Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...

3.2K 240 10
                                    

"Apa yang awak buat tadi? Nasib baik abang Amir kamu kenal beberapa orang penting dekat balai polis. Kalau tak, tidur lokap awak malam ni!" tutur Huraiya tatkala melangkah keluar dari Taman Tema HE Universe sambil Megat Azizan menundukkan wajahnya.

"Saya... saya... saya macam dapat mimpi kak!" ucap Megat Azizan.

"Kamu tak ada dapat maklumat ni dari mana-mana penjenayah atau pengganas?" soal Huraiya. Untuk seketika, Megat Azizan yang berhenti sejenak dipintu masuk taman tema yang sudahpun ditutup dek kerana kemalangan ngeri tadi, sambil memandang wajah Huraiya yang sedang bercekak pinggang. Sedari tadi, dia membebel sahaja. Namun, bebelan wanita yang bekerjaya sebagai jururawat itu mati apabila Amir Taufiq menyertai dari belakang.

"Saya dah cakap dengan Inspektor Ninie. Katanya, Megat boleh balik. Tapi kena stay dekat Rajawali dulu untuk apa-apa urusan siasatan lanjut," kata Amir Taufiq.

"Rumah saya atau awak?" soal Huraiya.

"Rumah saya sebab lebih luas. Apartment awak tu tak muat nak sumbat diaorang berlapan," kata Amir Taufiq.

"Alang-alang saya nak ambil Tasha kat kakak awak, bolehlah saya tumpangkan budak perempuan ni sekali," kata Huraiya.

Amir Taufiq lantas menghidupkan Toyota Avanzanya, manakala Huraiya terus berlalu ke arah Toyota Vious yang diparkirkan tidak jauh dari Toyota Avanza. Ketika Kamarul mahu melangkah masuk ke dalam kereta, Izzat yang tangannya berbalut dengan bandage itu menarik tangannya ke satu sudut di belakang kereta Amir Taufiq.

"Kenapa?" soal Kamarul.

"Buka laman web tu sekarang!" suruh Izzat.

Kamarul terus mencapai telefon bimbit dalam seluar jeansnya, mencari pelayar google chrome dan terus membuka laman yang sudah dibookmark awal. Sebaik sahaja paparan halaman utama laman web Dari Alam Lain keluar di telefon bimbitnya, dia terus mendongak memandang Izzat.

"Jadi... diaorang bertiga?" soal Kamarul. Izzat mengangguk.

"N, S dan M. Aku Ada Rahsia Tentang Kalian Yang Aku Mahu Dunia Tahu!"

Itulah isi artikel yang baru dinaikkan semalam. Setakat ini ia artikel paling tular di laman web tersebut dengan jumlah bacaan mencecah 200, 000. Semuanya kerana mereka berspesikulasi tentang siapakah N, S dan M yang dinaikkan di laman web.

"N, S dan M ialah penentang utama kepada Dari Alam Lain. Mereka bertiga ialah manusia paling aku benci di dunia. Oleh kerana itu, aku mahu bongkarkan rahsia tentang mereka bertiga. Bermula dengan M, lelaki yang menyangka dirinya sebagai hero. Cuba mempertahankan si N dan S, belahan jiwanya. Si M, dia punya visi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kalau ada sesuatu yang mampu trigger visinya, M mampu mengembara ke waktu silam dan waktu hadapan. Tapi, kelemahan M dia tidak akan mengetahui dia sedang menyelami tragedy silam, atau dia bakal menyaksikan bala yang bakal menimpa." Kamarul terhenti bacaannya sambil menoleh ke arah Megat Azizan yang sedang bergaduh dengan Ikmal di dalam kereta.

"Megat?"

"Aku baca pagi tadi, aku pun terfikir macam tu. Tapi sekarang aku yakin tu ialah Megat," kata Izzat sebelum Kamarul kembali meneruskan bacaannya.

"S adalah gadis malang. 16 tahun usianya. Ketika kecil, ibu dan ayah mati dijilat api. S selamat namun separuh kejelitaannya dimamah api. Namun, apabila wajahnya ditarik TUHAN, S menerima kebolehan lainnya. Matanya mampu menyaksikan penghuni dari alam lain. Namun, sejak kebelakangan ini, aku menerima khabar dari khadamku, si S sudah boleh lihat kematian. Sesiapa sahaja yang tertulis di luh mahfuz, si S juga akan menerima pengkhabaran itu. Seolah-olah dia ialah sahabat malaikat maut!"

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now