hayfa yang sudah melekapkan tubuh pada dinding.
"Mama.."

"Ya Allah..Ifa, cubalah act normal sikit depan Ayd! Kamu ni dah kenapa? Dah bosan hidup jadi manusia, nak jadi cicak pulak ke?" Datin Normah menepuk dahi.

"Aydan buat apa kat sini, ma?" Hayfa menajamkan renungan ke arah Aydan.

"Mama nak suruh dia baiki paip." Datin Normah mengorak langkah ke dapur sambil mulutnya mengomel sendirian.

"Bagus, tindakan pantas." Kata Aydan dengan nada berbaur sindiran. Kedua belah tangannya disarungkan dengan sarung tangan putih. "You'll need that..at the right situation ."

"Dasar joker. Seronok la buat orang terkejut macam tu." Hayfa merengus kasar. Tau tau mamat gila ni dah terpacak belakang. Mujur tak sakit jantung je!

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now