Izzat sedang berdiri dihadapan sekurang-kurangnya 30 orang pelajar yang sedang duduk ditempat duduk masing-masing, sambil merenung penuh curiga ke arahnya. Seorang wanita dalam lingkungan 30-an yang setinggi paras bahu Izzat, lengkap dalam pakaian baju kurung dengan tag nama tertulis Maisara sedang berdiri disebelah Izzat sambil tersenyum dan berpeluk tubuh.
"Selamat pagi anak-anak semua. Hari ni, kita ada pelajar pertukaran yang baru. Mohammad Izzat bin Razali. Izzat, dah boleh perkenalkan diri kat depan kawan-kawan baru Izzat," ucap wanita itu sambil berpeluk tubuh.
"Terima kasih Puan Maisara. Assalamualaikum semua." Salam yang diutuskan oleh Izzat dijawab, walau tidak serentak, oleh seluruh isi kelas. Dek kerana jawapan yang tidak serentak itu juga, jawapan salam bercampur-campur, menghasilkan bunyi yang agak aneh memenuhi keseluruhan kelas.
"Nama saya macam Puan Maisara sebutkan tadi... Mohammad Izzat bin Razali. Saya dari Eurasia. Sekolah lama saya SMK Dato' Onn. Selamat berkenalan semua. Mohon tunjuk ajar kalau ada apa-apa kekhilafan," sambung Izzat, seolah-olah apa yang diucapkannya sudahpun dihafalnya.
"Kamu boleh duduk kat sebelah..." Puan Maisara terdiam untuk beberapa ketika apabila melihat seorang pelajar yang sedang duduk disebelah tempat kosong di belakang kelas sedang lena tidur. Untuk seketika, suasana dalam kelas itu menjadi senyap seketika, hanya dipenuhi oleh bunyi dengkuran lelaki yang sedang menyembamkan kepalanya dalam lengan baju lengan panjang yang dilipat sehingga ke atas paras siku itu.
"Megat Azizan!" panggil Puan Maisara tenang. Namun, Megat Azizan masih lagi membuta membuatkan Puan Maisara menarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan. Kemudian, tidak semena-mena suara lantang menjerit terkeluar dari anak tekak Puan Maisara.
"Megat Azizan! Bangun dari tidur tu!" Tidak semena-mena, lelaki tadi mengangkat wajahnya dengan mata yang terkebil-kebil. Orangnya mempunyai dahi yang luas, rambut yang agak keperangan-perangan yang kusut-masai tidak bersikat. Hidungnya agak mancung. Serentak itu juga, Puan Maisara melontarkan sebentuk kapur yang sebesar ibu jarinya lalu terbang dengan deras menuju tepat ke arah dahi Megat Azizan.
"Auchh! Sakitlah cikgu. Apa benda ni?" tutur Megat Azizan sambil mengusap-ngusap dahinya yang terdapat kesan kapur yang mendarat didahinya.
"Awak tu dahlah selalu memonteng. Bila datang sekolah, kerja awak pulak membuta jer. Tak malu ke dengan kawan-kawan awak yang lain? Sampai bila awak nak jadi macam ni?" bebel Puan Maisara yang sedang bercekak pinggang itu.
"Izzat... awak boleh duduk disebelah Megat ya?" Izzat mengangguk. Namun, sebelum dia mahu melangkah, Puan Maisara bersuara lagi dibelakangnya.
"Saya dah tengok rekod awak. PMR awak straight A. Awak salah seorang top student dekat SMK Dato' Onn dulu. Saya harap awak tak terpengaruh dengan Megat, dan kalau boleh, tolong bimbing dia," bisik Puan Maisara. Pesanan yang sempat dititip oleh Puan Maisara itu membuatkan Izzat merenung wajah Megat Azizan dari jauh. Entah kenapa, pesanan tersebut membuatkan dia terasa terbeban. Dia tidak pernah menyangka hari pertama dia di SMK Adrujha bakal menjadi seperti ini.
"Yo brader. Sorry kalau benda tadi bagi kau bad impression kat aku!" tutur Megat Azizan sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Tangan kanannya pula dihulurkan untuk bersalaman dengan Izzat yang baru sahaja melabuhkan punggung disebelahnya.
"Bodoh betul si Megat ni. Depan singa macam Puan Maisara pun dia boleh tidur!" tutur satu yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka. Tak sempat Izzat mahu membalas huluran tangan Megat Azizan, terus dia menoleh ke belakangnya. Seorang gadis berambut pendek paras leher, dalam pakaian baju kurung putih yang merupakan uniform asasi pelajar sekolah di Malaysia. Gadis bertudung yang duduk disebelahnya seperti tidak mengendahkan mereka langsung.
