Bab 7

361 27 16
                                    


"Oh, nama you Hayfa eh?" Firdaus menarik kaca mata hitamnya lalu diselitkan di poket baju kemejanya. Hayfa mengangguk, mengiyakan.

"Maaflah sebab cuma sempat buat air. Abang Daus tak cakap nak datang." Hayfa mengulum senyum manis. Firdaus ketawa kecil.

"Takpe..Kalau I tahu Dato' ada anak perempuan cantik macam you, I akan datang lebih kerap."
Firdaus sempat mengusik sambil mengenyit sebelah mata. Hayfa berasa tidak selesa diusik sebegitu, tapi kerana Firdaus adalah teman rapat ayahnya, Hayfa terpaksa ketawa kekok.

"Tu belum tengok adik I lagi, Ilya. Dia lagi menawan. Single and available." Ujar Hayfa. Dalam kepala mula terbayang wajah cemberut Ilya kalau dia tahu Hayfa telah mengenalkannya kepada jejaka di hadapannya ini.
Berkorbanlah untuk kebahagiaan akakmu yang tercinta ini wahai Ilya Nafeesa!

"But I'm sure she can't beat her sister. " Firdaus senyum nakal.

"Eh, dah pukul berapa ni! Abang Daus pergilah balik, nanti susah pulak kalau jalan jam. " cepat cepat Hayfa menukar topik sambil pura pura menilik jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan. Firdaus seperti tersedar tiba tiba.

"Okay. I kena balik dah nampaknya. Jumpa lagi, ya?"
Firdaus memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta Mercedes Benz miliknya. Hayfa tidak membalas. Harap harap kau berambus cepat cepat, gatal!

Kereta itu kemudian meluncur pergi membelah angin. Hayfa mengeluh nafas berat. Akhirnya pergi juga salah satu punca kemurungannya hari ni.

Bagi wanita bernama Hayfa Hanani, dia memang geli geleman kalau ada jejaka menguntaikan ayat ayat puitis atau romantis padanya. Dia akan jadi tak selesa. Dia lebih cenderung kepada lelaki yang tidak banyak cakap, dan yang tak romantik. Asalkan jujur dan bertanggungjawab, Hayfa boleh terima.

Atas faktor itulah juga Hayfa menerima Syazwan. Syazwan memang ada ciri ciri jejaka idaman se-Malaya. Dengan kulit sawo matangnya, aura maskulin yang menonjol dan senyuman yang lebar. Sayang, hakikatnya semua itu untuk mengaburi matanya semata mata.

"Oh mak mak mami!" Hayfa terlompat kecil apabila tiba tiba tubuh Aydan sudah berdiri tegak tidak jauh daripada tempat dia berada. Hayfa mengurut dada. Nasib baik jantungnya tidak gugur dari tangkai!

"Apa ni, Aydan! Janganlah buat orang terkejut. Hish!" Mulut Hayfa terus mengomel sendirian. Aydan  membisu seribu bahasa, hanya anak matanya melirik ke arah Hayfa.

Hayfa menjongket kening. Apahal dia ni? Bisu secara mengejut pulak dah. Selalunya kalau aku membebel, mula lah dia ketawa tak ingat dunia.

"Sejak bila awak berdiri kat situ, Aydan?"

"Sejak tahun 1511."

"Awak ni kenapa? Merajuk?"
Hayfa ketawa mengekek. Geli hati pula melihat Aydan macam tu.

"Bukan apa, aku taknak la kacau orang tengah chatting dengan buah hati."

Ambil masa beberapa saat untuk otak Hayfa mentafsir makna kata kata Aydan. Tawa Hayfa meledak. Aydan pula pamer muka serius, senyuman yang selalu terukir di wajah lenyap.

"Awak ni janganlah cemburu sangat. Tu anak kawan papa saya, dia datang jenguk papa tak sihat. Tu je."

"Perlu ke kau pergi ikut dia sampai ke kereta? Biarlah dia jalan sendiri, dah macam budak nak kena teman masuk tandas!"

Hayfa rasa terhibur. Pertama kali tengok si Aydan ni cemburu sampai macam ni sekali. Bayangkan , lelaki beku yang selalu mengusiknya, harini mulutnya lancar bercakap macam macam didorong rasa cemburu. Adoi, kelakar!

