Suggest lagu Kard - Don't Recall💔
p/s chapter ni panjang lol✨Somi POV
Hati apa sahaja yang tidak sakit apabila appa yang kau terlalu sayang dan sanjung tu buat kau macam itu.
Sampai sekarang aku tak tegur langsung appa.Apalah ke malang nasib aku ni , boleh pula bertemu dengan bakal menantu kesayangan appa yang perangai tak seberapa tu, agaknya kan apa yang special sangat namja itu sampai appa dah tak ingat anak kandung dia sendiri. Dah macam cerita novel pula, hmm klishenya.
Aku tahu, Kim Bum pun ada perasaan macam aku juga. Dia pun kena paksa kahwin tapi kenapa seolah-olah dia sendiri yang rela diri dia tu berkahwin dengan aku?
Sejak dia cakap aku macam itu. Gerenti, aku rasa takut sangat mengalahkan aku menonton cerita Annabelle 3 tu, so aku ambil kesempatan mengurungkan diri aku di dalam bilik itu. Sebenarnya aku tak berapa sihat, kononnya nak jadikan cerita tu nampak 'real'.
"Somi ," panggil appa disebalik pintu bilik aku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja sambil melihat appa membuka pintu bilik aku, dan apa yang membuatkan aku terkejut appa bersama dengan Kim Bum??!!!
Wah, aku rasa bulu roma aku dah mula naik meremang. Kenapa mesti namja itu ada kat sini.
"Macam nilah Kim Bum, uncle tak tahu nak buat apa dengan Somi ni. Semalam tengok dia ni sihat je, tiba-tiba entah hantu mana yang sampuk dia ni."
Ya, appa . Kena sampuk hantu, nak tahu hantu tu kat mana, tu kat sebelah appa tu. Ya tuhann, hati aku berasa sakit sangat sebaik sahaja melihat muka hipokrit Kim Bum.
" Tak apalah, biar saya jaga anak Uncle comform terus sihat." balas Kim Bum sambil melemparkan senyuman kepada aku tetapi aku tidak melayan dia.
Aku sengaja berpura-pura menutup mata aku ni agar ia kelihatan seakan dia melihat aku ni tidur. Kalau boleh aku rasa nak tidur selamanya tapi aku tahu, ia belum sampainya masa aku untuk merasainya ala senang cerita 'mati'.
Aku dapat rasakan Kim Bum mendekati aku.
" Aku tahu kau tak tidur lagi. Tak payahlah nak teruskan lakonan kau tu, dah lali ah." bisiknya ke arah telinga aku. Sesungguhnya dia lebih seram berbanding 'beast' yang aku tengok filem 'beauty and the beast'.
Oleh sebab terlalu takut, akhirnya aku membuka mata aku sambil menolak sekuat hati mukanya menjauhi aku. Aku menyampah.
Riak wajahnya sudah berubah ke arah marah. Aduh, somi. Pabo betullah,kau betul-betul buat dia marah. Peduli apa aku. Tapi sebenarnya aku ni memang acah takut hmm.
--------
Kim Bum POV
Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat kacau yeoja itu. Tapi yang buat aku geram tu, dialah yeoja pertama yang pernah tepis, tolak muka aku. Nasib muka aku ni tak senget sebelah.
Nanti dah tak macho. Tak ada orang nak lagi kat aku.
Aku mengambil ubat demam yang baru sahaja Uncle Jeon memberi kepada aku. Haihh, boleh je dia bagi kat tangan anak dia, lepastu suruh aku datang rumah dia pula.
Aku menghampiri Somi. Aku tahu dia seakan takut melihat keadaan aku begitu, aku cuba kawal emosi aku daripada menjadi seorang 'psychopath' dihadapannya. Lebih baik dia tahu perangai aku tu lepas perkahwinan kami? Hahahaha, perkahwinan atas harta kononnya.
" Jangan dekat, Saya bagi amaran Kim Bum. Jangan datang dekat dengan saya ! " Suara Somi mula meninggi.
Suara dia yang meninggi lagi membuatkan aku mahu mendekati dengan dia seakan-akan aku tidak mendengar apa-apa pun. Sebiji pil ubat demam itu aku ambil dan meletakkannya di mulut Somi tetapi dia menghalang perbuatan aku tersebut.
YOU ARE READING
Second Chance 💔
FanfictionHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...