2 tahun berlaluAngin sepoi sepoi bahasa bertiup menampar perlahan wajah gadis bertudung litup itu. Tubuhnya disandarkan kepada bangku kayu itu, mungkin mahu melepaskan lelah. Sehari suntuk sibuk menguruskan kerja di pejabat, sampai lenguh satu badan.
"Hayfa?"
Hayfa memalingkan muka. Senyuman pendek dilontarkan pada jejaka berkulit sawo matang yang melabuhkan punggung di sebelahnya. Hayfa menjarakkan sedikit tubuhnya.
"Raph, apa awak buat kat sini?"
"Saja tegur. Jauh juga awak datang lunch, eh?" Lelaki bernama Raph itu mengerling ke arah bekas makanan yang dipegang Hayfa. Hayfa senyum kelat. Memang dah tabiat agaknya makan jauh daripada orang.
"Saja, jamu mata sikit. Tengok rumput, pokok." Kata Hayfa. Pandangannya melekat pada pokok yang merimbun dan bergerak mengikut deru angin.
"Selalunya orang kat sini datang dengan boyfriend. " Raph menjongketkan kening. Hayfa diam. Perkataan itu seperti membuka kembali luka lama. Untuk dua tahun, dia cuba menghalang diri daripada membuka memori lama yang tidak harus dikenang.
"Memang kena ada teman lelaki baru boleh lepak sini? For your information, that word is taboo for me. "
"Why?" Raph seperti terkejut.
Matanya yang sedikit sepet dibulatkan.Hayfa biarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan. Sejak dua kali kisah cintanya ranap di tengah jalan, Hayfa takut untuk memberi harapan untuk mana mana lelaki. Aydan dan Gen lesap tanpa khabar berita, meninggalkan Hayfa bungkam dalam sepi. Hayfa terkilan, tapi berjaya menemui kekuatan untuk maju ke hadapan.
Dia tahu Raph menyukai dirinya. Macamlah dia tak pernah tengok Raph curi curi pandang dia semasa meeting atau semasa dia berborak . Tapi Hayfa takut untuk buka hati dia kembali untuk sesiapa. Hayfa masih dihantui bayangan masa lalu.
"Sayanglah, perempuan cantik macam awak takde bakal suami lagi. Kalau tak silap, tahun ni awak 25 kan?" Raph mengetuk dagu, seperti gaya orang berfikir. Hayfa mengangguk lemah.
"Hero selalu datang lambat, kan?"
"Mana boleh kaitkan hal jodoh dengan marvel.." Raph ketawa kecil. Senyuman Hayfa mati.
"If I'm Joker to you, so you're my one and only Harley Quinn."
Hayfa diam lagi. Ada keluhan berat meniti di hujung bibir. Entah kenapa memori bersama Aydan kerap kali berulang ulang di minda walaupun dia sedaya upaya cuba memadamkannya dari kamar ingatan, seperti mana dia lupakan Syazwan.
Sudah dua tahun berlalu, dan banyak yang berubah. Syazwan harus ke luar negara untuk menyambung kerja ayahnya dan bertunang dengan gadis pilihan ayahnya di sana. Harap harap, dia akan berubah dan bertaubat.
Funaira pula sudah kembali ke pangkuan keluarga. Mereka sudi menerima Funaira dan Maryam dalam hidup mereka. Maryam sudah berusia dua tahun. Makin lama, wajahnya makin persis ibunya. Ilya pula sekarang sibuk dengan kerjayanya sebagai Chef .
Nampak macam childish, tapi rasanya bakat memasak dia hanpir sama taraf dengan chef antarabangsa.....kononnya.Tapi aku masih sendiri.
"Awak okay tak ni Ifa? Awak terasa ke saya cakap tadi?" Raph dihujani kebimbangan. Hayfa tersedar dari lamunan. Dia pantas menggeleng.
"Eh, tak tak. Cuma..cuma teringat pasal keluarga je ni." Dalih Hayfa. Raph angukkan kepala, tanda faham.
"Kenapa, ada masalah ke? You know I'm here right ?" Raph cuba menjadi prihatin. Hayfa senyum simpul.
"Bukan apa pun, but thanks anyway, Raph."