"Aku mengantuk sangat. Buat kerja part-time semalam. Tuan rumah tengah carik mak aku ni. Duit sewa rumah kami masih belum bayar-bayar lagi. Semalam pulak boss aku macam musibat perangai dia. Dia suruh aku stay kira stok barang dengan dia!" tutur Megat Azizan.
"Aku nak bagi duit... nak suruh pakai duit aku dulu tolong mak kau, kau tak nak. Sekarang siapa yang susah?" soal gadis tadi.
"Arwah ayah aku dulu ada bagitahu, sesusah mana pun aku, jangan sesekali pinjam duit orang. Selagi aku ada tulang empat kerat ni, aku akan cari duit dengan cara aku. So, Jierah, terima kasih ajelah," tutur Megat Azizan. Selepas itu, gadis tadi mengalihkan perhatiannya ke arah Izzat yang sekadar memasang telinga perbualan antara Megat Azizan dan gadis tadi.
"Ohh lupa nak kenalkan diri aku. Aku Najirah Nasir. Tapi kawan-kawan semua panggil aku Jierah jer," tutur Najirah.
"Megat Azizan. Panggil aku Jiji," kata Megat Azizan sambil mengangkat tangannya di udara.
"Izzat," balas Izzat sepatah.
"Weyh Izzat... betul ke hidup kat Eurasia tu best? Aku tak pernah jejak sana pun!"
Izzat tidak menjawab soalan itu sebaliknya merenung wajah Najirah dan Megat Azizan silih berganti.
"Jiji... Jierah... jangan bagitahu aku yang kau orang... bercinta?" soal Izzat tiba-tiba membuatkan Megat Azizan yang sedang meneguk air kosong disebelahnya hampir sahaja tersembur air itu tepat ke arah wajah Izzat. Wajah Najirah pula sedang merona merah, seolah-olah seperti dia baru sahaja menelan semangkuk cili padi yang sangat pedas, yang sedang membakar anak tekaknya.
"No way dude!" tutur Megat Azizan sambil acah-acah cuba untuk ketawa.
"Dengan Jiji? Aku rela terjun dari tingkat tiga kelas kita daripada dengan dia! Hahahahah!" tutur Najirah sambil menggeleng.
"Tak adalah. Nama panggilan korang. Lebih kurang sama!" ucap Izzat.
"Megat! Pandang depan sekarang! Tak reti nak tumpukan perhatian langsung bila ada dalam kelas! Patutlah markah sejarah awak jatuh teruk!" teriak Puan Maisara sambil menghempaskan buku di tangannya pada papan hitam dihadapan. Tetapi sepertinya, teguran dari guru kelas Izzat itu seperti menyelamatkan Megat Azizan dan Najirah daripada situasi paling menjengkelkan yang pernah mereka hadapi, sekurang-kurangnya untuk hidup selama 17 tahun di atas muka bumi.
"Nanti sembang lagi guys," ucap Najirah.
"Sorry cikgu. Susah sangat nak cari buku teks sejarah ni," tutur Najirah sambil tersengih seorang diri.
"Kau jenis lelaki yang ada telur tak?" tanya Megat Azizan tiba-tiba ketika Izzat sedang menumpukan perhatian ke arah nota yang sedang ditulis oleh Puan Maisara tentang seorang tokoh dalam sejarah Melayu.
"Maksud kau berani?" soal Izzat.
"Aku dengan Jierah plan malam ni kita nak ke jalan lama yang orang dah tak berapa guna untuk ke Menggunung," tutur Megat Azizan sambil tersenyum sendirian.
"Ada apa?" soal Izzat.
"Semalam ada kes kematian dekat situ. Diaorang jumpa mayat seorang lelaki dengan leher kena baham dengan sesuatu. Ada orang kata lelaki tu mati sebab kena gigit dengan Pontianak yang memang menghantui jalan-jalan dekat situ," tutur Izzat.
"Pontianak?" soal Izzat dengan kening yang terangkat.
"Kalau Jierah boleh ikut aku malam ni, aku rasa kau tentu tak ada problem kan Izzat?"
Untuk seketika, Izzat menatap wajah Megat Azizan serta merenung kosong kepala Najirah dari belakang sebelum mengangguk.
"Yahoo! Malam ni nak carik hantu!" gumam Megat Azizan yang kelihatan sangat teruja.
YOU ARE READING
Menggunung (Completed)
HorrorMenggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu...