Bab 24

581 38 18
                                    


"Nak kahwin dengan aku tak ?"

Hayfa tersedak . Acap kali dia batuk . Matanya tak lekang memandang wajah dingin Aydan yang sedang duduk di hadapannya. Bagai tidak percaya apa yang baru dia cakap beberapa saat lepas .

Selepas kejadian di lif , Aydan sengaja mengelak . Cakap selamat pagi pun tak balas , aku senyum pun tak layan . Tup tup harini dia ajak aku makan dan ...
Propose ? Perkataan 'kahwin' itu seakan perkataan yang sangat singkat dan ringkas buat lelaki bernama Aydan ini sedangkan ia maksud yang mendalam .

Hayfa benar benar tersentak .

"Awak bergurau ya ? Ok, itu memang lawak ."Hayfa pura pura ketawa . Senyumannya segera mati apabila melihat muka ketat Aydan . Hayfa bertambah kelu . Jangan kata lelaki di hadapannya ini serius .

"Aku serius ."

"Sudahlah , awak tak payah fikir pun nak main main pasal ni ok?
Saya takde mood nak layan !"
Hayfa sedikit meninggikan suara.
Tapi masih berhati hati agar tidak menarik perhatian orang sekeliling .

"I'm not joking . Aku betul betul serius . " Aydan sekali lagi menegaskan . Matanya tajam memandang Hayfa yang terkebil kebil .

Hayfa kelu lidah . Dia mati akal .
Tiba tiba sahaja Aydan mahu berkahwin dengannya ? Dia hilang aturan kata untuk dibicarakan lagi .

"Kenapa tiba tiba je ni ? Awak sedar tak yang kita baru jumpa lepas dua tahun , became a complete stranger again, dan sekarang nak ajak saya kahwin?
Awak gila ?" Hayfa menarik senyum sinis. Kalau diikutkan emosinya mahu sahaja dia curah air minumannya itu tepat ke muka Aydan detik itu juga !

"Aku sedar . Sebabtu aku tanya kau soalan tu ." Bicara Aydan mendatar . Hayfa tersentak. Jantung bagai dihentak sebaik mendengar balasan Aydan .

"Semudah tu bagi awak ? Awak tak fikir ke perasaan saya ? Dua tahun awak hilang , dua tahun saja cuba move on . Awak tak tahu yang saya sakit hati ! And now , what do you think I will say? Ok , jom kahwin ? Macam tu?" Emosi mula membuak buak.
Aydan nampak terkejut . Tapi cuma diam , bimbang mengeruhkan lagi keadaan .

"Saya dah muak . Agaknya di mata semua orang saya ni patung? Mula mula Syazwan curang , lepastu awak hilang dua tahun tanpa khabar berita. Awak tahu tak saya terseksa ?" Hayfa semakin sedih . Semua kenangan buruk mula menjengah minda .

"Hanani , bukan tu -"

"Saya tahu apa awak nak cakap .
Saya yang bodoh , desperate !
Bila awak nak , awak datang cara baik . Buatkan saya menaruh harapan . Lepastu awak lesap balik. Seronok awak main mainkan saya , huh?" Hayfa berbicara di luar sedar. 

Perasaan marah dan tak puas hati mula menguasai diri . Marah kerana hatinya yang mudah menaruh harapan . Di akhir hari, dia juga yang tidak gembira. 
Hayfa rasa tidak puas hati kenapa dia begitu mudah memberi kepercayaan , dan bagaimana mudah hatinya disakiti . Bila nak , datang . Bila tak mahu , pergi .

"Maaf, tapi itu bukan niat aku. Aku bukan nak sakitkan hati kau atau buat kau sedih ."  Aydan mula risau melihat Hayfa yang terbawa bawa dengan emosinya itu . Hayfa cuma ketawa dengan nada sarkastik .

"Awak pentingkan diri sendiri , tahu tak ? Awak buat saya jatuh cinta dengan awak , buat saya rasa suka , lepastu lesap. Mungkin kali ni , awak kahwin lepastu ceraikan saya ?" Hayfa mula menempelak sesuka hati .

Membuntang luas mata Aydan jadinya . Tidak sangka sampai sebegitu Hayfa berfikir .

"Aku ...aku ikhlas , Hanani ."

Hayfa cuma memandang sepasang mata Aydan . Seakan mencari ketulusan di balik matanya yang tajam , tetapi Hayfa terlalu dikuasai emosi marahnya . Dia sudah malas mengambil kira kata kata Aydan. Baginya , Aydan cuma menipu .

"Saya nak balik , maafkan saya sebab biadap dengan boss ."
Hayfa terus berdiri dan berlalu pergi . Semakin lama dia di situ , semakin kusutlah fikirannya .

Aydan mahu menahan , tetapi dia hanya mampu memandang kelibat Hayfa yang semakin lesap dari pandangan . Mungkin hati gadis itu betul betul sudah tawar dengannya.  Masa dua tahun cukup lama untuk gadis itu melupakannya .

*****

Pintu dihempas kuat.  Terkejut Datin Normah yang sedang membaca majalah di ruang tamu. Dia menjengahkan kepala , melihat Hayfa kelihatan marah.

"Hayfa ? Kenapa tu ?" Soal Datin Normah bimbang . Hayfa bergegas mendekati ibunya .
Dadanya berombak kencang . Fikirannya berkecamuk .

"Hayfa nak berhenti kerja."

"What ? Err , Hayfa yakin ke ni?"
Datin Normah menyoal . Tangannya didaratkan ke bahu Hayfa . Emosi anak sulungnya itu nampak terganggu benar .

"Hayfa dah tak tahan kerja kat situ . Hayfa rasa sakit kepala . Hayfa rasa pressure , tu je ." Hayfa memberi alasan . Datin Normah kerut dahi .

"Kenapa tiba tiba je ? Ifa dah nekad ke ni?"

"Please mama . Hayfa dah tak tahan , that's all . " Hayfa masih berdalih . Muka ibunya mempamerkan kehairanan , tetapi tidak mahu menambah apa apa .

"Hayfa bad mood je ma . Jangan risau ."

"Er...ok. Ifa fikirlah baik baik."
Datin Norma tersenyum kelat .
Hendak ditanya , bimbang Hayfa bertambah berang pula .

"Ifa naik atas dulu." Hayfa mempamitkan diri . Dia terus naik ke atas bilik . Dia mahu merehatkan mindanya yang kusut.

Fikiran dan emosi celaru dan bercampur aduk . Semuanya rasa tak kena . Sesampainya di bilik dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil dan tidur lena .

******

Happy new year !!

Dah seminggu lebih baru nak wish . Psh.

Mungkin ada yang rasa , wow teruknya Hayfa bla2 . Tapi sebenarnya emosi sis pun macam Hayfa jugak sejak akhir akhir ni .

Everything just seem complicated !

Story ni agak ringkas dan simple (mungkin sebab sis malas ) tapi trust me , nak tulis satu bab pun rasa blank . I try my best anyway . Huhuu..

Goodbye ~!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now