Author POV
Kim Holdings Sdn.Bhd.
Tok! Tok! Tok!
Kebetulan kedengaran pintu bilik Kim Bum diketuk selama tiga kali,ia membuatkan angin Kim Bum yang setenang ini langsung hilang 100%.Pada ketika itu,Kim Bum yang sedang bersandar disebalik kerusi pejabatnya, lagipun niat dihatinya ingatkan dia mahu berehat sebentar tetapi lain pula jadinya.
"Ya manusia. Masuk jelah. Takkanlah aku nak ajar kau eh kalau tak nak masuk dipersilakan berambus sebab serabut tau-"Balas Kim Bum diserikan dengan senyuman yang sinis.
Dengan menggunakan ekor matanya,Kim Bum mula memandang seseorang yang memasuki di dalam biliknya iaitu setiausahanya, Cik Han yang menunjukkan reaksi yang gementar.
Sesiapa sahaja yang tidak gementar apabila dirinya perlu menghadap bosnya yang berperangai serupa helang hendak menerkam mangsanya.Kenapa perlu helang? Kerana pandangan Kim Bum yang tajam dan sepet seakan helang.Jadi,di pejabat Kim Holdings,Kim Bum digelar sebagai Helang jika mereka hendak memulakan gosip tentang bosnya.
Berbanding pula dengan perangai Tuan Kim Byunshik berlainan ibarat langit dan bumi dimana Tuan Kim Byunshik merupakan seorang pengarah yang disenangi oleh pekerjanya.Disebabkan Tuan Kim Byunshik telah memberikan sepenuh tugasnya kepada Kim Bum, automatik keceriaan syarikat itu lenyap.
"Mianhae, Pengerusi Tuan Muda Kim sebab menganggu.Sebenarnya Pengarah Tuan Kim Byunshik minta Tuan Muda ke biliknya."
Kim Bum hanya menggelengkan kepalanya,memikirkan tentang hal appanya yang hendak berjumpa dengan dirinya.
"Wae appa nak jumpa aku?"soal Kim Bum dengan lagaknya membuatkan setiausahanya bertambah gelisah.Kalau boleh kaki Cik Han ini mahu cepat-cepat keluar dari bilik bosnya kerana makin lama dia berada di dalam bilik tersebut ia seakan neraka baginya ataupun bagi dirinya, jika mood bosnya tidak berapa elok,takut-takut dia pula akan menjadi tempat melumpaskan kemarahannya.
Jadi,sebelum hati Cik Han ini tidak cukup kuat untuk mendengar bosnya marah,lebih baik jika dia cepat-cepat keluar dari biliknya,barulah harinya akan berjalan dengan tenang sekali!
"Mianhae sekali lagi kerana saya sendiri tidak tahu kerana Tuan Pengarah hanya menyuruh saya untuk memberitahu Tuan Muda sendiri.Kalau tiada apa-apa masalah,saya pergi dahulu ya."ucap Cik Han yang diakhiri dengan tunduk hormat lalu berjalan kadar laju untuk keluar dari bilik Kim Bum.
Selepas dia menutup semula pintu bilik Kim Bum,barulah dia boleh bernafas dengan tenang.Kelihatan rakan sekerjanya sedang memandang dirinya dengan reaksi yang pelik.Lalu Cik Han berjalan dengan tersengih ke arah mejanya dan mula menyambung kerjanya seperti biasa.
"Macam mana dengan tadi itu? Gwaenchannaeyo? Si helang itu ada marah kau ke?"soal Fei sambil menyiku lengan Cik Han yang membuatkan Cik Han tersentak.
"Buat masa ini dia tak ada nak marah aku but masa aku ketuk pintu bilik dia seriously dia macam marah. Aku ingat lagi dia cakap macam ini-
Ya manusia. Masuk jelah. Takkanlah aku nak ajar kau eh kalau tak nak masuk dipersilakan berambus sebab serabut tau!"cerita Cik Han dengan ekspresi muka sambil meniru suara Kim Bum yang membuatkan Fei gelak besar sehingga mukanya menjadi merah dan hampir selsema.
"Nasiblah dia tak marah kau-"kata Fei sambil menepuk bahu Cik Han.
"Sebenarnya aku on the way dalam proses perletakkan jawatan aku sebagai setiausaha Tuan Muda Kim Bum.Kalau kau nak tahu,aku ada masa selama tiga bulan lagi hendak settlekan everything.Setiap orang yang resume nak kerja sebagai setiausaha dia ni diberikan kontrak selama lima bulan.Kalau boleh cepatkan masa,aku nak berhenti dalam keadaan yang cepat.Fuhh,kau tak tahu betapa seksanya kerja kat sini."
YOU ARE READING
Second Chance 💔
FanfictionHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...