Troli ditolak dengan malas. Mata Hayfa meliar mencari barangan yang perlu dimuatkan ke dalam troli. Entah kenapa kemalasan bagai memenuhi diri. Nak bangun dari katil pun dia rasa malas, tapi nak taknak, dia kena rajinkan jugalah keluar."Ifa,"
Suara itu menyentakkan lamunan Hayfa. Dengan dahi yang berkerut dia menoleh. Bagai hendak terjojol biji matanya melihat seorang lelaki yang memang dia ingat dah lama terdampar kat gunung everest .
"Syazwan." Hayfa kecilkan mata ke arah lelaki itu. Gigi dikancing rapat. The unresponsible womanizer mean heartless guy ever !
"Apa awak buat kat sini?"
Sungguh bijak soalan yang anda lontarkan Encik Syazwan. Engkau nampak aku dah tercongok kat tengah supermarket dan pegang troli besar gajah ni, kau boleh ada idea tanya aku buat apa?
"Takkan tak nampak? Memancing."
Ada senyum sinis yang terukir di wajah Syazwan. Seolah olah tercuit dengan jawapan spontan Hayfa. Dia tahu keberadaannya tidak disenangi gadis itu. Apatah lagi selepas apa yang berlaku pada Funaira.
"Hmm, dah lama tak borak dengan awak. Tak hilang lagi rupanya sense of humor awak tu."
Hayfa kerut dahi. Bagai sudah mampu meneka arah tuju kata kata Syazwan itu. Tiba tiba cakap baik baik, siap puji lagi. Insiden dia dumped Hayfa selepas tiga tahun Hayfa bertahan macam dah terhapus terus.
Dan sejak bila aku ni ada sense of humor pulak. Adoiii, ingat aku ni Ellen Degeneres ke?!
"Saya kena pergi." Hayfa segera mempamitkan diri. Kalau ikut hati, sudah lama dicekik tengkuk Syazwan itu.
"Awak memang dah benci saya, Ifa?" Syazwan mengeluh. Hayfa ketap bibir. Rasa macam ada hand grenade baru kena campak dalam tubuh. Hayfa segera menoleh. Jari telunjuk dinaikkan dan dihalakan tepat ke wajah Syazwan.
"Lepas apa yang jadi, awak boleh tanya saya pasal tu? Awak bukan saja hancurkan impian dan harapan saya, awak musnahkan hidup kawan baik saya! Seronok huh hidup gembira atas air mata orang lain?!" Hayfa sedaya upaya mengawal nada suaranya agar tidak mencuri perhatian orang yang sedang lalu lalang, walaupun ada beberapa manusia memandang mereka dengan pandangan tidak senang.
"I hate you so much that I can't even see your face again. Awak langsung tak berhati perut! I regret the day I met you and the day I let you be part of my life. Titik, dan jangan ganggu hidup saya dan Funaira lagi." Hayfa menjeling tajam. Syazwan terkedu, tidak tahu apa sepatutnya dia hendak balas.
"Awak---"
"Ada apa hal ni?"
Ada satu suara mencelah. Hayfa terkejut melihat Aydan muncul dengan dahi yang berkerut kerut. Tangannya disilangkan ke dada. Matanya tajam memandang Syazwan dan Hayfa silih berganti.
Hayfa menelan air liur yang terasa kelat di rengkungan. Sudah, dia sudah rasa tak sedap hati bila tengok renungan tajam Aydan yang dah macam ready nak membunuh.
"Kau siapa nak masuk campur? Pergi jelah!" Syazwan sudah naik darah bila tiba tiba ada lelaki mencelah.
"She's with me. Jadi, aku rasa kau yang sepatutnya patut pergi." Balas Aydan. Syazwan tersentak. Dia menoleh ke arah Hayfa dengan riak tidak percaya.
"Betul ke mamat ni?"
"Ya! Jadi, awak dah boleh berhenti kacau saya lagi ya, Syaz." Ujar Hayfa, cuba menahan debar di dada. Muka Syazwan nampak merah padam. Tanpa sepatah kata dia berlalu pergi.
Hayfa hembus nafas lega.
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...