19-Perjanjian.

51 5 3
                                    

▶Fire-Taeyeon🎵

Author POV.

Di Bilik Pejabat Tuan Jeon.

Baru seharian rasanya Kim Bum dan Somi tinggal di rumah Tuan Jeon.Seharian itu juga angin Jeonghyun tidak baik kerana masakan musuhnya merangkap abang tirinya.Nak ke tak nak dia terpaksa terima.

Kim Bum pula awal pagi berada di dalam bilik pejabat Tuan Jeon yang khas baginya untuk menyambung kerja yang tertunda dari pejabat.Bukan apa,Tuan Jeon Yesuk memanggilnya kerana ingin membincangkan sesuatu perkara yang agak penting di dalam biliknya.

Kim Bum pula dengan wajahnya masih mengantuk serta matanya yang sepet jelas kelihatan meraup mukanya.Jelas sekali dia tidak dapat tidur yang mencukupi.

Sebaik sahaja berdiri berhadapan dengan Tuan Jeon Yesuk,merangkap appa mertuanya.Dia terus membongkokkan badannya membuat tunduk hormat.

  "Selamat pagi,appa.Ada apa appa nak jumpa Kim awal pagi ini?"soal Kim Bum selepas dia sebaik sahaja selesai membuat tunduk hormatnya.

  "Selamat pagi juga.Duduklah dahulu. Macam kamu ini tak biasa dengan appa."balas Tuan Jeon Yesuk menunjukkan jari telunjuknya ke arah kerusi sebagai arahan menyuruh Kim Bum duduk dahulu.

'Aduh,orang dah lah mengantuk.' rungut Kim Bum dalam hatinya.Manalah Kim Bum ini jadi seorang pemarah,bahkan setiap pagi asyik merungut sahaja.Fakta sains menunjukkan bahawa seseorang yang suka merungut,kesannya ialah dimana sel-sel otak yang  bersambungan akan terputus sedikit demi sedikit.

"Appa nak bincang dengan kamu tentang perjanjian syarikat kita berdua itu.Kamu masih simpan fail lagi perjanjian itu kan?" soal Tuan Jeon Yesuk memandang tepat ke arah Kim Bum.

Automatik mata Kim Bum yang sepet itu terus bulat kerana terkejut.

  "Nae."balas Kim Bum sambil tersengih menggaru kepalany yang tidak gatal.

"Ingat Kim Bum,bukan senang syarikat kita dapat bergabung menyumbang tenaga untuk settlekan projek berbillion dekat China itu.Jadi appa berharap sangat bahawa kamu akan sentiasa kekalkan perkahwinan ini.Teruskan rancangan kita berdua dengan membuat Somi jatuh cinta dekat kamu.Kamu cakap je berapa duit yang kamu nak,appa sanggup beri asalkan perjanjian itu tak batal."

-

Kim Bum POV

"Ingat Kim Bum,bukan senang syarikat kita dapat bergabung menyumbang tenaga untuk settlekan projek berbillion dekat China itu.Jadi appa berharap sangat bahawa kamu akan sentiasa kekalkan perkahwinan ini.Teruskan rancangan kita berdua dengan membuat Somi jatuh cinta dekat kamu.Kamu cakap je berapa duit yang kamu nak,appa sanggup beri asalkan perjanjian itu tak batal."

Huh,Tuan Jeon Yesuk.Kau ini terlalu pentingkan diri sampai sanggup menpergunakan anak kau atas kepentingan sendiri.Bukan aku tak tahu sebenarnya syarikat Jeon's Holdings bergabung tenaga dengan syarikat Kim's Holdings disebabkan syarikatnya terlalu banyak hutang dengan syarikat appa.

Sebab itulah appa mertua aku ini berasa takut apabila perkahwinan aku dan Somi berakhir.Bukan apa,automatik dia akan kehilangan kesemua asetnya terutama sekali Jeon's Holdings akan berakhir begitu sahaja.

Aku hanya tersenyum sinis melihat keadaan appa yang begitu risau dengan syarikatnya bukanlah risaukan tentang kebahagiaan  anaknya.Kesian,anak yang baik dapat appa yang perangai macam setan.

  "Gwaenchanna,perjanjian itu masih selamat Kim simpan.Lagipun perjanjian itu seakan nyawa paling berharga antara kita berdua,appa.Mana mungkin Kim akan hilangkan sewenang-wenangnya."

"Hahahaha!" Kata-kata aku kedengaran mencuit hati appa.Terus gelak besar.Maka hatinya berasa tenang apabila mendengar perjanjian itu masih berterusan.

Second Chance 💔Where stories live. Discover now