Bab 16

286 22 1
                                    


4 hari berlalu, masih tiada khabar berita dari Gen. Telefonnya juga dimatikan. Hayfa sedaya upaya menahan diri daripada pergi ke hospital itu. Kalau diikutkan hati, dia sendiri akan pergi untuk tengok keadaan Aydan macam mana. Tapi dia tak mampu, dan hanya boleh berharap dan doa agar Aydan dah sedar dan sihat.

Thug!

Sedang dia mengelamun di dalam biliknya, ada sesuatu yang terjatuh dari atas katil. Sebuah patung besar bewarna merah jambu yang tersadai di penjuru katil.

"Cik master.." Hayfa dakap anak patung itu. Entah kenapa ada rasa sebak menyelinap di tebing hati.

"You know what ? Kau boleh panggil patung beruang ni Cik Master." Kata Aydan sebaik mereka menapak keluar daripada roda ferris . Hayfa kerut dahi. Tadi bukan main protes, ni setuju pulak dah.

"Eh, tiba tiba setuju pulak. Apesal?"

"Jadi, bila kau tengok patung ni, kau teringatkan aku." Aydan senyum lebar. Patung itu ditarik lalu ditekup lembut pada muka Hayfa. "Nah, ciumlah cik Master ni puas puas."

Aydan, sungguh menyakitkan hati. Kadang kadang, bicaranya menambahkan pilu di jiwa, dan kadang kadang membuatkan si gadis tertawan. Fikiran dan tindak tanduknya sukar diteka.
Kerjanya mengusik sahaja, tapi bila dia tiada di sisi, rasa rindu mengcengkam dada.

Hayfa rasa sedih. Lelaki yang dahulu dia tak suka dan dituduh bukan bukan, kini ketiadaan dia buatkan Hayfa rasa sunyi dan pilu yang merayap di kamar hati. Jika ini dinamakan kasih ataupun sayang, dia sendiri pun tidak pasti.

Riing~

Hayfa mencapai telefon. Panggilan dari Gen disambut.

"Cik Hayfa, Gen ni."

"Ya, apa dia?" Suara Hayfa kendur.

"Aydan masih koma. Tapi, jangan risau. Dia akan ok."

"Oh..." Terasa begitu takut. Hayfa takut akan segala kemungkinan yang buruk berlaku pada Aydan. Dia rasa belum bersedia sekiranya...ah, dia tidak ingin fikir fasal itu.

"Semua ni...salah saya ke Gen?"

Jeda. Tiada balasan dari Gen.

"Kalau saya pergi haritu, mungkin ini semua tak akan berlaku."

"Tak, ini takdir. Qada' dan qadr.
Tuhan mengizinkannya berlaku. Rasanya cik Hayfa faham." Kata Gen tegas. Aura kelakarnya lenyap.

"Cik...cik tahu tak sebab apa Aydan ajak cik Hayfa petang tu?"

"Apa dia?"

"Dia nak cakap sesuatu yang dia dah lama pendam." Gen meluahkan juga akhirnya. Hayfa jadi berdebar debar.

"He loves you. "

Hayfa rasa tersentak. Jantung semakin laju mengepam darah ke segenap pembuluh nadi. Dia tidak tahu hendak rasa terkejut, gembira atau terharu. Perasaan bercampur baur.

"Tapi, dia tak sempat bagitahu semua tu."

Hayfa diam. Terasa jantungnya disiat siat.

"Cik, Gen bagitahu ni sebab.... ayah kitaorang nak bawak Aydan ke oversea untuk rawatan. Jadi Gen harap, cik bersedia untuk sebarang kemungkinan." Suara Gen lemah dan sayu. Begitu berat sekali hatinya menyampaikan perkara itu.

"Please, Gen...At least, b-biar Aydan sedar d-dulu.." Hayfa terkejut. Air mata kian bertakung di tubir. Entah kenapa hari ini dia terlalu emosional.

