7-Bad day ii

60 6 3
                                    

Keesokan paginya,

     Lee Nahee POV

      Pagi yang agak indah tapi bukan bagi aku sebab aku langsung tak boleh tidur dengan lena. Hari ini biarlah Somi yang jaga kedai dan hari ini juga aku nak selsesaikan masalah macam masalah negara dengan namja sombong itu. Eeeii, menyampah aku.

        Sampai sahaja di Starburks Coffee, aku masuk ke dalam kedai tersebut dengan perasaan yang agak hiba, ya aku teringat semula semalam peristiwa aku putus cinta dengan namja itu, masih segar lagi dalam fikiran aku. Nahee, jangan menangis. Aku kena kuat. Aku boleh hidup tanpa namja tu.

       Ya aku boleh.

       Aku melihat bahawa namja tu sudah sampai lebih awal daripada aku dan duduk di tempat aku berjumpa dengan ex namjachingu. Haihh,memang dugaan betullah.

      "Awalnya sampai.. " Tegur aku nada agak bergetar,

      Namja itu tidak membalas kata aku sebaik itu dia hanya memandang aku dengan ekor matanya. Dia menyuruh aku duduk berhadapan dengan dia dengan menggunakan isyarat tangan.

      "Kamsahamnida, nah ini duit ganti rugi bahagian belakang kereta awak yang kemek." balas aku sambil mengeluarkan sampul surat yang berisi wang yang berjumlah agak banyak. Cukup-cukup untuk membayar duit ganti keretanya.

      Dia memandang aku.

       "Ania, simpan sahaja duit tu. Aku dah bawa kereta tu pergi bengkel. Aku saja nak tengok kau ni jenis yang berani ke yalah mana tahu ada orang jenis cakap sembang tapi kencang, tapi aku tak sangka kau ni berani." kata namja tersebut.

      Eh, boleh tak nak pula duit ni. Aduh Nahee bersyukurlah lagipun duit tu boleh buat simpanan. Haihh, apa aku nak jawab dengan appa? Bersungguh-sungguh aku minta appa untuk mengeluarkan duit tersebut. Tak apalah, orang dah tak nak. Tak boleh nak paksakan. Jimat duit aku uyeay.

      "Baguslah,jimat duit saya." balas aku nada biasa.

       Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, disitu ada tertera nama Seo Junki di skrin telefon bimbit. Rasanya aku patut "accept" atau "decline"? 

       Eh dah boleh buat status kat ig screenshot nama ex namjachingu kau  call kau lepastu tulis kat vote status "when your ex is calling you..  decline or Accept." kau tengok nanti ramai yang tolong vote kau.

        Aku hanya meletakkan sahaja telefon aku di meja tersebut. Aku malas nak jawab sebenarnya,nanti aku yang sakit hati.

     "Tak nak angkat ke telefon tu, ke urgent call?" tegur namja itu melihat wajah aku berubah melihat telefon tu.
Bagi mengelakkan lagi telefon tu berbunyi, aku terus menjawab terus panggilannya.

      "Apa lagi awak nak?Kita tak ada apa-apa lagi." ucap aku menahan air mata aku daripada menangis.

      "Minhaeyo, saya tahu saya salah. Saya tak patut layan yeoja lain selain awak. Tapi dia yang cium saya. Saya nak awak bagi saya peluang kedua untuk tebus kesalahan saya ni. Tak kisah kalau awak anggap saya chingu saya. Saya sanggup tunggu awak bila-bila masa kalau awak perlukan saya." ucap Seo Junki.

      Sumpah, aku menangis lalu aku mematikan talian telefon tersebut dan mengesat air mata aku depan namja itu.

       
                               -------

Jeonhyun POV

     Eh, apa masalah yeoja ni sampai menangis. Aduh, aku dahlah tak boleh tengok yeoja menangis. Mesti dia ada masalah dengan namjachingu dia.

Second Chance 💔Where stories live. Discover now