"Awak ni dah masuk kategori cemburu buta dah, Aydan. Cuba faham yang tadi tu kawan ayah saya?"

"And he is obviously flirting with you."

"Yang awak ni jealous sangat ni kenapa? Adoi, prihatin betul la jiran yang seorang ni." Hayfa berseloroh. Aydan diam, tajam matanya dilirikkan ke arah Hayfa.

Hayfa berhenti ketawa. Berkerut dahinya memandang Aydan yang tiba tiba bungkam. 

"Haa, diam tu kenapa?" Hayfa cuba memancing minat Aydan untuk berbual. Aydan tidak membalas. Dia melabuhkan punggung ke atas bangku lalu menyumbat earphone ke dalam telinga.

"Aydan, awak ni kenapa? Janganlah merajuk, saya tak reti pujuk." Hayfa mula memuncung.
Aydan buat tidak endah. Hayfa tahu Aydan mendengar walaupun telinganya disumbat.

"Aydan," Panggil Hayfa. Keluhan dilepaskan lagi."Janganlah macam tu. Saya masih nak berbual dengan kawan saya."

"Kawan?" Akhirnya terpacul keluar jugak sepatah perkataan itu daripada mulut Aydan. Tawa halus meniti di bibir.

"Yalah. Awakkan dah jadi my best friend. " Hayfa mengulum senyuman manis. Fikirnya rajuk Aydan sudah hilang.

Aydan diam seketika.

"So, aku cumalah kawan kau tu semata?"

"Aydan, straight to the point jelah. Janganlah berbelit sangat."
Hayfa bernada jengkel. Aydan diam seribu bahasa. Sungguh, lelaki ini sukar dijangka tindak tanduknya. Fikirannya sangat payah untuk diduga.

Aydan bangun lalu masuk ke dalam rumahnya. Pintu dihempas kuat tanda tidak puas hati, meninggalkan Hayfa yang masih kebingungan.

*****

Loceng pintu dibunyikan banyak kali. Hayfa yang sedang kusyuk menonton TV, bingkas mencapai tudung lalu menyarungkannya sebelum bergegas menuju pintu.
Sebaik daun pintu terkuak, figura seorang lelaki muncul.

"Master--eh?" Senyuman lelaki itu mati apabila terpandang Hayfa yang terpacak di hadapan pintu. Hayfa menjongketkan kening.

"Encik cari siapa?"

"Master Saitama!" Balas lelaki itu ceria.

"Huh?" Hayfa keliru. Anak murid kung fu mana yang sesat depan rumah aku ni?

"Gen!!!!"

Tanpa sempat Hayfa menoleh, kepala lelaki itu sudah diluku dengan kekura tangan. Muka Aydan merah padam.

"Jangan panggil aku macamtu!! Dah, rumah aku kat sana." Aydan kancing gigi. Tubuh lelaki itu diheret.

"Eh, Aydan. Ni kawan awak?"
Hayfa mencelah. Perwatakan lelaki itu ceria semacam, tidak seperti Aydan yang lebih dingin dan diam.

Keluhan berat terluah daripada mulut Aydan. Lambat lambat dia menjawab.

"Adik aku."

"Eh? Awak ada adik?"

"Perlu ke jiran bagitahu jiran yang dia ada adik ke tak?" Aydan bersuara sinis. Hayfa hanya mencemikkan bibir. Bukan dia ada selera pun nak pujuk si Aydan ni.

"Yes, I'm his brother! A lone cyborg-"

"Panggil dia Gen." Aydan mematikan kata kata lelaki bernama Gen itu serta merta. Bibir Gen memuncung.

"Master Saitama ni.." Gen merengek seakan budak kecil.

"Master Saitama?!" Tawa Hayfa meletus. Terbahak bahak dia ketawa sambil menekan nekan perutnya. Muka Aydan merah padam menahan malu. Imej cool yang melekat padanya ranap serta merta bila Hayfa tahu gelaran si budak sewel tu pada dia.

"Very funny. " Aydan ketap bawah bibir. Dia bergegas mengheret tubuh Gen, langsung tidak menghiraukan Aydan yang sudah memasang muka masam mencuka. "Have fun laughing at me, Cik jiran."

"Master, master nak ke mana tu?" Hayfa sempat menyakat apabila tiba tiba dia terpandang Datin Normah sedang mencekak pinggang di ruang tamu.

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now