"Tapi, ini semua--"

"Gen..." nada suara Hayfa meleret. Seakan merayu pada Gen agar tidak membawa Aydan ke mana mana.

"Nanti Gen cuba apa yang Gen boleh buat. "Terdengar keluhan panjang yang terlepas daripada dua ulas bibir Gen. Mungkin Gen juga dibebani rasa bersalah yang amat.

"O-ok..terima kasih Gen."

"Sama sama. Tapi, Gen tak boleh janji apa apa ...ini semua di luar kuasa Gen ."

"Takpe ..s- saya faham." Hayfa mengeluh lagi . Rasa sebal memenuhi dada .

"Gen kena tutup telefon ni. Nanti Gen telefon lagi kalau ada apa apa. Assalamualaikum." Talian dimatikan. Terkumat kamit Hayfa membalas salam sebelum tubuhnya direbahkan pada katil.

Patung beruang itu terus didakap erat.

*****

"Farhan."

Gen berpaling. Telefon dimasukkan ke dalam kocek. Raut wajah lelaki tua berkaca mata itu menjadi jamahan mata. Gen ukir senyum kelat. Agak kekok apabila mendengar nama sebenarnya diseru.

"Ayah."

Lelaki itu tidak menjawab. Di balik kaca, kelihatan sebatang tubuh yang tidak bermaya. Tubuhnya kaku, dan kepalanya yang basah dibalut. Hanya detikan nadi yang kedengaran di dalam bilik yang sunyi itu. Malah, Gen yang sangat ceria itupun bagai dihambat kebisuan.

"Ayah dan berbincang dengan kawan ayah. Ayah akan bawak Aydan ke luar negara. Situ tempat yang sesuai untuk dia dapatkan rawatan tanpa gangguan." Ujar lelaki tua itu.
Gen ketap bawah bibir.

"Tapi...rasanya, Aydan-"

"Ni fasal budak nama Hayfa tu ke?" Lelaki itu memandang tepat ke arah Gen. Jelingan tajam ayahnya itu buatkan Gen hilang kata kata. Hanya anggukkan sebagai jawapan.

"Dia sayangkan Aydan."

"Kalau betul dia sayangkan Aydan, dia akan tunggu Aydan."
Pintas lelaki tua itu. Langsung tidak menanti Gen habiskan bicaranya dahulu.

"Tapi kita pun tak tahu bila Aydan akan sedar. Mungkin..mungkin 3 tahun? 5 tahun?" Gen angkat bahu.

"Kalau betul dia sayang kat Aydan, dia tunggulah. Kalau tak sanggup, belambak lagi lelaki lain kan?"

"Ayah?" Gen terkejut bila ayahnya itu sanggup berkata sedemikian.
Lelaki itu diam sahaja. Malas mahu bertekak dengan anak bongsunya tentang perkara remeh.

Macamlah Gen tidak tahu, motif sebenar ayahnya itu tiba tiba menunjukkan keprihatinan kepada anaknya, padahal dia bertahun tahun mengabaikan mereka seolah olah tak pernah wujud. Termasuklah sehingga ibu mereka meninggal dunia.

"Farhan pun kena ikut ayah. Abaikan saja budak Hayfa tu. Dia lah punca Aydan tolak permintaan ayah. Aydan tak perlukan Hayfa."

"Tapi, cafe tu.." Gen cuba berdalih.

"Tutuplah. Tu pun tak boleh? Kalau bimbang, suruh pekerja kamu jaga." Mudah sahaja lelaki separuh abad itu memberi cadangan. Gen hanya tunduk menekur lantai, tidak mahu membantah.

"Gen kena bagitahu--"

"Tak." Lelaki itu bersuara tegas.
"Jangan bagitahu budak Hayfa tu. Menyusahkan ajelah."

Gen mengeluh nafas berat. Hatinya bagai ditumbuk lumat dengan rasa bersalah. Bersalah akan insan bernama Hayfa Hanani. Takkanlah dia sanggup mematahkan hati murni gadis tu?

******

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now