Author POV
Somi berjalan-jalan dengan suka-suka di sekeliling rumahnya bagi mengelakkan dirinya dibelenggu bosan yang semakin hari semakin melanda dirinya. Tiba-tiba dia ternampak satu dokumen fail yang berwarna kuning tersenggam indah di meja ruang tamu itu.Dia berfikir agaknya siapakah merupakan pemilik fail itu.Ia membuatkan Somi ingin membaca isi kandungan fail itu.
Dia mula memegang fail itu dan cuba untuk membeleknya satu-persatu.Dia berasa agak terkejut kerana melihat ini merupakan fail kontrak antara syarikat Appanya dan syarikat Kim's holdings.
"Appa.." Dia menekup mulutnya ketika melihat apa yang terkandung daripada fail itu.
Rupa-rupanya isi kandungan fail itu menyatakan bahawa persetujuan antara Appanya dan Uncle Kim dimana jika mereka berdua ingin berkolaberasi bersama-sama memajukan syarikat itu menjadi pesaing terhebat mereka perlu menyatukan perkahwinan antara Jeon Somi,anak perempuan Jeon Yesuk dan anak lelaki Kim Byunshik iaitu Kim Sang Bum atau dikenali sebagai Kim Bum.
Jikalau berlaku penceraian antara mereka berdua,kontrak ini akan serta-merta terbatal.
"Damn."Somi tersengih sinis melihat fail itu.Barulah dia faham kenapa dirinya seperti orang bodoh terpaksa mengikut cakap appanya. Dia meletakkan balik fail itu dan terus pergi apabila mendapati tiada siapa berada disitu.
Somi cuba untuk berasa tenang padahal hatinya kian panas membara. Jika dia ingin memutuskan perkahwinannya,sudah pasti appanya akan mendapati masalah yang besar. Sayang?Sudah tentu dia masih menyayangi appanya lebih dari diri sendiri dan sanggup berkorban melihat appanya gembira.Pakkanlah appa sendiri,kalau tidak dengan orang lain sudah lama dia hanya membantah separuh mati jiwa raganya.
Dia melihat bayangan appanya yang sedang berjalan dengan baju uniform kerjanya untuk mengambil fail itu. Mungkin dia tidak perasan kehadiran Somi yang sedang memerhati gerak-geri appanya. Siap bercekak pinggang lagi.'Betullah appa,ni dah tak perasan anak sendiri duk tengok dia,' rungutnya.
Jeon Yesuk mengambil fail itu dengan muka yang resah.Yalah,sebagai Tuan Pengerusi syarikat itu sudah pasti dia berasa risau apabila fail itu diselongkar atau dicuri orang lain tidak hairanlah anaknya sendiri. Somi hanya menggelengkan kepalanya sambil memandang sinis appanya. Tidak sangka appanya boleh memperlakukan perkara sebegitu kepada anaknya sendiri.
"Appa,kenapa muka appa asyik risau je ni?"Sengaja Somi menanyakan soalan yang tidak mungkin appanya menjawab dengan jujur.Jeon Yesuk terkejut sambil membulatkan matanya melihat anak yeoja kesayangan berada disitu.
"Tak ada apa-apa cuma appa cari fail nilah hahaha,entah macam mana boleh tertinggal kat meja itu."
"Oh ya,persiapan perkahwinan itu dah siap. Cuma Kim Bum ada cakap dengan appa dia nak jumpa kamu tapi tak tahu bila.Yalah untunglah belum kahwin,bakal suami kamu dah sayang kat kamu." kata Jeon Yesuk sambil berlalu keluar dari rumah tersebut.
Somi hanya melirikkan matanya kepada appanya baru sahaja beredar itu.Itulah appanya,selalu menangkan Kim Bum. Ya,bakal menantu dengan bakal bapa mertua kan lebih kurang dua kali lima. Hmm sama sahaja perangai.
Somi POVAppa,aku masih tidak boleh percaya bahawa appa sanggup buat aku macam ini.Agaknya aku ini kurang bagi kasih sayang kat appa lagi ke sampai hidup aku hampir kesemua appa yang kawal. Sakitnya hati, Tuhan.Aku tak tahu jika appa masih betul-betul sayangkan aku sebagai anaknya ataupun hanya anggap aku sebagai perempuan simpanannya.
