Kim Bum POV
Sedang aku dan Somi sedang mengemaskan pakaian masing-masing,tiba-tiba apabila aku ingin mengangkat baju tuxedo biru gelap yang sudah dilipat,terdapat tiga gambar kecil bertaburan.Aku cuba melihat gambar tersebut.
Haih, gambar isteri aku rupanya.Sekejap,aku cuba mengingati kembali sejak bila aku mengambil gambar tersebut.
Baiklah,aku sudah mengingatinya ini lah gambar yang appa berikan kepada aku saat dia ingin mengenalkan aku kepada Somi.Sejujurnya Somi sangat cantik dalam gambar itu.
Aku ingatkan kalau jumpa dia tidak cantik rupanya dia lebih cantik berbanding gambar.Mahu tidak terkejut aku dibuatnya.
Telefon di poket aku diambil untuk membuat panggilan kepada pihak yang menguruskan pakej penerbangan percutian aku ke Paris.Sengaja aku tidak memberitahu isteri aku kerana aku ingin membuat kejutan buatnya.
Tahu tak sweet pun.Apa salahnya kalau aku mencuba right?
"Annyeong,Kim Bum imnida.Tolong sediakan kapal terbang peribadi untuk saya dan isteri saya.Kami berdua akan bertolak pada pukul 10.00 pagi."
"Nae...Tuan Muda Kim."Balas pengurus pakej itu dengan suara yang terketar-ketar seakan bercakap dengan hantu.
Takut aku lah tu.
"Jebal jangan kecewakan saya sebab saya tak suka dikecewakan."Gertak aku kepadanya.Sengaja menakutkannya.Seronok rasanya buat orang takut dengan aku.
" Gwaenchanna,Tuan Muda Kim.Kami akan pastikan bahawa pakej percutian ini tidak akan mengecewakan Tuan Muda dan isteri..."Balasnya dengan nada ceria diselitkan dengan terketar-ketar.
Aku terus power off telefon tersebut kerana aku tidak mahu ada sebarang gangguan sama ada keluarga mahupun urusan kerja.Mood cuti.
Aku jarang mendapat cuti kerana kesibukan dengan urusan pejabat membuatkan aku naik menyampah jadi aku ingin memanfaatkan sepenuh masa cuti ini dengan sebaik mungkin.
Selepas habis mengemaskan apa yang patut aku menyuruh Youngjae dan Zelo mengangkat beg aku dan Somi tersebut untuk diletakkan ke dalam kereta.
"Tuan Muda Kim dengan Puan Muda Somi jaga diri elok-elok.Semoga kalian berdua dapat anak comel nanti dah ada ada tunjuk kat kitaorang,kitaorang tak sabar nak timang anak buah ini!"ujar Zelo dengan excited mengalahkan orang yang pergi honeymoon.Youngjae sudah lama tahan gelak akhirnya dia melepaskan gelaknya buat kali pertama di hadapan aku.
Aku melihat Somi hanya senyum memandang lantai,malu katanya.Sengaja aku gelak sinis menyebabkan Youngjae terhenti gelak dan kembali membuat muka serius manakala wajah Zelo sudah mula pucat melihat wajah garang aku.
"Ya,pergi-pergi juga kalau aku balik nanti korang lambat jemput,jangan risau bulan ini aku potong gaji kau sebanyak 70%. Nak tak? Bukan senang dapat bos baik macam aku tahu."perli aku.
YOU ARE READING
Second Chance 💔
FanfictionHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...