Bab 24: Perempuan Penggoda

4.3K 226 21
                                    


Hampir terlopong Megat Azizan tatkala dia menyaksikan sendiri murder board yang disediakan oleh Ikmal yang sedang terpapar dalam bilik budak lelaki itu. Untuk yang tidak mengetahui, muder board ialah sejenis carta yang biasanya dibuat untuk menyiasat kes pembunuhan. Biasanya dibahagian tengah-tengah papan, akan ada titik fokus siasatan yang akan disambung dengan benang-benang merah atau hitam, bagi memudahkan pemahaman seorang penyiasat. Cuma masalahnya dalam kes mereka, tiada siapa yang berani mati dibunuH. Muder Board tersebut juga bukan milik polis tetapi seorang budak nerd berusia 17 tahun.

"Kau ni memang stalker. Mana kau dapat gambar Emmy ni Ikmal?" gumam Megat Azizan sambil menoleh ke arah Ikmal. Namun, Ikmal tidak mengendahkannya sambil berpeluk tubuh di atas sebuah kerusi beroda yang berdekatan dengan komputernya.

Gambar Emmy yang tidak bertudung dengan rambut ikalnya yang yang sedang tersenyum dalam pakaian baju kurung putih, uniform asasi setiap pelajar sekolah di Malaysia. Cuma lencana pada dada gadis itu adalah berbeza dengan lencana SMK Adrujha. Gambar Emmy itu kemudiannya bersambung dengan benang-benang merah yang agak berselirat dengan gambar dan keratan akhbar yang pelbagai yang mungkin merupakan bahan bukti yang dicari oleh Ikmal.

"Ini semua... kau buat dalam tempoh dua hari?" soal Adilla yang sedang berdiri pada satu sudut bilik itu. Najirah yang lebih pendiam daripada hari biasa sekadar memerhati sambil memeluk tubuhnya.

"Emmy Natashia binti Akmal, Farhana binti Adam, Louisa Chong, Nurul Dayana binti Azim, Nur Azrinna binti Jamahari, Ummu Kalsom binti Nazmi, dan Shafikah binti Suhaimi," tutur Ikmal dengan penuh rasa bangga apabila dapat mengesan nama setiap mangsa yang digantungkan dalam keadaan terbalik di dalam rumah Tok Anjang tempoh hari.

"Macam mana... kau dapat semua benda ni dalam... dua hari jer Ikmal?" soal Izzat. Perasaan kagum sedang terbit dalam hatinya. Disebalik personaliti yang agak menjengkelkan, disebalik figura sebagai watak lelaki yang selalu dibuli disekolahnya, Ikmal rupa-rupanya adalah permata yang tersembunyi jauh dalam kerak bumi.

"Tarikh artikel tentang Tok Anjang dinaikkan. Tarikh tu jadi permulaan siasatan aku. Aku sendiri cari tentang kes kematian gadis yang mati dibunuh diseluruh Malaysia. Anehnya, dalam tempoh itu sehingga Cikgu Aliff muncul, memang tepat angka 6 orang. Aku hack ke dalam data perisian Polis Malaysia, dan cuba korek info-info tentang mereka. Bahkan ada yang aku jumpa gambar batu nisan diaorang sekali. Menariknya tentang mereka, 6 orang gadis ini turut menjadi mangsa grave robbing. Mayat mereka hilang macam tu jer. Lalu aku simpulkan yang 6 orang ni ada kaitan dengan ilmu hitam yang si Kamarul ceritakan!"

"Kau kena masuk polis," gumam Izzat selepas Ikmal menjelaskan bagaimana dia boleh menemui nama mangsa-mangsa yang dijadikan mangsa ilmu hitam Tok Anjang.

"Aku harap kau tarik balik kenyataan kau yang Ikmal tak ada function langsung dalam team kita," bisik Adilla disebelah Megat Azizan membuatkan Megat Azizan terus mencebik.

"Sekarang... semuanya terpulang pada kau Adilla," tutur Izzat sambil berpaling menghadap Adilla.

"Kau rasa... dia akan tergoda dengan aku ke?" gumam Adilla sambil memandang wajah Izzat takut-takut.

"Kalau si Aliff tu bernafsu dengan si Jierah, si Adilla ni sekadar petik jari jer!" kata Megat Azizan. Najirah yang sedang berdiri disebelah Adilla terus menundukkan wajahnya, mendengarkan umpatan daripada Megat Azizan. Anak mata Izzat sempat menangkap titisan air mata yang sedang menitis dari kelopak mata itu. Megat Azizan meski tidak menyedari, tetapi betapa sesungguhnya disebalik perwatakkan kasar yang dipamerkan oleh Najirah itu, sebenarnya Najirah adalah sama seperti gadis-gadis lain. Najirah tidak lokek dengan air mata, meski tidak ditunjukkan depan mereka.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now