Bab 23: Doppelgänger

4.2K 261 29
                                    

Adilla sedang duduk di atas katil empuk dalam bilik sakit dalam keadaan uniform sekolah birunya berlumuran darah, yang datang daripada darah Mei Chan yang cuba untuk bunuh diri. Jari-jemarinya sedang menggigil sambil Najirah memeluk tubuhnya dari sisi, menemani gadis itu dengan setia. Izzat, Megat Azizan dan Ikmal pula sekadar berdiri berpeluk tubuh sambil memerhati Adilla yang jelas sedang ketakutan.

"Dia kata... Cikgu Aliff yang bertanggungjawab atas apa jadi pada diri dia," tutur Adilla sambil memandang wajah Izzat Razali dan Najirah silih berganti, cuba meraih kepercayaan daripada Izzat dan Najirah, dua watak dalam bilik itu yang merupakan orang yang paling rapat dengannya.

"Tak akanlah Cikgu Aliff tu yang buat dia bunuh diri. Macam... macam tak logik jer. Dia tu cikgu kot," tutur Megat Azizan.

"Ini Menggunung Jiji. Kalau orang sebaik Najmi boleh jadi macam tu... tak hairan sangat seorang cikgu boleh jadi penyebab Mei Chan bunuh diri," tutur Najirah disebelah Adilla.

"Tapi... apa yang Cikgu Aliff buat? Dia baru seminggu dekat sini! Tak akanlah..."

"Tapi... kau sendiri tengok yang Mei Chan menjerit setan sambil tunjuk jari dia kat Cikgu Alifff!" Adilla cuba mempertahankan dirinya.

"Aku dengar rumour yang mengatakan setiap hari, ada aje perempuan cantik dalam sekolah kita yang dilihat masuk bilik cikgu disipilin..." gumam Ikmal tiba-tiba mengalihkan pehatian mereka semua di dalam bilik itu.

"Dia apa... perempuan cantik masuk dalam bilik dia?" soal Izzat sambil mengerutkan dahinya.

"Tak ada siapa yang tahu yang apa yang si Aliff tu buat dalam bilik cikgu disipilin. Tapi, ada yang bagitahu diaorang kadang-kadang dengar bunyi mengerang, bunyi rengekan dan orang perempuan menangis kat dalam bilik tu," tutur Ikmal lagi lalu menghirup air kotak sambil memerhati rakan-rakannya yang lain.

"Ada hantu ke dalam bilik tu?" tutur Megat Jiji Azizan dengan riak wajah yang berkerut.

"Kau dengar dari siapa?" soal Izzat.

"Masa aku kena ugut dengan geng Amran tengah hari tadi, diaorang ugut nak sumbat aku dalam bilik cikgu disipilin kalau aku tak bagi diaorang 2 ringgit duit aku. Aku cakap nak takut apa... lepas tu diaorang bukak cerita pasal apa yang berlaku," tutur Ikmal.

"Amran and the gang bukan boleh percaya sangat," ulas Megat Azizan.

"Diaorang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit dari orang lembik macam kau!" kata Megat Azizan lagi namun Ikmal tidak mengendahkannya. Dia tiba-tiba mahu melangkah keluar dari bilik itu namun Izzat sempat menahan Ikmal dengan memegang bahu lelaki itu dari belakang.

"Nak ke mana?" soal Izzat.

"Cari celaka mana yang curi lappy aku," tutur Ikmal lalu menepis tapak tangan Izzat, dan meninggalkan mereka berempat di dalam bilik itu.

"Izzat... Jiji... boleh aku minta tolong?" soal Adilla.

"Ya... apa dia?" soal Izzat, namun Megat Azizan sekadar membisu.

"Cari beberapa orang perempuan yang kau nampak pelik... yang perangai lebih kurang Mei Chan... soal siasat diaorang... sebut nama Cikgu Aliff depan diaorang dan tengok macam mana reaksi diaorang," suruh Adilla.

"Aku tak rasa ada student stay lagi sekarang... tapi aku dengan Jiji boleh cuba esok," tutur Izzat tenang.

Serentak itu, pintu bilik sakit terbuka dan kelihatan Pengetua Alias menyerbu masuk ke arah Adilla. Najirah spontan menjauhkan tubuhnya daripada Adilla, membiarkan Pengetua Alias memeluk erat tubuh Adilla sebelum meleraikan rangkulannya, lalu menyambar kedua-dua tapak tangan Adilla yang berlumuran darah.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now