Bab 23

321 27 3
                                    


Hayfa mengerling ke arah jam tangannya . Sudah hampir setengah jam berlalu , namun mereka masih belum keluar daripada lif . Hayfa duduk berteleku di penjuru lif , cuba sedaya upaya tidak membuat eye contact dengan Aydan yang duduk setentang dengannya .

Gruu ~

Hayfa memegang perutnya yang berkeroncong . Sudah berjam dia tidak mengisi perut kerana terlalu leka dengan kerjanya. Tapi sekarang bukan masa yang sesuai nak fikir pasal makanan la Hayfa !!!

"Nah ,"

Hayfa angkat muka . Aydan menghulurkan roti yang masih di dalam plastik kepadanya . Hayfa agak ragu ragu pada mulanya.

"Aku beli tadi tapi tak sempat makan . Kau ambiklah." Kata Aydan , meyakinkan Hayfa .

"Habis , awak ?"

"Takpe . You need it most . "

Hayfa akur . Dia mencapai juga roti itu dan membuka plastik . Terasa nikmat saat roti berinti coklat itu menjamah lidahnya .
Dia berpaling ke arah Aydan .

"Thanks . " Hayfa tersenyum manis . "Awak ni gentleman jugak kan ?"

"Bukan ke tugas lelaki tu untuk melindungi wanita ?" Aydan mengangkat kening . Hayfa angkat bahu . Tidak menafikan atau mengiyakan .

"Memang . Tapi dulu awak tak tunjuk sisi gentleman macam ni."

"Aku dulu macam mana ?"

"Menyakitkan hati , sinikal , misteri?" Hayfa sempat mengutuk. Dia ketawa kecil .

"Lelaki yang kau kata menyakitkan hati , sinikal , misteri nilah yang kau ajak date tau ?" Aydan senyum sinis . Hampir terbeliak mata Hayfa mendengarnya . Eh eh mamat ni! Over pulak tuduhan dia !

"Itu bukan date ! Tolonglah ."
Hayfa putarkan bola mata ke atas. Agak menyampah sebenarnya .

" I'm here to ask you out. Agak agak siapa cakap macamni kat siapa huh ?" Aydan menduga . Hayfa merengus kencang . Rasa malu dengan geram bercampur baur .

"Yelah , saya yang gatal ! I was young and stupid ok ? Saya buat keputusan dengan tak malunya !
Puas hati ?" Hayfa membentak lagi . Aydan mengangguk .

"Puaslah jugak sebenarnya ." Aydan tersengih . Hayfa diam , malas nak memanjangkan perbalahan .

Hayfa mengeluh . Kepalanya disandarkan pada dinding lif .
Kelopak matanya terasa memberat . Selalunya waktu waktu macam ni dia dah terlelap atas katil . Berkali kali dia menguap , menandakan dia mengantuk .

"Jangan tidur ," Aydan menguatkan sedikit suaranya .
Hayfa angkat kepala .

"Hah ?"

"Janganlah tidur !" Aydan sekali mengingatkan.

"Awak takut ? Huh , nampak aja berani ." Hayfa menyindir . Aydan membulatkan mata . Memang taklah aku nak takut !

"Fine ! Suka hatilah !" Aydan tarik muncung panjang . Hayfa sekali lagi menahan tawa . Orang kata kalau lelaki merajuk memang nampak buruk . Nah , ni ada contoh seorang .

"Yelah , saya tak tidur . " Hayfa tayang sengih .

"Lagipun bahaya la kalau saya tidur dalam keadaan macam ni."
Sambung Hayfa lagi dengan nada separa berbisik .

"Apa kau cakap ?"

"Takde apa !" Hayfa menggelengkan kepala. Aydan diam . Kepalanya ditalakan ke hadapan , berharap pintu lif itu akan terbuka .

*****

Hayfa menampar mukanya bertalu talu . Kelopak matanya sekejap terbuka , sekejap tertutup . Dia enggan tidur dalam keadaan darurat sebegini.
Matanya melirik ke arah Aydan .
Wajahnya masih terlukis ketenangan .

"Dah pukul berapa ? I lost count."
Tanya Hayfa . Dia sendiri lupa berapa lama dia terperangkap di dalam lif rosak ini .

Aydan mengerling ke arah jam tangannya dan melepaskan keluhan yang panjang . Kepalanya disandarkan semula kepada dinding lif dengan mata terkatup .

"Dah satu jam ."

"S-serious ? Habis tu , macam mana sekarang ni?" Hayfa sekali lagi diserang keresahan . Kalau diikutkan hati , mahu sahaja dia lompat dari lif tu sekarang jugak!

