Bab 16: Lari

3.4K 249 12
                                    


Buku Klimaks tulisan Helmi Effendy itulah yang menjadi peneman kepadanya sepanjang hampir dua hari ditempatkan di Hospital Menggunung. Mujurlah dia tidak perlu bersama dengan pesakit lain, berkongsi ruang. Dia ditempatkan di dalam sebuah wad VIP, ehsan daripada sahabat Pak Ngah yang merupakan antara pihak pentadbir hospital tersebut yang pernah suatu masa terhutang budi dengan Pak Ngah.

Namun, tinggal seorang dalam bilik yang bertemankan sebuah televisyen dan makanan yang boleh dipilih dari menu yang setiap hari akan dihidangkan padanya pun turut membosankan. Malah mungkin meresahkan, untuk sesiapa yang terbaring lemah sepertinya tatkala sahabat seperjuangannya sedang bertarung dengan maut diluar sana. Ya, katil tempat dia berbaring sambil melemparkan pandangan ke arah taman di bawah itu memang selesa. Tetapi apa guna katil empuk itu andai dia tidak mampu lena.

Mungkin sebab itu juga, entah kali berapa dia menghabiskan buku tersebut, sudah terlepas dari kiraannya. Megat Azizzan dan Kamarul yang datang melawat sekadar membawa buah tangan, namun tiada seorang pun mempunyai keberanian untuk mematuhi keinginannya, lagi-lagi si Kaira berjaga seperti CCTV.

"Please... tolong aku cabut dari hospital ni. Aku nak ikut cari Emmy sekali!"

"Kakak kau tengah perhatikan kami... aku tak berani..." kata Kamarul.

"Kakak kau tu nampak jer cantik, tapi garangnya kalah Adilla!" Megat Azizan

"Emmy kat luar sana... entah-entah jadi mangsa salah seorang daripada anjing Tok Anjang... kau orang pula nak aku terpuruk kat sini?" Izzat masih tidak mahu mengalah.

"Kau sakit..."

"Kali seratus aku cakap dengan kau, aku dah okey! Dah okey! Tak faham-faham ke apa yang aku cakap?" tengking Izzat yang agak beremosi. Serentak itu, Kaira berada diluar bilik, membiarkan Izzat mendapatkan waktu privasinya dengan Megat Azizan dan Kamarul untuk seketika terus masuk.

"Apa yang bising-bising tadi? Ni hospital tau Izzat!" marah Kaira.

"Kami mintak diri dulu kak..." tutur Megat Azizan.

"Assalamualaikum," utus Kamarul pula.

Itulah antara babak imbas kembali semalam. Sejak itu, Megat Azizan dan Kamarul tak lagi datang menjenguk Izzat di hospital. Atau mungkin sebab Izzat merasakan masanya terlalu lama bergulir di hospital membuatkan dia bersangka buruk pada dua sahabatnya padahal tidak lagi genap 24 jam Megat Azizan dan Kamarul melawatnya, seperti mana sudah lebih 24 jam Emmy hilang tidak ketemu langsung. Tetapi sungguh, kehilangan Emmy terasa seperti sebulan kalau dia berterusan terpuruk menunggu berita tentang Emmy, sedangkan yang lainnya sedang gigih mencari Emmy. Benarlah kata Einstein, sesungguhnya masa itu sangat relatif.

"Assalamualaikum..." tutur satu suara yang mengetuk pintu wad Izzat. Najirah muncul lengkap berkelubung dalam sweater hitamnya, melindungi rambut pendek dan wajahnya.

"Wassalam.. sekejap... apa yang kau buat kat sini? Bukan ke yang kau..."

"Aku larik dari rumah," balas Najirah pendek.

"Kenapa?" soal Izzat.

"Sahabat aku hilang kat dalam hutan dan kau expect aku nak stay dalam rumah agam orang tua tu?"

"Kalau kau lari dari rumah, bantu aku untuk lari dari hospital ni," ucap Izzat.

"Kau dah gila ke?" soal Najirah dengan kedua-dua keningnya terangkat.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now