Bab 2

433 28 2
                                    


Kasut cik.

Menggigil tangan Hayfa membaca sepotong ayat pada kertas nota yang diletakkan di sebelah kasut tumit tinggi merah yang dibuangnya semalam. Dia telan air liur yang tersekat di celah rengkung.

Aku ada stalker ? Tak mungkin!
Hayfa menggelengkan kepala. Perlahan lahan kasut itu diletakkan ke atas rak kasut. Wajah lelaki semalam kembali melayar di minda. Mata tajamnya, aura menakutkan meluap luap. Seolah olah lelaki itu memang berkehendak membunuhnya pada malam itu juga! Scary doe!

Hayfa menoleh ke arah kiri dan kanan. Di hadapan rumah sebelah, kelihatan kotak kotak disusun. Oh, nampaknya ada jiran baru. Aww, what a shame. Tahun lepas rumah tu dihuni makcik tua yang suka buat cupcake, sekarang sudah menetap bersama cucunya di pantai timur. Entah siapa pula jirannya kali ini.

Funaira masih belum henti cuba menghubunginya. Hayfa faham akan rasa serba salah Funaira selepas apa yang berlaku. Namun jiwanya berkecamuk. Tunggulah satu dua hari lagi, nanti terbukalah hatinya mahu bersua muka dengan Funaira balik.

Selepas menerima arahan dari Datin Normah, Hayfa menggagahkan diri pergi ke rumah sebelah. Memang kebiasaan Datin Normah mengajak kawan atau jiran tetangga baru ke rumahnya untuk makan malam. Yelah, rapatkan silaturrahim!

"Assalamualaikum, saya jiran sebelah." Bertalu talu ketukan hinggap pada pintu. Lama Hayfa tercegat di hadapan pintu, salamnya tidak disahut.

"Assalamualaikum, ada--"

"Masuk,"

Suara garau itu menjamah telinga. Hayfa ketap bawah bibir. Kalau ya pun, jawablah salam!

Dengan berhati hati Hayfa menapak ke dalam. Senyuman girangnya mati melihat cecair merah pekat pada lantai dan serpihan kaca di merata tempat. Di hadapannya berdiri seorang lelaki ber T- Shirt putih dan jeans hitam, bersama tompokan merah pada baju dan wajahnya tampannya. Ada sejenis pisau digenggam kemas oleh lelaki itu.

"Allah.."Terasa lemah lutut Hayfa.

"Nak apa?" Lelaki itu bersuara.
Suara lelaki itu melemahkan sekujur tubuh kurus Hayfa. Hayfa tidak menjawab, sebaliknya hanya bibirnya yang terkumat kamit cuba melantunkan suara. Dia ingin menjerit, tapi entah kenapa dia kehilangan suara secara tiba tiba.

"Kau nak apa sebenarnya?" Lelaki itu sekali lagi melontarkan soalan. Dia menapak ke hadapan, mendekatkan jaraknya dengan Hayfa. Dada Hayfa berombak mengatur nafas. Jantungnya berdebuk debak, bagaikan mahu gugur dari tangkainya.

Hayfa perlahan lahan mengundurkan diri. Langkah demi langkah diatur sementara matanya tertunak pada mata pisau yang berkilat. Seakan akan pisau itu bakal diacukan pada batang tengkuknya. Lelaki itu perasan akan Hayfa yang sekejap sekejap memandang pisau di genggamannya. Segaris senyuman nakal diukir.

"Ohh, kau takut ni?" Lelaki itu menyeringai. "Kau tau tak aku buat apa dengan benda ni?"

Hayfa terasa tubuhnya seakan dipaku pada lantai. Lelaki itu mendekatkan mukanya beberapa inci sahaja dari Hayfa. Hayfa boleh menangkap dengan jelas desah nafas hangat lelaki itu.

"Aku hiris pelan pelan, lepastu aku pun potong dua! Banyak betul cecair keluar. Seronok kan?"

"Gila!!" Hayfa menempik kuat sebelum terkocoh kocoh beredar dari situ. Dia kembali ke rumahnya dalam keadaan tercungap cungap. Tuhan sahajalah yang tahu betapa takutnya dia berhadapan dengan lelaki itu. Perlahan lahan Hayfa duduk mengerekot di hujung sofa.

