Bab 12: Amukan Najmi

3.9K 264 33
                                    



Seorang lelaki yang memakai cap berserta dengan jersi bola sepak Liverpool dan seluar trek hitam sedang berdiri sambil berpeluk tubuh sambil wisel sedang melekat pada mulutnya. Meskipun pagi tadi, kematian mengejut melanda salah seorang guru sekolah mereka, pemilihan untuk menyertai pasukan bola sepak SMK Adrujha pada petang itu begitu mendapat sambutan. Setakat yang sempat dikira oleh Izzat, sekurang-kurangnya ada 44 orang pelajar yang sedang berdiri sambil memanaskan badan pada petang itu.


"Peminat Liverpool?" soal Megat Azizan yang sedang memanaskan badan disebelah Izzat.


"Dulu, kini dan selamanya," balas Izzat.


"Samalah kita. Aku betul minat permainan Gerrad dan impian aku nak jadi macam dia," kata Megat Azizan.


"Kau pun kena join pemilihan sekali ke?" soal Izzat.


"Coach Shahrul, coach baru Adrujha FC memang strict. Dia tak kisah yang aku ni kapten sekolah ke, penjaring terbanyak tahun lepas ke, tapi aku tetap sama dengan orang lain. Dia nak tengok aku bersaing dengan pelajar-pelajar lain," tutur Megat Azizan pada saat dimana setiap pelajar disekitar mereka sedang sibuk mengira angka satu sampai lapan yang merupakan rutin harian dalam aksi memanas badan.


"Setiap orang lari pusing keliling padang lebih 10 kali!" arah coach kepada 40 orang orang pelajar SMK Adrujha yang


"Aku nak aim posisi striker ni. Kau ada cadangan siapa yang main defender yang aku kena aim?" soal Izzat ketika memulakan larian seiringin dengan Megat Azizan disebelahnya.


"Setakat ni yang main untuk sekolah tahun lepas, kau kena jaga-jaga dengan Ravi. Dialah defender terbaik yang kita ada," kata Megat Azizan sambil menjuihkan bibirnya ke arah seorang lelaki India yang sedang berlari tidak jauh dari mereka.


Serentak itu, disebelah mereka seorang budak lelaki yang berkaca mata memintas pelajar-pelajar lain. Serentak itu juga, bunyi seperti tepukan dan sorakan kedengaran dari kebanyakan pelajar. Namun, budak lelaki itu tidak mengendahkan mereka.


"Power sangat ke budak tu main?" soal Izzat.


"Najmi? Dia dari form 1 sampai form 5 gigih mencuba nak join team bola sepak kita, tapi asyik kena rejected jer. Main pun agak kesian. Dia nak jadi Center Back, tapi selalu takut bola dan orang sergah sikit, dia akan lari," tutur Megat Azizan menceritakan sedikit perihal kisah budak berkaca mata bernama Najmi itu. Namun, Izzat tidak melarikan pandangannya daripada merenung penggerakkan budak lelaki itu. Matanya tajam memerhati kerana entah kenapa, gerak hatinya seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan budak lelaki itu, sekurang-kurangnya untuk hari ini.


Pada saat setiap pelajar masih lagi berbaki 5 pusingan untuk melengkapkan larian mereka, entah kenapa Najmi ketika hari itu kelihatan sangat bertenaga apabila berlari dua kali lebih panta daripada mereka dan berjaya melengkapkan 10 pusingan larian seperti yang diminta oleh Coach Shahrul. Dia tidak tercungap-cungap malah berterusan berlari menunggu rakan-rakannya yang lain. Kalau tadi diawalan, mereka seperti mengejek budak lelaki itu, namun bunyi ejekan seperti sorakan mula hilang, berganti dengan raka kagum dengan stamina budak lelaki itu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now