Bab 35: Bunian Makan Orang

3.5K 259 47
                                    

Kata orang-orang tua, kalau hutan pada waktu malam tidak disertai oleh bunyi cengkerik berlagu, maka ada sesuatu yang tidak kena pada hutan itu. Malam itu, Izzat melangkah membelah denai yang membawanya semakin ke dalam hutan belantara Menggunung, berbekalkan tali yang dipasang bersambung dengan setiap pokok dan juga lampu suluh. Dia keseorangan tetapi dia masih lagi tenang melangkah.

Susana hutan malam itu agak sejuk, sesuai dengan cuaca tanah tinggi di Menggunung. Sweater yang membalut tubuhnya pula tidak dapat menghalang dari kesejukan yang sedang mencengkam tulang hitamnya. Mungkin sebab itu kabus sedang berarak disekitarnya, meski tidak tebal sehingga menghalang pemandangannya, tetapi kehadiran unsur alam itu cukup memberitahu bahawa suhu sedang jatuh menjunam disekitarnya.

Dia juga tahu bahawa hari itu, boleh jadi hari terakhirnya kerana sumpahan Menggunung paling kuat. Lagi-lagi dia ialah keturunan salah seorang pengasas Menggunung. Ada dendam antara penghuni hutan Menggunung dengan dirinya.

Selain daripada perasaan risau yang semakin menggunung dalam dirinya, sang nyamuk yang sedari tadi asyik menggigit bahagian kulitnya yang terdedah juga peneman yang setia. Darahnya yang mungkin lebih sedap daripada darah kebanyakan penghuni Menggunung pada hari itu membuatkan sang nyamuk berpesta. Mungkin sebab itu juga, ketika dia sedang kusyuk berperang dengan sang nyamuk, dia terlupa untuk seketika memikirkan nasib dirinya serta rakan-rakannya yang lain. Sambil dia berjalan, sambil tangannya mengibas-ngibas di udara laksana orang bersilat, mahu menghalau sang nyamuk yang sedang bermain di kepalanya.

"Kalau aku tahu, aku bawak ridsect tadi!" gerutu Izzat keseorangan. Namun, kata-katanya mati apabila dia tali yang dipegang yang dikatakan sebagai salah satu alat yang akan membimbingnya di dalam hutan putus tiba-tiba. Untuk seketika, langkah kaki Izzat mati di situ sambil dia melihat sekitarnya.

"Abang Farid! Tali putus!" teriak Izzat sekuat hatinya. Dia pernah mengikuti aktiviti sebegini di sekolah lamanya. Biasanya setiap trek dan denai yang ditetapkan oleh pihak yang terlibat akan dijaga oleh renjer hutan yang berada disetiap checkpoint yang dianggap sebagai kritikal. Tentu ada renjer hutan yang berdekatan yang mendengar jeritannya. Namun, selepas beberapa saat dia menjerit, tiada langsung sahutan daripada sesiapa.

"Woii! Tali putus ni! Aku nak buat apa?" teriak Izzat lagi. Namun yang menyambut jeritan itu adalah sekadar kesunyian yang bersulam dengan bau hutan yang agak tebal malam itu, satu-satunya perkara yang memberikan aroma ketenangan untuknya.

"Patah balik..." gumam Izzat yang selepas lima minit berdiri di situ, terus berpatah balik mengikuti tali yang masih tidak putus. Mungkin ada silap di mana-mana sahaja. Namun, ketika dia sedang meneliti setiap tali, melangkah akar-akar dan daun kering di lantai hutan, dia sekali menemui jalan buntu. Betapa terdapat tali yang terputus yang sedang layu longlai di atas lantai.

"Shit..." gumam Izzat yang sudah mula panik. Dia melihat sekitarnya dan betapa keadaan isi hutan pada malam itu agak asing. Kemudian, dari kejauhan, dia melihat dua tubuh yang sedang berpegang tangan menghampirinya. Dia mula terus menghala lampu suluhnya ke arah lembaga tadi.

"Hoii apa ni main suluh-suluh! Silau!" Kedengaran suara Adilla melaung dari kejauhan.

"Izzat?" Suara Emmy pula berdendang. Apa lagi, Izzat terus mendapatkan mereka berdua lalu untuk seketika, perasaan takut dan risau mula beransur hilang dari jiwanya, dan lega mula berlabuh. Namun, langkah Izzat terhenti seketika apabila menyedari sesuatu.

"Kaki kau okey Dilla?" soal Izzat.

"Terseliuh tadi... aku hampir jatuh dalam gaung," balas Adilla. Emmy sedang memapah gadis itu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now