Ketika Puan Maisara sedang sibuk mengajar subjek Sejarah dihadapan kelas, menyambung penjelasan tentang asal usul nama SMK Adrujha dan seorang srikandi dalam sejarah Melayu bernama Adrujha yang menyembelih leher seorang raja agung dari Thailand, betapa ada tiga orang pelajarnya yang masih tidak senang duduk. Izzat, Megat Azizan dan Najirah. Sudahlah mereka datang lewat pagi tadi, masuk sahaja ke kelas, Puan Maisara sudah berada mengambil kedatangan. Sudahnya, mereka bertiga langsung tidak mempunyai kesempatan untuk membincangkan kembali apa yang berlaku semalam.
"Bilalah singa ni nak habiskan kelas dia..." gumam Megat Azizan sambil tapak kakinya asyik bergerak sendirian, jelas menunjukkan dia sedang dalam keresahan.
"Bukan ke semalam dia dah merapu topik ni?" soal Najirah belakang Megat Azizan.
"Shhy.... Puan Maisara cakap topik ni masuk dalam exam dia nanti!" tutur Izzat dari belakang.
"Celaka... kita ada benda lagi penting. Ada Pontianak tengah mengganas makan orang... kau pulak tengah fikir pasal exam kau?" tutur Megat Azizan sambil menoleh belakang, tidak puas hati dengan jawapan daripada Izzat.
"Pembetulan, exam kita," balas Izzat.
"Megat Azizan! Pandang depan!" teriak Puan Maisara lalu melontarkan kapur putih di tangannya lalu mendarat di dahi Megat Azizan yang luas. Serentak itu, seisi kelas mereka ketawa menyaksikan babak itu.
"Saya pandang belakang sebab si Izzat ni yang dok main tarik telinga saya!" balas Megat Azizan. Dengan mulut yang terlopong, Izzat merenung tidak percaya ke arah Megat Azizan.
"Berdiri Izzat!" arah Puan Maisara.
"Cikgu... saya..."
"Berdiri!" Dengan berat hati, Izzat berdiri sambil menghela nafasnya.
"Lain kali jangan buat hal dalam kelas saya lagi!" Dan tanpa dijangkakan, Puan Maisara mencapai sebatang lagi kapur dari sebuah kotak kapur yang terletak di atas mejanya lalu melontarkan terus ke arah Izzat. Namun, tidak seperti Megat Azizan, Izzat mampu mengelakkan lontaran kapur yang laju menuju deras ke arahnya membuatkan kapur tadi menghentam dinding dibelakang Izzat.
"Maaf cikgu... saya... spontan!"
"Duduk!" arah Puan Maisara sambil terus berpaling ke arah papan putih.
"Salin nota yang saya akan tulis ni dalam buku kamu!"
"Refleksi awak tadi... hebat," tutur gadis yang duduk dibelakang Najirah membuatkan Izzat menoleh seketika ke arahnya.
"Errr... terima kasih," tutur Izzat.
YOU ARE READING
Menggunung (Completed)
HorrorMenggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu...