Bab 19

264 21 1
                                    


Hayfa membuka laptop dan terus melayari laman web sesawang Facebook . Menggigil juga jarinya menaip nama 'Aydan' pada ejen carian itu .

What the he-dfff....kau kata taknak ingat dia lagi Ifa ?

Haa , sebenarnya aku budak yang ada sifat ingin tahu . Masa aku kenal dia dulu bukannya dia nak bagitahu siapa dia . Tak salah rasanya kalau cuma 'ingin tahu ' . Bukannya aku nak jumpa dia face to face lepastu paksa dia bagitahu siapa dia atau aku humban dia dalam lubang cacing!

Hayfa mengeluh hampa . Tiada satu pun hasil carian menunjukkan insan yang dia cari. Sebaliknya kebanyakannya lelaki dari luar negara atau remaja sekolah menengah . Bukan Aydan yang dia cari .

"Bila difikirkan balik , he never said his full name . "  Hayfa tepuk dahi . Tapi jari jemarinya terus kembali menaip pada papan kekunci , mencari profil Aydan yang benar .

'Aydanbatman '

'Aydanmaster'

'Aydan abang Gen '

'Mysterious Aydan '

'CumaAydan'

Hayfa putus asa . Bermacam jenis nama yang dia teka , suatu pun tak sesuai . Hayfa sekali lagi melepaskan keluhan .

"Hayfaaa!!"

Hayfa segera menutup laptop . Dari jauh kelihatan Tania dan Raph melambai lambai ke arahnya . Hayfa melemparkan senyuman ke arah mereka sambil membalas lambaian mereka .

"Wow , smooth trick kau ya ?
Pergi lunch seorang diri ~" Tania sudah mula menyakat . Punggungnya dilabuhkan di sebelah Hayfa . Raph menjegilkan mata ke arah Tania .

"Hek eleh kau ni Nia ? Ada ada je sakat kau tu ." Kata Raph . Tania memutarkan bola matanya ke atas . Malas mahu melayan karenah Raph yang bukan bukan itu .

"Kau apa fasal ? Tak boleh tengok muka aku ke macam mana ?" Tania menyilangkan tangan ke dada . Raph baru sahaja ingin membidas , bila Hayfa mencelah .

"Korang ni , kalau ya pun nak gaduh cover la sikit . Korang tu dah besar , malu lah kalau orang tengok perang mulut macam budak darjah 1 ." Pedas kritikan Hayfa . Tania dan Raph masing masing mencemikkan bibir , tanda tidak puas hati .

"Anyway , without further a-do ,
tadi Tuan Juki suruh kau cepatkan sikit laporan kau tu . Sebab khabarnya Tan Sri Jeffrey nak datang hujung minggu ni ."

"Eh , cepatnya ? Aku tak mula pun lagi ." Hayfa jadi kaget . Sungguh Hayfa lupa akan tugasnya itu . Nasib baik Tania ingatkan .

"Tulah awak , lain kali jangan tangguhkan kerja . Karang kalau Tan Sri Jeffrey tahu pekerja dia suka lengah lengah macam ni...
Hmmm?" Raph mengetuk dagu.

"Ish ! Janganlah cakap macamtu!" Hayfa jegilkan mata ke arah Raph . Air minumannya dikacau kacau . Geram !

"Aku pun kecut perut jugak weyh. Dengan misai dia yang dah macam bapak rimau tu , aku pun dah risau ." Tania mengeluh .

"Ek eleh Nia . Kau ni over lah . Mana ada misai dia macam anak rimau . Misai dia sikit je . Kau nipun !" Hayfa julingkan mata ke atas . Huh , sajelah tu nak bagi aku takut .

"Tan Sri Jeffrey tu kan duda ! Sebab tu muka ketat , takde pasangan nak menceriakan hidup." Kata Tania.

"Tapi dia ada anak kot . " Raph menambah .

"Ah , aku tak kisah . Yang penting, aku nak siapkan semua kerja aku secepat mungkin . Kang nanti tak sempat siap , aku yang kena ." Hayfa sudah pasang muka cemberut .

Itulah kau Hayfa , papa suruh kerja office dia kau taknak . Kononnya nak berdikari . Nah , ambik!

"Oyeah , Ifa! Aku boleh tumpang tidur rumah kau malam ni , sambil tolong kau siapkan kerja."
Ujar Tania . Wajahnya nampak berseri seri . Amboi , asal tumpang tidur rumah Hayfa aje mesti teruja !

