Bab 14:Tok Anjang

3.8K 256 24
                                    

"Ya ALLAH!" ucap Emmy spontan tatkala menyaksikan bagaimana tubuh Izzat diheret seperti anak patung oleh Najmi. Hampir sahaja dia pitam namun Najirah yang berada disebelahnya sempat menahan tubuh Emmy.

"Izzat... kau nampak kan kepala dia?" soal Emmy sambil menatap wajah Najirah.

"Sabar Emmy... polis tengah usahakan yang terbaik untuk bawak keluar tebusan keluar dari dewan sana," tutur Najirah. 

"Okey aku dah tanya polis yang bertugas. Najmi baru jer bunuh 3 orang tadi sebelum menjadikan seluruh sekolah sebagai tawanan dia. Semua saksi bagitahu yang kekuatan yang dimiliki oleh Najmi tersangat kuat. Dia boleh hancurkan tengkorak orang dengan tapak tangan dia jer," jelas Kamarul yang muncul dibelakang mereka.

"Najmi? Dia nak sentuh lalat pun tak berani!"

"Tak... dalam tu bukan Najmi lagi. Dia salah seorang daripada mangsa Tok Anjang!" gumam Emmy sambil merenung tajam dewan sekolah dari jauh.

"Macam mana kau tahu?" soal Najirah.

"Jierah... Kamarul... malam ni aku ambil alih kumpulan kita," ujar Emmy sambil melangkah meninggalkan perkarangan dewan itu. Untuk seketika, Najirah dan Kamarul saling berkongsi pandangan sebelum mereka mengikuti langkah kaki Emmy dari belakang.

"Kamarul... kau tahu kan rumah Tok Anjang kat mana?" soal Emmy.

"Ta..hu. Kenapa?"

"Aku dengan Jierah nak pecah masuk malam ni. Kau tolong cari apa-apa jenis ilmu hitam yang boleh buat seseorang tu jadi kuat macam Najmi. Mungkin membantu untuk kita," kata Emmy memberi arahan.

"Sekejap... macam mana kau tahu yang Najmi salah satu mangsa Tok Anjang?" soal Kamarul membuatkan Emmy berhenti. Ketika itu, mereka sudah pun jauh meninggalkan kawasan sekolah. Terus Emmy menyerahkan telefon bimbit yang mengandungi beberapa screeshot berkenaan komen seorang lelaki bernama nerdyboy yang mendakwa telah berjumpa dengan Tok Anjang semata-mata untuk menyertai pemilihan bola sepak petang itu.

"Kau yakin... yang nerdyboy ni adalah Najmi?" Kamarul masih tidak puas hati.

"Kalau bukan dia, kenapa Najmi yang konon tak pernah sentuh nyamuk tu pun jadi orang gila? Kau nampak tak macam mana dia heret Izzat macam Izzat tu anak patung? Tu bukan kelakuan orang yang tak berani sentuh nyamuk!" tengking Emmy tiba-tiba membuatkan Kamarul terpempan. Untuk seketika, Emmy baru sahaja menyedari bahawa dia meninggi suara pada sahabatnya itu.

"Emmy..." gumam Najirah.

"Jumpa malam nanti dekat depan rumah aku Jierah. Kita nak cari Tok Anjang tu sebelum apa-apa jadi kat Izzat..."

"Dengan Megat..." Najirah mengingatkan.

"Ya, demi sahabat kita!" ucap Emmy.

***

Walaupun tubuhnya masih berbalut baju sekolah, Emmy membiarkan air pancut dalam bilik airnya membasahi wajah dan tubuhnya. Entah kenapa hatinya turut terasa apabila melihat Izzat diheret seperti anak patung tadi. Terasa seperti jantungnya disiat-siat melihatkan apa yang terjadi pada Izzat. Padahal sebulan yang lalu, dia memilih untuk memberikan Izzat silent treatment yang dia sendiri fikir Izzat tidak layak untuk menerimanya. Namun untuk hari itu, dia yang paling terkesan dengan bayangan sesuatu yang buruk bakal menimpa Izzat. Akhirnya, dia seperti tadi, nekad untuk turun malam ini, menceroboh rumah tok bomoh paling angker di Menggunung.

"Ya ALLAH! Berikanlah aku kekuatan malam ni," gumam Emmy sambil mengosok-gosok rambut hitamnya sebelum menggeleng dalam hujan air pancut itu sebelum keluar dari bilik air untuk bersiap-siap bagi malam nanti.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now