Bab 31: Busut Anai-Anai

3.9K 257 24
                                    


Ketua fasililiator iaitu Mufarwa Farid kelihatan terpingga-pingga untuk beberapa ketika selepas 4 orang pelajar SMK Adrujha yang baru sahaja diserahkan ke bawah tanggungjawabnya tiba-tiba tumbang, termasuklah penghulu dan penghuluwatinya. Tidak pernah berlaku seumur hidupnya apabila pada hari pertama sahaja, bukan, tetapi pada hari pembukaan untuk kem motivasi tersebut, dia melihat bukan seorang, tetapi empat orang pelajar dibawah jagaannya tumbang serentak, seiring dengan kedatangan angin yang tiba-tiba menyerbu dari kejauhan, entah dari mana datangnya.

"Awak okey Izzat?" soal Mufarwa Farid sambil membantu Izzat untuk berdiri. Jejaka itu mengangguk sebelum menggeleng, mungkin mahu menghalau rasa pening yang masih tersisa di kepalanya. Beberapa orang seorang daripada fasililator perempuan yang ada disitu membantu Adilla, Sofea dan Najirah untuk berdiri.

"Nak berehat dulu ke? Mungkin kamu semua penat sebab perjalanan jauh tadi..."

"Saya okey," pintas Izzat sambil tersenyum, namun kerisauan masih terlukis pada wajah Mufarwa Farid.

"Adilla, awak okey?" soal Mufarwa Farid menoleh ke arah Adilla yang sedang berdiri di sebelahnya, namun masih dipapah oleh seorang fasisilator yang bertugas. Adilla sekadar mengangguk.

"Semua pelajar, boleh ke dorm masing-masing. Lelaki belah kiri sana, dan perempuan belah kanan. Saya nak lepas sejam, semua dah bersiap dan kita akan berjumpa kat foyer sana! Boleh?" arah Mufarwa Farid.

"Kita bawa mereka berempat ke bilik sakit," arah Mufarwa Farid. Beberapa fasililator yang bertugas mengangguk, lalu masing-masing memapah Izzat, Adilla, Najirah dan Sofea ke bilik sakit.

"Abang Farid, saya nak temankan kawan saya, Izzat! Boleh?" soal Megat Azizan ketika Mufarwa Farid sedang meninggalkan lapangan itu sementara pelajar-pelajar yang lain mula bergerak ke arah dorm mereka.

"Tapi barang kamu macam mana?" soal Mufarwa Farid.

"Kamarul dengan Ikmal dah offer dengan terhormat untuk tolong saya! Kan Rul, Mal?" soal Megat Azizan sambil menoleh ke arah Ikmal dan Kamarul yang sedang mengangkat beg baju masing-masing. Untuk seketika, mereka berdua terpempan apabila secara tiba-tiba, nama mereka berdua dipetik oleh Megat Azizan.

"Errr pen..." Belum sempat Ikmal mahu membantah, Kamarul disebelahnya terus menyiku.

"Izzat kawan baik kami. Saya tak kisah kalau Jiji ada kat dalam sana temankan Izzat. Lagipun yang perempuan dah ada teman," kata Kamarul.

"Kalau macam tu, baiklah," kata Mufarwa Farid, mengangguk sekali dua sebelum terus melangkah.

"Saya boleh papah Izzat, abang boleh tolong orang lain," kata Megat Azizan, terus menawarkan dirinya membantu meringankan beban Mufarwa Farid yang lebih rendah daripada Izzat yang mempunyai ketinggian lebih 6 kaki itu.

"Kau... kau keturunan salah seorang daripada pengasas Menggunung!" tutur Megat Azizan dengan riak wajah yang penuh dengan kedutan kerana terkejut.

"Aku pun rasa macam tu," balas Izzat tenang.

"Kau jawab... macam benda ni bukan sesuatu yang besar. Kau sedar tak nyawa kau kat hujung tanduk ni?" Megat Azizan tidak puas hati.

"Kita tak tahu seberapa banyak bahaya kem motivasi ni," kata Izzat.

"Kau gila? Tak tahu? Tak dengar apa yang aku cerita tadi? Tak baca artikel kat laman web Dari Alam Lain?"

"Jiji..."

Megat Azizan berhenti seketika, begitu juga dengan Izzat.

"Tempat ni bakal menarik segala ilmu hitam, hantu, makhluk menakutkan yang semuanya akan bertanding dan memburu kau, Sofea, Dilla dengan Jierah! Kau tahu tak kau sekarang umpama kambing yang baru sahaja baru masuk sarang singa?" Izzat diam manakala Megat Azizan terus membebel.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now