Bab 18: Hantu Air

4K 251 38
                                    


Sebulan. Itu ialah tempoh yang agak singkat untuk Izzat mengenali Emmy. Namun, sepanjang sebulan itu, betapa dengan Emmy, bahkan dengan Najirah, Megat Azizan dan Kamarul, Izzat tidak pernah merasai ikatan sedalam itu. Kali terakhir dia menangis seperti anak kecil ialah ketika khabar pemergian ayah, ibu dan kakaknya. Sungguh, tahun 2014 ini merupakan tahun yang berat. Ada empat kehilangan yang harus dihadapinya.

Selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Menggunung, tubuh Emmy dipulangkan semula kepada keluarga Emmy untuk proses pengebumian. Punca kematiannya ialah kerana lemas di di empangan tersebut. Atas permintaan keluarga Emmy jugalah, majlis pengebumian mahu disegerakan secepat mungkin.

Bacaan Yassin yang berkumandang dari dalam rumah Emmy pada malam itu sangatlah kedengaran sayu pada anak telinga Izzat yang sedang membaca Yassin di luar rumah, sambil ditemani oleh Kamarul dan Megat Azizan yang setia mengapitnya. Masing-masing menyarungkan baju Melayu yang berwarna suram, tanda berkabung dengan pemergian sahabat sejati. Pakaian itu seperti pekaian asasi untuk malam itu bagi setiap pengunjung rumah Emmy yang berpakaian serba hitam. Setiap bait Yassin yang dibacakan oleh Izzat, terbayang setiap memorinya bersama dengan Emmy. Tidak banyak, tetapi cukup mengesankan. Beberapa kali juga, air mata jantannya tumpah.

"Tak! Itu bukan mayat Emmy! Aku yakin Emmy masih hidup lagi!" teriak satu suara dari dalam rumah membuatkan bacaan Yassin terhenti seketika. Izzat mendongak sebelum menoleh ke arah Megat Azizan dan Kamarul yang mengapit kanan dan kirinya.

"Itu bukan suara Jierah kan?" soal Izzat.

"Pakcik.. makcik... dengar sini. Saya nampak Emmy masih lagi bernafas kat rumah Tok Anjang! Orang tua tu yang culik Emmy! Ini bukan Emmy! Entah hantu belaan dia yang mana yang dia sebat!" teriak Najirah lagi dari dalam rumah.

"Jom!" ajak Izzat. Dia terus meredah masuk ke dalam rumah Emmy sebelum menemui Kaira sedang memeluk Najirah dari belakang, cuba menenangkan gadis itu. Kaira menoleh ke arah Izzat yang memberi isyarat kepada kakaknya untuk membawa Najirah keluar. Selepas dipujuk berulang kali oleh Kaira, barulah Najirah akur untuk tenangkan dirinya diluar rumah. Izzat, Megat Azizan dan Kamarul turut menyertai Kaira.

"Kak... boleh tinggalkan kami dengan Najirah?" pinta Izzat. Asalnya, Kaira seperti berat membiarkan mereka ditinggalkan berseorangan, namun isyarat mata daripada Izzat membuatkan Kaira terpaksa akur.

"Kau okey?" soal Izzat.

"Kenapa kita semua suka sangat tanya soalan cliché tu? Tak nampak ke aku tengah menangis? Tak nampak ke yang... ada benda menyerupa jadi Emmy kat dalam sana?"

"Benda?" soal Kamarul yang kelihatan paling berminat dengan apa yang berlaku.

"Aku mandikan sendiri jenazah Emmy... masa tengah basuh anak telinga dia... aku nampak macam insang..."

"Insang?" Dahi Kamarul berkerut.

"Kau tengah sedih. Mungkin kau berimaginasi..."

Najirah menggeleng.

"Aku dengan Izzat sendiri nampak yang Emmy ada kat rumah Tok Anjang. Tak akanlah 10 minit lepas tu diaorang jumpa dia kat empangan. Jauh kot jarak dari rumah Tok Anjang dengan Empangan. Hampir 30 minit kalau jalan kaki. Lagipun susah kereta nak masuk sana! Jalan dia kecil sangat!"

"Kau yang nampak... aku cuma..."

"Demi ALLAH tu bukan halunisasi aku!"

"Aku rasa aku percayakan kisah kau!" Kamarul bersuara membuatkan Izzat dan Megat Azizan menoleh ke arahnya.

"Kau jangan bagitahu apa yang Najirah cerita ni ada dalam kitab hantu kau tu?" soal Megat Azizan.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now