Bab 6

375 25 14
                                    


"Alamak, hujan! Aku tak bawah payung!" Hayfa bergegas keluar daripada kedai buku usai membeli novel kegemarannya.

Orang ramai berlari lari untuk berteduh. Hayfa cuma berdiri tegak di sebelah kedai buku itu.
Keretanya terletak agak jauh dari sana, dan Hayfa amatlah tidak suka meredah hujan dan membasahkan bajunya. Nak tak nak, Hayfa terpaksa tunggu hujan berhenti.

Splash !

Sebuah kereta melunjur laju dan melanggar lopak air. Tempiasnya terkena badan Hayfa. Melopong Hayfa apabila pakaian dan tudungnya basah kerana percikan lopak air. Hayfa menghentak hentakkan kaki pada tanah. Yang paling bengang semua orang tengah pandang dia.

"Tak guna! Lain kali janganlah bawak laju sangat!!" Bibir Hayfa sudah tercebik cebik hendak menangis. Entah kenapa dia sensitif sangat harini

Terperanjat Hayfa apabila tiba tiba ada jaket kulit diletakkan di atas bahunya. Hayfa cepat cepat menoleh ke sebelah. Hayfa membuntangkan mata melihat seraut wajah yang dia cukup kenal.

"Bad day ke?" Soal Aydan. Dia menahan tawa melihat baju Hayfa yang sudah basah.

"Gelak la gelak. Seronok la tengok saya macam ni, kan?"
Hayfa ketap bawah bibir, geram.

"Ha, gigitlah mulut tu sampai berdarah. Biar nanti tak boleh bercakap dah." Aydan menjegilkan mata.

"Apa awak peduli?"

"Sebab sayakan hero awak? Seorang hero kena selalu melindungi." Aydan senyum senget. Hayfa memutarkan bola mata.

"Yelah tu!"

"Yelah, kalau tak, aku tak datang sini. Baik aku balik terus, ataupun ketawa terbahak bahak tengok kau tadi." Ujar Aydan dengan nada berseloroh. Hayfa hilang kata kata.

Jaket yang terletak di bahunya iti ditarik dan membaluti tubuhnya yang kedinginan. Bau cologne mencucuk cucuk rongga hidung. Memang sukar dinafikan jaket itu menghangatkan Hayfa yang kesejukan.

"Thanks. "

Aydan hanya menarik senyum. Pandangannya melorot jatuh pada novel yang baru Hayfa beli.

"Patutlah banyak berangan, selalu baca novel melayu."

"Saya baca cuma nak lepaskan boring je." Hayfa mencebikkan bibir. "Lagipun, orang forever alone macam saya ni, perlukan sesuatu. Awak tu takpelah, ketip jari sekali, berderu anak dara beratur!"

"Mana awak tahu kalau saya ketip jari sekali, ramai yang beratur?" Aydan menjongketkan kening. Ada tawa halus meniti di bibirnya.

Hayfa tepuk pipi sendiri. Adoi, kenapa aku boleh tersalah cakap dengan mamat senget ni?!

"I'll take that as a compliment. Thank you. " Aydan menundukkan sedikit kepalanya.

"Yelah, yelah. Malas nak layan."

"Oh, kenapa kau forever alone ? Bukan main lagi cantik, takkan takde orang berkenan?" Ujar Aydan. Hayfa melepaskan keluhan berat. Imej Syazwan berlegar legar di benak minda.

But wait...

"Awak kata saya cantik?"

Aydan hanya mengangguk. Wajah Hayfa bertukar merah padam. Pandangannya dilarikan ke arah lain. Berdebar jugak bila tiba tiba lelaki handsome puji cantik, woi.

"Baru puji sikit, muka dah merah?" Aydan ketawa kecil.
Dia mendongak. Hujan beransur ansur berhenti.

"Hujan dah nak berhenti. Jom, balik?" Aydan mengeluarkan payung kecilnya dan membukanya. Terbeliak mata Hayfa.

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now