Bab 22: Cikgu Setan

3.9K 260 24
                                    


Malangnya untuk beberapa hari seterusnya, Ikmal langsung tidak kelihatan disekolah. Menurut Adilla, Ikmal terpaksa ke Rajawali kerana melawat neneknya yang meninggal dunia. Sekurang-kurangnya ada seminggu waktu yang kosong sementara mereka menunggu Ikmal pulang. Namun, untuk beberapa hari di Adrujha sementara menunggu kepulangan Ikmal dihiasi oleh khabar angin tentang Emmy yang semakin dasyat kedengaran. Bahkan, Izzat pula seperti sudah lali dengan cacian dan sindiran yang dilontarkan oleh Amran dan konco-konconya. Kali pertama, dia dan Megat Azizan bertumbuk sampai lebam-lebam dan luka-luka. Namun, seperti bisa, sepertinya ejekan kumpulan samseng utama Adrujha itu jadi tegal biasa.

Tetapi bukanlah tentang khabar angin tentang Emmy yang semakin tidak terkawal yang paling mencuri perhatian mereka. Lagipun mulut manusia, bak kata Megat Azizan, bom atom sendiri tidak mampu hentikan. Yang lebih menganggu fikiran mereka ialah tentang gelagat dan tingkah laku beberapa orang pelajar perempuan Adrujha yang semakin pelik. Terima kasih kepada Adilla yang dapat menyedari perubahan tingkah itu. Ketika mereka sedang bersama di kantin, menikmati makanan masing-masing, Adilla menyertai mereka dengan raut wajah yang berkerut.

"Ikmal mati sebab pesawat dia terhempas ke?" soal Megat Azizan.

"Hisy... tak baiklah kau ni!" tegur Najirah.

"Naib ketua pengawas aku, Tasha dah tak mula datang sekolah. Lepas tu... kawan baik aku, Bella yang sepatutnya jadi periang... jadi pendiam dan suka bersendiri. Tadi, masa aku dekat dengan dia, dia tiba-tiba menengking suruh aku tinggalkan dia!" ucap Adilla.

"Dia buat macam mana?" soal Kamarul ingin tahu.

"Dia menengking aku!" ucap Adilla.

"Aku rasa dia dah sedar yang kau ni tak sebaik yang kau lihat. Dia dah dapat tangkap dalaman kau yang busuk tu!" kata Megat Azizan.

"Diamlah Jiji! Kau ni annoying betul!" kata Najirah lalu terus menduku kepala Megat Azizan.

"Aku berguraulah! Tak payah main kepala aku!" gumam Megat Azizan sambil mengusap kepalanya.

"Hanya sebab si Bella jadi pelik macam tu... aku tak boleh conclude apa-apa," gumam Izzat sambil menyuap mulutnya dengan sotong masak sambal bersama dengan nasi lemak.

"Sekejap... bukan Bella. Bukan jugak Tasha. Ada orang lain," ucap Adilla.

"Siapa lagi yang kau perasan perangai pelik dalam sekolah kita?" soal Megat Azizan.

"Tengok Mei Chan!" kata Adilla sambil menundingkan jarinya ke arah seorang gadis cina dalam pakaian baju kurung sekolah sedang sendirian berdiri di tepi tandas seorang diri.

"Mana geng-geng amoi dia? Kenapa dia seorang diri kat situ?" soal Najirah.

"Siapa dia?" soal Izzat.

"Mei Chan tak pernah terpisah dengan mana-mana kawan cina dia. Kira diaorang ni satu geng dalam sekolah. Pelik, dari tingkatan 1 sampai sekarang tak pernah sendiri macam tu walau waktu rehat macam ni," jelas Najierah.

"Dia... menangis?" soal Megat Azizan apabila matanya dapat menangkap titis air mata yang mengalir dari kelopak mata Mei Chan.

"Jierah... jom! Kita dua tanya dia apa jadi kat dia?" ajak Adilla. Terus dua gadis itu bangkit dari tempat duduk mereka. Roti canai yang ditempah oleh Najirah dibiarkan tidak terusik di atas meja. Izzat pula sekadar memerhati dengan penuh minat langkah Adilla dan Najirah.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now