Bab 47: Tragedi Taman Tema

3.7K 263 59
                                    


KTM yang sedang bergerak melalui landasan kereta api yang dibina membelah Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Menggunung dengan kota Metropolis Malaysia yang menduduki tempat ketiga di belakang Kuala Lumpur dan Eurasia. Selain daripada kereta api tersebut, terdapat lebuhraya dan jalan lama yang boleh digunakan. Namun memandangkan bahawa mereka berlapan masih lagi pelajar sekolah dan tentunya, Rajawali dan lebuhraya yang memanjang bukanlah seperti Menggunung yang merupakan sebuah pekan kecil. Jadi, KTM itulah satu-satunya pengakutan mereka untuk sampai ke Rajawali.

Sasaran mereka ialah taman tema yang menjadi bualan ramai. HE Universe Theme Park, dibina atas dunia fantasi novelis versetile Malaysia iaitu Helmi Effendy. Setiap permainan yang disediakan di taman tema itu adalah berasaskan novel-novel bestseller Helmi Effendy itu sendiri. Izzat yang sedang berkerut dahinya memerhati skrin telefon bimbitnya tidak pernah membaca karya penulis terkenal itu. Namun, beberapa buah novelnya seperti Klimaks dan The Lost World yang diadaptasikan ke dalam bentuk filem pernah ditonton ketika dia berada di Eurasia.

Sambil dia menatap telefon bimbitnya, yang kelihatan seperti menganggu ketenangan pada pagi Isnin cuti sekolah itu, duduk disebelahnya ialah Megat Azizan yang sedang kusyuk bercerita tentang HE Universe Theme Park pada Sofea yang hanya dipisahkan tempat duduk dengan laluan pejalan kaki ditengah-tengah kereta api itu. Sofea sekadar setia mendengar sambil beberapa ketika, akan mencelah. Gadis itu kelihatan cantik pada hari itu. Dia tidak lagi menyembunyikan parut kebakaran yang menjilat separuh wajahnya, sebaliknya mengikat ekor kuda rambut lurusnya ke belakang.

"Saya tak pernah baca novel HE, tapi saya selalu tengok filem adaptasi dia. The Lost World... ada orang kata ada satu bahagian kat taman tema tu memang dibina khas macam dunia dalam The Lost World!" ucap Megat Azizan teruja.

"Sebenarnya novel The Lost World tu ada spin-off dan prekuel dia. Beast dengan Panggil Aku Qarin. Tapi tak sempat buat filem lagi," jelas Sofea.

"Aku lagi suka nak masuk rumah hantu paling besar di dunia. Rumah hantu yang dibina berdasarkan novel Dari Alam Lain dia tu!" ucap Kamarul di belakang yang mencuri dengar perbualan antara Megat Azizan dan Sofea.

"Tak best! Yang lagi best masa masuk Dunia Zombie HE. Lagi best, saya pernah ke sana!" ucap Emmy pula yang duduk tidak jauh daripadanya.

Kelihatannya, mereka semua sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke Taman Tema HE Universe. Lalu sepanjang perjalanan mereka menuju ke Rajawali di dalam KTM, mereka terus berbahasa setiap bahagian di taman tema tersebut yang paling menarik buat mereka. Akhirnya ketika mereka turun di Stesen Rajawali, ketika berjalan menuju ke arah kereta sepupu Emmy yang merupakan seorang wanita berusia pertengahan 20-an yang bekerja sebagai jururawat yang bernama Huraiya yang sedang berdiri setia di sebelah Toyota Viousnya. Perjalanan dari Menggunung ke Rajawali mengambil masa dalam tempoh dua jam sahaja. Huraiya datang bersama dengan seorang teman lelakinya yang bernama Amir Taufiq yang datang dengan kereta Toyota Avanzanya. Yalah, mana muat 8 orang itu untuk disumbatkan ke dalam kereta Huraiya seorang sahaja.

"Kak HuraIya dah ambil dulu tiket yang kau orang oder online tu," kata Huraiya sebaik sahaja dia menghampiri Emmy yang sedang membawa beg galasnya.

"Perempuan masuk kereta Kak Emmy kamu, lelaki masuk kereta abang. Okey?" ucap Amir Taufiq. Mereka sekadar mematuhi tanpa membantah. Namun ada riak kecewa terlukis pada wajah Megat Azizan apabila terpaksa berpisah dengan Sofea. Sejak pulang dari Kem Motivasi Rentap, mereka berdua selalu bersama, seolah-olah seperti tidak mampu dipisahkan, seperti belangkas yang ditakdirkan untuk hidup berdua.

"Brader... aku tahu kau dah sesak nafas sebab nak berpisah dengan buah hati kau. Kalau ya pun, boleh tak naik kereta ni? Tak akan sebab kisah cinta kau dengan Sofea, aku kena berdiri kat luar stesen ni?" gumam Ikmal di belakang Megat Azizan, menarik jejaka itu kembali ke dalam realiti. Dengan wajah yang bengis, Megat Azizan melangkah masuk ke dalam kereta, sebelum disertai oleh Ikmal disebelahnya.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now