Somi POV
Kau ini memang gila,wahai sang hati.Aku pasti bahawa dia akan mengupah lebih ramai lagi orang yang kian mencari aku.Ini bukan seperti yang aku sangkakan,
dihargai,dicintai.Tapi apakan dayanya makin lama aku hidup dengan dia,mungkin aku akan diseksa dengan lebih teruk.Mungkin Kim Bum rasa aku ni pabo sebab pilih jalan yang akan menyakitkan aku.Tapi,aku tidak tahan dengan desakan hati aku yang membuak-buak kian memaksa aku pergi jauh dari hidupnya.Aku harap aku tidak menyesal dengan pilihan ini.Ibaratkan burung yang berterbangan bersiar-siar menjelajah setiap kehidupan dunia,begitulah manusia yang inginkan sedikit ruang untuk kebebasan yang tidak memerlukan sebarang bentuk kongkongan.Aku sendiri tidak tahu dimana aku berlari tapi aku rasa seakan aku berada di lorong bangunan yang penuh dengan orang ramai.
Tiba-tiba aku melihat lima orang yang memakai baju hitam seragam bersama cermin mata gelap dan disetiap tangan mereka erat memegang pistol.Hah,mampus aku.Sudah pasti itu merupakan orang suruhan Kim Bum.Tak guna betullah,macam mana mereka berlima ada dekat sini.Pasti Kim Bum mengupah tiga orang lagi untuk mencari aku.Huh,memang jenis tak boleh buat kerja sendiri.Tahu hendak mengarah orang sahaja.
Mereka berlima perasan melihat aku. Aku terkejut.Mereka mula berlari ke arah aku.Dengan kekuatan fizikal aku lari seperti atlet lari pecut.Mereka dibelakang mengejar aku sepenuh hati mereka.Sebaik sahaja sampai di sebuah persimpangan lorong,aku berlari ke arah kanan dan menyorokkan tubuh aku di sebalik kereta yang usang.
Aku terdengar mereka sampai disitu.Tiba-tiba salah seorang dari mereka melepaskan tembakan terhadap sesuatu dan ia membuatkan aku terjerit.Hahaha,memang aku cari mati! Ibaratkan ada sesuatu keberanian yang muncul dalam diri aku terus keluar di sebalik kereta itu.
"Cari aku ke huh?"Soal aku seperti orang bodoh berdiri tercegat tidak jauh di hadapan mereka.Mereka berlima hanya tersenyum sinis,ya berjaya menemukan aku.Salah seorang dari mereka menghampiri aku.
"Puan Muda sepatutnya tak cari pasal dengan 'Tuan Muda Kim',"perlinya.
Perkataan Tuan Muda itu dikuatkan."Oh ya,cakap kat Tuan Muda kesayangan kau tu yang kau dah dapat aku.Apa lagi cepatlah tangkap!" bentak aku terhadap mereka berdua.Sebaik sahaja seorang dari mereka itu mula mencengkam tangan aku akhirnya aku mula menunjukkan gaya taekwando yang sudah saban tahun lama tidak digunakan. Empat orang dari mereka terkejut melihat kelakuan aku sebegitu.Kau ingat aku ni yeoja lembik hah?Aku sempat mengambil pistol itu.
"Eh,belakang korang ada 'tu' hah polis"sengaja aku membuat helah yang agak lapuk tetapi aku berharap taktik ini akan berjaya.Pistol yang sempat aku ambil itu aku sembunyikan dibelakang aku.Mereka berempat membuat muka terkejut sambil memandang ke arah yang aku tunjuk itu dan aku mengambil kesempatan untuk berlari,bagi mengelakkan dari mereka sedar akan khusyuk mereka memadang dibelakang.Aku mula berlari dan selepas itu mereka berempat berasa geram kerana tertipu dengan helah aku.
"Haih,aku tak sangka Tuan Muda Kim ni berkahwin dengan orang yang bukan calang-calang." rungut mereka.
-
Kim Bum POV"Tuan Muda Kim,kami dah jumpa Puan Muda Somi.Nanti saya send location kat Tuan,nanti senang nak cari." ujar orang suruhannya kepada aku.
Aku mula mengukirkan senyuman yang sinis kebetulan aku berada berdekatan di location yang mereka berikan itu.HAIH,harap je nak kenaikan gaji,tapi kemain lambat buat kerja.Macam sehari buat kerja.Bangang! Kedekut?Cukup baik aku bagi diorang gaji daripada aku tak bagi apa-apa.Ah,aku benci betullah nak cari dia ni.Dahlah ramai orang dekat pasar raya ni.Aku dah le tak suka lalu kat tempat ini.Tapi,aku yakin bahawa bayangan 'isteri aku'berdekatan di kawasan ini.
Dia tidak akan dapat melarikan diri dari aku,Kim Bum.Percayalah.Aku hanya berjalan-jalan dengan cuba menenangkan hati aku yang kian marah.
-
YOU ARE READING
Second Chance 💔
Fiksi PenggemarHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...