Bab 41: Pemenggal Kepala

2.9K 250 17
                                    


Izzat mahu berasa malu kerana tiada seurat benangpun menutupi tubuhnya. Lagi-lagi apabila dia dimandikan oleh seorang gadis seusia dengannya. Namun, ayam reput yang kini sudah bersemadi dalam perutnyalah yang telah meragut semua tenaga jantannya. Akibatnya, dia hanya mampu duduk di dalam tab mandi yang penuh dengan buih-buih sabun sambil Jasmin, anak perempuan kepada pasangan orang tua gila yang tidak mampu mati itu, memerhati bagaimana setiap inci tubuhnya dibersihkan. Tiada lagi bau muntah masam, tiada lagi kesan tanah dan lumpur di helaian rambut, kuku-kuku dan wajahnya. Izzat hanya mampu menggerakkan anak matanya, merenung penuh meluat ketika tubuhnya digosok dengan berus kasar itu. Sakit, tetapi apakan daya, dia sedang lumpuh walau kelumpuhan itu dirasakan walau untuk seketika.

"Hari ni Jasmin nak bagi Izzat wangi-wangi... tak ada lagi busuk-busuk macam tadi!" tutur Jasmin sambil tersenyum.

"Kau tak malu ke mandikan anak teruna macam aku?" soal Izzat.

"Buat apa... nak malu... kita kan budak-budak lagi!" kata Jasmin sambil tersenyum.

"Budak-budak? Astaga! Aku 17 tahun dan aku yakin kau sebaya aku! Kita dua dah boleh kahwin dah tau!"

Wajah Jasmin tiba-tiba merona merah.

"Kahwin? Tunggulah sampai besar dulu!" katya Jasmin sambil tersipu-sipu malu.

"Gila!" ucap Izzat spontan namun Jamin tidak lagi mengendahkan bebelan, gerutu dan rungutannya. Dia terus setia memandikan Izzat. Sampai satu ketika, Jasmin dalam pakaian gaun itu terus berdiri sambil merenung penuh kagum ke arah Izzat.

"Yeayy! Anak mak dah wangi! Lepas ni kita pakai baju cantik-cantik pulak!" tutur Jasmin. Lantas, Jasmin menarik pergelangan tangan Izzat, lalu menarik tubuhnya di atas lantai keluar daripada bilik air itu. Dia melakukan perkara itu seolah-olah sedang bermain dengan anak patung. Seolah-olah Izzat bukanlah benda hidup yang sedang terseksa. Siulan lagu pelik yang sedang berkumandang dari bibir gadis itu memberitahu Izzat bahawa dia bukan lagi manusia normal.

"Kau nak bawak aku ke mana? Sekurang-kurangnya bagilah aku baju!" teriak Izzat sekuatnya.

"Sabar sayang... mak nak pakaikan Izzat baju ni!" tutur Jasmin riang. Izzat dibawa ke koridor yang sama tadi di mana Emmy naik amuk menikam belakang lelaki tua beruniform British itu dengan pisau berulang kali. Yang ada hanyalah kesan darah panjang, yang mungkin datang dari lelaki tua yang mendakwa tidak boleh mati itu. Selain itu, kelibat Emmy dan Adilla tidak kelihatan pada waktu malam itu.

Jasmin menolak sebuah pintu, antara pintu-pintu yang menghiasi dinding koridor itu. Mereka dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang sangat hidup suasana didalamnya, tidak seperti diluar yang bagi Izzat agak kelam. Dinding bilik itu dipenuhi oleh cat bewarna-warni yang membentuk corak tertentu. Terdapat belasan anak patung dan poster-poster anime yang agak comel tertampal disana sini. Namun, kecerian bilik itu tercemar dengan kewujudan sesuatu.

"Ya ALLAH... abang Farid..." ucap Izzat tidak percaya apabila melihat beberapa buah tubuh sedang duduk kaku di atas kerusi kecil. Terdapat meja bulat setinggi lutut Izzat dengan pinggan dan cawan plastik yang mengandungi replika makanan. Muwarfa Farid seperti Izzat, serta beberapa orang fasililator lelaki dan perempuan yang lain tidak mampu bergerak. Semuanya kaku memandang ke arah Izzat. Namun dari penggerakan mata mereka, Izzat dapat membaca masing-masing sedang berkongsi rasa terkejut melihat kemunculan Izzat. Bezanya, mereka kini sedang berpakaian dalam era Victoria manakala Izzat tiada seurat benangpun membaluti tubuh mereka.

"Mama dah jumpa dah baju untuk Izzat!" tutur Jasmin yang sedang berdiri di hadapan sebuah almari pakaian. Ditangan Jasmin kini adalah blazer, kemeja, seluar slek serta tali leher serba hitam yang terdapat ukiran halus membentuk bunga ros yang berjela-jela panjang.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now