Aku berjiran dengan pembunuh..
No, psycho stalker serial killer!

"Ifa, Ifa dah jumpa Aydan?" Datin Normah muncul. Serentak Hayfa menengadah muka. "Ifa dah ajak dia datang makan malam ni?"

"Tak..Mama, apa yang Ifa nak cakap ni, mama kena percaya, ok?" Tangan Datin Normah diraih. Berkerut dahi Datin Normah.

"Of course, Ifa. Apa dia?"

"Lelaki--maksud Ifa, Aydan..dia pembunuh, ma!"

Datin Normah mengurut dada. "Astaghfirullah..Ifa cakap apa ni sayang?"

"Percayalah, cakap Ifa ma. Tadi, dia..darah..pisau..bunuh.." tergagap gagap Hayfa cuba menuturkan bicara. Dia jadi hilang kata kata.

"Agaknya kamu tu yang overthinking! Aydan tu budak baiklah, I spoke to him earlier. " kata Datin Normah.

"Tak! Percayalah cakap Ifa, ma. Dia..dia psycho. Dalam diam, dia tengah rancang nak bunuh kita!"

"Sudah, sebelum kamu melalut yang bukan bukan, naik atas! Mama taknak dengar kamu fitnah yang bukan bukan pasal budak Aydan tu!" Datin Normah mula naik darah.

"Tapi Ifa cakap betul!"

"Hayfa Hanani!"

Muka Datin Normah menyinga. Terkulat kulat Hayfa mendaki anak tangga ke biliknya. Terkejut juga bila tiba tiba Datin Normah meninggikan suara.

*****

"Taknak turun!! Taknak!!" Hayfa membentak seakan anak kecil. Datin Normah sudah hilang sabar. Lengan Hayfa dicubit.

"Sakitlah.."Hayfa merengek. Lengannya diusap.

"Yang kamu benci sangat kat Aydan tu kenapa?!" Datin Normah mencekak pinggang. Hayfa tunduk menikus. Hujung kakinya menguis lantai.

"Dia psycho.."

"Tak habis habis melalut! Turun, semua orang tunggu kat bawah."

Secara paksarela, Hayfa menurut. Berderau darahnya memandang lelaki yang berpakaian serba hitam di meja makan bersebelahan ayahnya, Dato' Khayrudin. Dengan bibir yang terketap ketap, Hayfa melabuhkan punggungnya di kerusi kosong. Aroma juadah lazat di hadapannya tidak membuatkannya kecur air liur.

Perlahan lahan Hayfa menengadah muka. Mata Aydan tersorok di balik hoodie hitamnya. Dah macam hantu! Meremang bulu roma aku!

"Ayd, maafkan la si Hayfa ni. Dia ni memang keras kepala sikit."

Ayd?! Hayfa mengecilkan matanya ke arah Datin Normah yang sedang tersenyum senyum ke arah Aydan. Aydan menurunkan hoodie nya ke bawah dan mengukir senyum.

"Takpe. Saya faham."

"Ayd nak duduk sini berapa lama?"

"Hmm, tak lama pun. Mungkin dalam 1-2 tahun je."

"Lama sangat." Hayfa spontan berkata. Datin Normah menampar perlahan paha Hayfa. Aydan hanya mempamerkan muka selamba. 

"Ayd, makcik minta maaf..err, jom makan. Makcik buat special untuk Ayd." Datin Normah mencedokkan nasi dan beberapa lauk ke dalam pinggan Aydan. Aydan tersenyum sahaja.

Ilya pula hanya mengerutkan dahi melihat Hayfa yang hanya diam membisu. Sejak tadi muka masam mencuka. Selalunya kalau ada jiran baharu, mulut dia lancar bercakap macam macam. Harini diam semacam.

"Ayd ada kerja kat sini ke? Kenapa pindah sini?" Soal Dato' Khayruddin.

"Ya, ada urusan peribadi sikit." Aydan menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Ohh, Ayd ada keluarga kat sini?"

"Takde, saya sebatang kara kat sini." Aydan ketawa kecil. Datin Normah dan Dato' Khayruddin hanya tersenyum. Hayfa mendengus. Apesal diorang suka sangat dengan mamat psycho ni?!

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now