Agaknya Kim Bum mesti sudah lama berpakat dengan appa.Agaknya apa yang istimewa dengan aku? Rasanya aku ni paling terror nyanyi lagu accapella ni hahaha, pabo apa yang aku merepek ni! Apa sebenarnya niat dia ingin mendekati aku?
Kalau hendak berniat memutuskan perkahwinan aku dengan dia ni mesti sudah terlambat.Ini kerana kini hanya dua hari lagi sebelum perkahwinan aku.Hahaha,lawakkan? Aku rasa masa itu cepat sangat, tak mampu nak lawan habisan tenaga aku untuk terus kuat.PABO,Somi. Jangan nangis,terus kuatkan semangat kau untuk hadap benda ni.
GILA KAU,aku ni bakal jadi isteri dia kiranya,hidup aku pun akan berubah. Tak macam dulu,aku kena berdiri belakang suami aku. Tapi,kenapa aku kena berdiri belakang Kim Bum hah?Dia namja yang tak mampu aku nak terus lawan.Makin aku lawan,makin dia pandai membuatkan aku tutup mulut. Hebat.
"Cik Somi, Tuan Kim Bum nak jumpa kat belakang rumah."Kata maid dengan muka risau. Tahu sangat,kena ugutlah tu sebab aku dah cakap awal-awal dekat maid aku semenjak ni aku tak nak jumpa Kim Bum.Tak manis.
Tapi aku tak faham kenapa dia ni tak faham bahasa. Seboleh-boleh nak jumpa aku.Dasar namja ulat bulu hijau.Aku hanya menganggukkan kepala aku sambil pergi ke arah belakang rumah berdekatan di taman tersebut. Sempat juga aku mendengar kata maaf dari maid aku. Tak pa,aku sudah lama memaafkannya.Aku kan yeoja pemaaf der?
Aku terus berjumpa dengannya. Hahahah padan muka tunggu lama-lama.Ya,memang aku hendak membalas dendam. Sebab apa yang aku nampak itu merupakan satu petunjuk untuk aku terus kuat kan.
"Asal lama sangat?"balas Kim Bum sambil memeluk aku.Aku terus melepaskan pelukannya.Agak kuat pelukannya itu.Pembetulan,pelukan yang sangat fake. Dia hanya menyeringai sinis.Ingat aku ni perempuan simpanan dia ke? Hormat sikit aku sebagai isteri 'kertas'kau.
"Mian,sayang.Lupa pulak lagi dua hari lagi that you'll be mine yeah." Kata Kim Bum dengan suara yang sengaja dilembutkan.Aku tak tergoda okay.Sengaja aku memandang tempat yang lain.Sebenarnya malas nak layan dia.
"Kau tak nak kahwin dengan aku? Kau tengoklah apa yang jadi dengan appa kesayangan kau meroyan tak ada kerja."ugutnya.
FUCK,dah mula ayat mencarut aku keluar dari mulut aku. Tak payah lah nak kaitkan appa aku.
"Kau nak aku sangatkan? So tunggu jelah dua hari itu.Tak payah susah nak ugut aku bagai macam toyol" kata aku berani. Ya Berani cari mati sia.
Dia hanya membulatkan matanya. Ya,aku benci dengan senyumannya.Kalau boleh time perkahwinan tu aku nak bunuh diri depan manusia yang bernama Kim Bum takut tuhan marah.Ya,bukan aku tak tahu tuhan marah kot orang nak bunuh diri. Kalau ada orang nak tolong bunuh diri aku,boleh aku sangat mengalu-alukan kedatangan dia. Asalkan aku tak jumpa manusia itu.Sial.
" Kalau appa boleh faham apa yang Somi rasa,Somi sayang sangat kat appa walaupun appa sanggup buat Somi macam itu.Somi setuju kahwin dengan Kim Bum sebab appa seorang je.Somi nak jadi anak yang appa sanjung. Somi tak kisah pasal masa depan Somi musnah jahanam ke apa💕Tapi,Somi cuba untuk lupakan apa yang appa buat kat Somi. Somi betul-betul marahkan appa sangat!Semoga appa dapat apa yang appa nak sekian."
1031 Words.
Yeah i'm back cause ada orang request nak suruh aku update lagi kesian, tak apa aku update okay:) sorry pendek sebab battery handphone nazak💕 maybe next chapter panjang kot hohoh by the way,thanks atas support korang maybe aku takkan berada di sini cia3 hahahah saje hilangkan stres by the way enjoy okay okay:)😍
YOU ARE READING
Second Chance 💔
FanfictionHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...