"Takde orang jaga kedai Gen ni, master tolong jaga ya! " Pesan Gen sambil tangannya ligat merungkaikan ikatan apron pada tubuh. Aydan menyandarkan tubuhnya pada kerusi dengan cap ungu menutupi separuh wajahnya. Kakinya disilangkan."Hmmm." Aydan hanya menggumam. Gen bergegas keluar daripada kedai Cafe' yang baru dibukanya.
Tidak lama kemudian, kedengaran deruman enjin kereta di luar kedai. Aydan masih menekup mukanya dengan cap ungu itu. Malas mahu melayan sesiapa, dia cuma mahu berehat dan cuba tidur. Lantaklah apa si Gen tu nak cakap.
"Err, Aydan?"
Lambat lambat Aydan mengalihkan cap daripada mukanya. Kelihatan Hayfa sudah terpacak di hadapannya. Aydan membetulkan duduknya. Matanya ralit memerhatikan Hayfa dengan anak mata hazelnya.
"What brings you here?" Tanya Aydan sambil memakai semula cap di atas kepala. Hayfa ketap bawah bibir. Agak berat untuk meluahkan apa yang terkandung di benak jiwa.
"Awak kerja sini ke?" Hayfa berpura pura tanya. Soalan dibalas soalan.
"Takdelah. Saja teman adik aku." Jawab Aydan. "Kau datang sini sebab nak tanya tu jeke?"
"Tak! Ada..ada sebab lain." Hayfa rasa macam nak rebah pun ada. Dia rasa malu sendiri. Jantung pulak makin laju mengepam darah ke segenap urat nadi.
"Hmm, rasanya kedai Cafe belum bukak lagi rasanya." Aydan menjuihkan bibir ke arah tanda 'closed' yang tergantung di hadapan pintu.
"Tak, bukan pasal tu."
"Jadi? Apa kau nak?"
"I've been thinking about what you say yesterday.." Hayfa telan air liur yang terasa kelat di celah rengkungan. Dia bermain dengan jari jemarinya.
"Dan..err...saya..." Hayfa tergagap gagap. Dia gagal merangka ayat di dalam benak minda.
"Okay, fikirkan dulu apa kau nak cakap." Aydan bingkas bangun daripada kerusi. "Lagipun--"
"I'm here to ask you out. "
Serentak, Aydan berpaling. Dahinya berkerut seribu.
"Apa?"
"Saya taknak cakap sekali lagi."
Hayfa mencebikkan bibir. Wajahnya sudah berona merah. Tuhan sahajalah yang tahu betapa malunya dia datang bersua muka dengan Aydan semata mahu menuturkan kata kata itu."Jap, aku memang tak dengar.
Kau cakap apa tadi?" Semakin bingung Aydan jadinya. Hayfa melepaskan keluhan berat."I'm here to ask you out. " nada suaranya sengaja dikuatkan. Aydan diam agak lama, sebelum hujung bibirnya menarik senyum.
"Wow." Aydan ketawa kecil, berasa takjub mungkin.
"Bukan ke sepatutnya aku yang ajak kau keluar?"Hayfa tepuk dahi. Sepatutnya dia tunggu Aydan yang mintak, bukannya Hayfa yang tebalkan muka datang semata mata mahu kata semua itu. Alamak, mesti Aydan fikir aku ni ulat bulu naik daun!
"You know what, this is a bad idea. Dah macam miang pulak saya ni. Okay bye!" Hayfa berura ura mahu beredar apabila Aydan menghalang.
"Eh, kejap..cepatnya putus asa?"
Aydan sengih."Saya...argh, mesti awak fikir saya gatal kan? Forget it " kata Hayfa tanpa memandang Aydan yang masih berdiri tegak di belakangnya. Tak tahu mana nak sorok muka. Mahu terjun lombong masa tu jugak!
"Siapa kata?" Aydan ketawa lagi.
"Kalau kau memang fikir masak masak, datang lah sini malam ni.""Serius lah?!" Hayfa terkejut. Membulat matanya. Tanpa sedar, nada suaranya naik seoktaf.
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...