"Tunggu jelah . Nanti adalah orang datang cari kita ." Aydan menjawab acuh tak acuh . Hayfa ketap bawah bibir . Kenapa lelaki ini nampak begitu tenang dalam situasi macam ni ?

"Ini bukan masanya untuk berlagak cool ! Dah satu jam , tiada bantuan lagi . I , I can't be stuck here ! Ya Allah , kenapa lah aku kena terperangkap." Hayfa rasa tertekan .
Aydan memalingkan muka. Hayfa telan air liur apabila Aydan memandangnya tajam .

"Kubur lagi sempit dari ni . Baru macam ni kau dah hilang sabar ?
Dah hampir 25 tahun kau tengok dunia , baru 1 jam kau duduk sini kau nak mengeluh hah ?"

Hayfa terkedu . Bicara berbaur sindiran Aydan benar benar menusuk qalbu . Hayfa tunduk , tersedar akan ketelanjuran kata katanya.

"Cubalah belajar erti sabar ! Or at least , have faith . " Sambung Aydan lagi . Hayfa bungkam .
Lidah kelu .

"Maaf . Saya..saya cuma stress ."
Hayfa rasa seperti mahu menangis pula ketika ini . Aydan pula diam seribu bahasa , tidak mahu berkata apa apa . Kot hitamnya ditanggalkan , mungkin sudah berasa panas .

Hayfa bangun berdiri . Rasa kebas kerana duduk berteleku terlalu lama . Dia mengurut kakinya yang terasa bersemut .
Hayfa kerut dahi apabila tiba tiba tubuhnya merasai gegaran kecil .

Gakkk!!!

Lif itu bergegar kuat . Hayfa yang sedang berdiri itu hilang imbangan diri gara gara terlalu kaget . Badannya terdorong ke belakang. Hayfa katup mata , bersedia kepalanya terhentak pada lanta lif yang keras .

Aik...?
Hayfa terkejut apabila kepalanya mendarat pada sesuatu yang lembut . Matanya terbelalak luas apabila mendapati sepasang tangan Aydan sudah menyambutnya . Aydan memandangnya tanpa berkelip , mungkin masih terkedu .

Dua pasang mata mereka bertentangan buat beberapa saat. Jarak wajah mereka cumalah beberapa inci sahaja .
Aydan yang tersedar pantas menolak tubuh Hayfa menjauhinya .

"M- maaf ! S-saya tak sengaja encik ehh Ay-Aydan ." Hayfa kaget . Mukanya pasti sudah merah macam delima . Oleh kerana tidak mendapat sebarang respons , Hayfa menoleh .

Aydan sedaya upaya menyorok wajahnya yang sudah merah . Pertama kali wajah Aydan merah. Dia teramat segan dan segan ketika ini sehingga tidak mampu mengutarakan sebarang kata .

Ketika itulah pintu lif terbuka .
Wajah polos pak guard menjadi jamahan mata mereka . Hayfa dan Aydan bingkas bangun berdiri.

"Masya Allah , maafkan pakcik sebab baru perasan . Pakcik tak tahu pun lif ni rosak , baru tadi pakcik suruh kawan pakcik datang baiki." Tutur pak guard itu .  Berkali kali dia membongkokkan tubuh tanda minta maaf.

"Takpe pak cik . Dah pak cik tak perasan , nak buat macam mana." Hayfa mengukir senyum kelat . Aydan bergegas keluar sambil mencapai kotnya . Dia cuma sempat berbicara sekejap dengan pak guard itu sebelum beredar .

"Mari , kesian kamu dua orang. Dah berapa lama kamu dalam ni?" Pak guard itu menyoal . Hayfa pantas keluar . Dia cuba mengira masa yang tepat .

"Emm..sejam setengah kot ."
Balas Hayfa sambil menggaru kepalanya yang berlapik tudung .

"Ya Rab , lamanya ! Maaflah pakcik tak check. " Berkerut kerut dahi pak guard itu . Hayfa tersenyum , tersentuh dengan kelakuan pak guard yang sudah lanjut usia itu .

"Takpe pakcik . Lagipun saya tak takut sangat sebab bukan saya seorang."

"Oh ya , kawan kamu tu memang pemalu ya ? Mukanya merah betul , segan agaknya dengan kamu."

Hayfa tersengih . Rasa kelakar apabila melihat Aydan sesegan itu . Agaknya ni first time muka dia merah sampai macamtu sekali . Yang penting , aku takkan biarkan kejadian memalukan macam itu terjadi lagi . Malu , weyh!

"Entahlah pakcik , saya pun confuse . "

Comel jugak laki tu bila segan .

Uhuhuhu .

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now