Sinopsis Dan Watak Perwatakkan

13.9K 436 34
                                    



Sinopsis Menggunung

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan.

Semuanya bermula apabila Izzat Razali dipindahkan dari kota utama Eurasia ke Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung.

Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk.

Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!

------------


Watak Dan Perwatakkan

Izzat Razali

· Selepas kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan di Eurasia, dia berpindah ke rumah pakciknya di Menggunung, sebuah pekan yang terletak di sempadan Pahang-Selangor, dan terletak di kawasan kaki gunung dan tanah tinggi. Namun, Menggunung ada 1000 rahsia untuk dibongkarkan oleh Izzat Razali.

· Seorang watak pendiam, yang tidak banyak bercakap. Lebih suka memerhati. Namun, pemerhatiannya membawa kepada dia menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedang terjadi pada Menggunung sekaligus membawa dirinya untuk menyiasat tragedi kehilangan, kematian, kemalangan yang semuanya bila difikirkan memang tidak masuk akal langsung.

· Tampan, tinggi lampai dan menjadi kegilaan gadis-gadis di sekolahnya. Namun, semua itu tidak langsung tidak diendahkannya.

Megat Jiji Azizan

· Perwatakannya adalah sangat berbeza dengan Izzat. Dia sangat peramah, suka buat lawak bodoh dan agak loya buruk dalam segala hal. Namun demikian, entah bagaimana dia boleh menjadi sahabat baik buat Izzat. Ke mana sahaja Izzat pergi, dia akan ada bersama dengan Izzat.

· Merupakan pelajar bermasalah di sekolahnya. Berbeza dengan Izzat, dia mengalami masalah dalam pembelajarannya. Rekod disipilinnya juga tidak berapa baik kerana dia mempunyai rekod ponteng sekolah yang tinggi.

· Orangnya biasanya berambut panjang yang dibiarkan tanpa bersikat (serabai), dengan baju sekolah yang dibiarkan tidak bergosok.

· Ayahnya sudah meninggal dunia, tinggal dengan ibunya yang merupakan orang susah yang mengambil upah menjahit di pinggir pekan.

Jierah Nasir

· Tomboi sekolah ini merupakan "partner in crime" Megat Jiji Azizan. Kalau nak melencong ke Cyber Café, ponteng kelas atau sekolah, menyeludup rokok ke dalam sekolah dan segala masalah disipilin yang selalu dilakukan oleh Megat, Jierah akan muncul sebagai sahabat yang sentiasa membantu Megat.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now