"No problem! Untuk awak, sehari suntuk kat sini pun tak apa." Raph mendabik dada. Hayfa ketawa, rasa terhibur pula tiba tiba.
"Alah, ingat sweet lah tu?"
"Of course. Teman ku paling sweet, watak utama...Raphael Arifin." Raph mula membuat gerak geri seakan artis sedang bergaya untuk sesi penggambaran. Hayfa mengekek ketawa. Aduh, sampai sakit perut sebab gelak banyak sangat.
"Hmm , baguslah macam tu. Saya cadangkan balik dan tilik muka kat cermin ya Encik Raphael!"
Hayfa bangun berdiri dan berura ura mahu berlalu. Raph sedikit terkejut."Hey, hey...saya ni handsome tau. Pujaan satu Malaya tahu tak?" Raph senyum herot. Hayfa putarkan bola mata ke atas.
"Teruskan angan angan anda."
Sambung Hayfa lagi. Dia hanya ketawa apabila Raph sudah tarik muncung panjang.*****
Hayfa merebahkan kepala pada keyboard. Rasa penat kembali menguasai. Matanya asyik mengerling ke arah jam tangan. Lambat lagi ke nak balik ni woii.
"Haa, Ifaa ! Jangan cari tulang!"
Tania sempat menyindir. Senyumannya melebar. Hayfa dengan rasa malasnya menegakkan tubuh dan menggeliat."Ni baru cawangan, dah besar macam ni. Kalau syarikat utama tu, aku pun tak tahulah!" Sempat Hayfa membebel. Punyalah letih sampai merungut bukan bukan.
"Lebih elok kat cawangan kecik ni, daripada syarikat utama. Kau tahu tak, CEO kita tu, punyalah garang! Boleh kata hari harilah muka dia ketat semacam." Sempat lagi Tania mengutuk. Hayfa kerut dahi.
"Yeke?"
"Ha'ah..Dia garang. Tapi, garang dia bertempat. Sebab dia garang la syarikat ni berkembang maju tahu tak?" Kata Tania. Hayfa diam.
Dia kenal Tan Sri Jeffrey, memang betul muka dia ketat semacam. Seolah olah semua orang dia tak suka. Tapi Hayfa buat tak kisah. Lagipun, ni cawangan kecil aja. Tan Sri Jeffrey jarang menjenguk. Selamat aku dari kena maki, huhu..
"Hah, mengumpat! Mengumpat!"
Raph tiba tiba muncul entah dari mana. Tania sudah pasang muka meluat. Dia ni, pantang orang ada quality time sikit mulalah nak kacau."Mana ada! Kau ni, janganlah kacau kitaorang borak." Tania mencemikkan bibir.
"Borak ke tambah dosa?" Raph senyum kemenangan melihat muka Tania sudah merah padam. Macam gunung berapi tengah tunggu masa nak memuntahkan lahar!
"Amboi kau.....nak mengenakan aku nombor satu kan? Cepattttt je dia." Tania sudah menyilangkan tangannya ke dada.
"Yelah Raph, janganlah main serkap jarang je. Kesian Tania ni, dah marah dah dia." Hayfa membela Tania. Raph hanya senyum lebar. Seronok sebenarnya mengusik si Tania ni.
"Entah kau ni! Kau tu, takde kerja ke? Tahu condemn orang je." Tania kembali fokus pada skrin komputer."Korang ni serasi betul lah. Jodoh kot." Hayfa menjampuk. Dia ketawa terbahak bahak melihat Raph dengan Tania terpinga pinga.
"Mana adalah!" Ujar mereka serentak. Mereka berdua saling berpandangan seketika, seperti pelik sebab mereka boleh cakap dalam masa yang sama.
"Haa, kan serasi bersama tu? Cakap pun sama sama."
"Kau ni kan ! Berhentilahh !" Tania menekup telinganya . Dia menjeling jengkel ke arah Raph . Raph menarik muncung .
Malu malu , tapi mahu . Harap harap nanti naik pelamin la dua orang ni .
******
The cliche idea strucked !
The good news is , I'm not going to make Aydan lupa amnesia ....well , that's a good thing right ?
The bad thing is....?
Sis pun tak tahu ..hihi..wait and see , my lovely readers !
Drop your comments and tell me what you think .
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...