"Aku okey je kalau kau nak tolong . Thanks !" Hayfa tepuk perlahan bahu Tania . Pandangannya kembali tertunak pada laptop .

*****

"Fuyooh , kemas ek rumah kau Ifa . Calon menantu terbaik ni!"
Tania bagai rusa masuk kampung . Matanya meliar di sekeliling bilik Hayfa yang kemas dan rapi . Dengan tema hitam putih dan patung mini yang tersusun di atas katil betul menyenangkan mata.

"Porah , kau jangan puji lebih lebih . " Hayfa mencebikkan bibir . Lilitan tudung dileraikan dan disangkut pada birai katil .

"Oh my god , tengok apa aku jumpa !" Tania mengangkat anak patung beruang bewarna merah jambu tinggi tinggi . Hayfa cuma melirikkan pandangan tajam ke arah Tania .

Hayfa cepat cepat mengeluarkan bahan kerja daripada beg miliknya . Kerja kena siap , kalau tidak memang ngerilah dia nak berdiri depan Tan Sri Jeffrey .

"Sejak bila kau minat benda macam ni Ifa ?" Tania masih lagi bermain dengan anak patung beruang itu . Hayfa mengeluh .

"Ish kau ni . Macam first time tengok teddy bear . Kerja aku ni tak siap sendiri . Faham ?" Hayfa mencekak pinggang , cuba berlagak tegas. 

"Ala , boleh tunggu kan kerja tu .
Kita chit chat dulu lah ." Tania menjongketkan kening .

"Apa pulak?"

"Sebagai contoh , dari mana kau dapat patung ni ? Mesti someone special kan ?" Tania mula mengusik . Hujung bibir Hayfa ditarik ke atas , membentuk senyum sinis .

"Funfair lah . "

"Yeke ?"

"Iyeeee !" Hayfa sudah mula berasa geram . Giginya dikancing bersama. Tania pasang muka selenge .

"Ada something ni . Aku dah kawan kau satu tahun , kau bukan jenis yang minat barang macam ni . Kau dapat dari siapa?" Tania sekali lagi menyakat . Hayfa cuba mengelak daripada menjawab .

"Alah , sekali sekala . "

"Hmmmp , apa perasaan kau dekat Raph ?"

"What ?! Urgh , janganlah tanya soalan berunsur macam tu ." Hayfa sudah rasa muak semacam. Tania sudah menongkat dagu , menanti jawapan .

"Kenapa pulak ?"

"Sebab aku dah serik lah."

"Haaa! Betullah kau pernah ada boyfriend !" Tania menjegilkan mata ke arah Hayfa . Jari telunjuk tepat dihala ke wajah Hayfa .

"T-tak ..err .. technically no . "
Hayfa kaget . Bibirnya jadi gagap apabila mengatur bicara . Tania sudah tersengih sengih .

"Taknak mengaku sudah . Aku yakin kau pernah ada ex kan ?
Amboi kau ." Tania rasa macam happy pulak tengok Hayfa terkebil kebil . Hayfa mengeluh .

"Tania , boleh tak kau jangan soal aku macam ni . Aku rimas , tahu?" Hayfa bersuara tegas .

"Aku gurau je Fa . Jangan serius sangat ." Tania ketawa kekok .
Dia mendekati Hayfa .

"Sudah la Nia . Sebab benda macamnila hidup aku miserable untuk dua tahun . Dan yes , aku pernah ada orang yang mean something for me lepastu lesap !
Ok , puas hati ? Boleh terus kerja kita sekarang huh?" Hayfa pun tidak tahu kenapa dia jadi emosional secara tiba tiba.  Kalbunya rasa dicuit dengan perasaan hiba.

Tania cuma terkulat kulat . Dia tidak tahu niatnya untuk menceriakan suasana bertukar hingga menjadi tegang .

"S- sorry Fa . Aku takde niat nak-"

"Dah , kita boleh fokus kerja sekarang ?" Hayfa cuba mengukir senyum walaupun jiwanya sedang berkecamuk . Seribu satu perasaan datang menyapa , hampir memaksa tubir matanya bergenang lagi.

"Okay . Mula kat mana ?" Tania berdehem , pura pura membasahkan tekak yang kering. Dia tidak pernah menyentuh soal itu lagi pada Hayfa .

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now