Gadis kristal, maafkanlah Megat Azizan selepas berusaha untuk beberapa hari ini memujuk hatimu yang keras itu. Ternyatalah selain parut kebakaran yang persis retakan yang wujud pada kristal, membentuk corak-corak yang agak mengangumkan mampu terhasil dari tragedi yang sadis seperti kebakaran yang meragut nyawa dua orang ibu bapa yang penyayang. Tetapi parut yang saling tak tumpah seperti ukiran indah dari Tuhan itu, bukanlah satu-satunya yang mampu dikaitkan dengan kristal.
Hati seorang gadis pendiam dan penyendiri seperti Sofea rupa-rupanya tersangatlah keras dan degil persis Kristal, yang diketahui antara material paling lasak yang pernah lahir dari perut bumi. Betapa Sofea cuba menjauhkan diri daripada Megat Azizan, dan betapa Megat Azizan begitu berusaha untuk mencari Sofea yang tiba-tiba hilang dari pandangan matanya untuk beberapa hari itu. Megat Azizan merasakan bahawa dia dan Sofea sedang bermain permainan tikus dan kucing. Mereka hanya sempat bertemu hanya pada pagi ketika para pelajar tingkatan 5 bersama dengan beberapa pelajar tingkatan 4 yang terpilih untuk menyertai kem motivasi itu sedang berkumpul di tapak perhimpunan, menunggu guru-guru yang ditugaskan untuk mengiringi mereka dan mendengar taklimat sebelum berangkat dengan bas sekolah yang sedang menunggu mereka diluar.
"Sofea!" panggil Megat Azizan sambil menghampiri Sofea yang masih dalam penampilan biasanya, rambut hitam panjang pada paras pinggang yang menutupi separuh wajahnya. Kebanyakan pelajar dan guru yang berada di tapak perhimpunan kini beralih tumpuan mereka ke arah Megat Azizan yang tiba-tiba memegang tangan kanan Sofea yang berparut itu.
Megat Azizan seperti sudah hilang akal. Dia tidak peduli lagi guru yang yang sedang mencatat kehadiran. Dia tidak peduli lagi mata-mata pelajar yang sedang fokus ke arahnya. Dia tidak peduli lagi apa kata mulut-mulut puaka yang menyebarkan umpatan yang sering bermaharajalela di setiap sudut Adrujha selepas ini. Bahkan, Megat Azizan tidak lagi ambil kisah tentang kaki buli nombor satu Adrujha akan lakukan padanya, atau mungkin juga Sofea selepas detik itu.
"Jiji... dia dah gila ke?" soal Kamarul tidak percaya sebelum menoleh ke arah Najirah yang terpempan dengan babak yang sedang dipaparkan didepan matanya. Sempat anak mata Kamarul tajam memerhati penumbuk yang sedang digenggam oleh Najirah.
"Tolong... tolong fikirkan balik apa yang saya cakap kat perpustakaan tu!" rayu Megat Azizan.
"Orang semua nampak... tak manis..." tutur Sofea yang lebih menundukkan wajahnya daripada biasa, cuba mengelak setiap mata yang sedang memerhati mereka berdua.
"Nyawa awak... nyawa awak... saya tak nak..."
"Wow! Tak sangka si Sofea cacat muka tu pun ada orang suka!" Amran melaung dari satu sudut tapak perhimpunan itu sebelum disambut oleh ketawa daripada konco-konconya.
"Lepaskan saya Megat!" Suara Sofea sedikit tinggi.
"Najirah! Kau akhirnya kalah dengan budak cacat!" ejek Amran lagi.
Namun ejekkan-ejekkan yang datang Amran itu seperti bunyi-bunyi yang menyambar telinga seorang yang tuli. Bezanya, Megat Azizan memang tidak pernah mengalami masalah pendengaran, tetapi obsesinya untuk selamatkan Sofea seperti menutup terus dunia Megat Azizan dengan dunia sekelilingnya.
"Nyawa awak kat Kem Motivasi Rentap tu dalam bahaya kalau awak ke sana!" ucap Megat Azizan cuba memujuk Sofea.
"Kau tak geli ke pegang tangan dia yang berparut tu?" soal Amran.
"Saya bagi amaran! Jangan buat saya marah! Lepaskan tangan saya!" Sofea memberi amaran.
"Awak tak tahu apa..."
YOU ARE READING
Menggunung (Completed)
HorrorMenggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu...