10-Lari

63 6 14
                                    

Somi POV

Pagi itu,aku berasa kepala aku berat sangat.Sakit sangat rasanya.Aku cuba untuk bangun tapi tangan Kim Bum yang erat memeluk pinggang aku menyukarkan pergerakan tersebut.Aku mengangkat tangannya perlahan-lahan agar dia tidak sedar akan tidur lenanya.Sampai hati dia buat aku macam itu.Walaupun aku merupakan isterinya,tetapi aku masih tidak bersedia untuk menerima mahupun belajar mencintainya serta menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.

Aku tidak sangka bahawa dia akan layan aku seperti yeoja simpanan.Ia membuatkan aku bertambah menyampah dengan sikapnya yang dingin sejak dia mengupah dua orang bodyguardnya untuk mengekori serta menjaga aku.Kini,aku sendiri telah kehilangan mahkota yang selama 27 Tahun aku cukup menjaganya tetapi namja itu telah merampas tanpa kerelaan diri aku sendiri.

Aku mula menyarung semula bathrobe aku untuk ke bilik air mengemas diri aku yang sudah serabut.Aku menilik satu persaru tanda dileher yang berwarna  kemerahan dan keunguan milik Kim Bum.Sungguh aku berasa jijik dengan diri aku sendiri.Aku mula membuka air pancuran mandi lalu membasahi diri sendiri.Aku cuba membersihkan tanda itu tetapi ia lagi menambahkan kesakitan di leher aku.

Aku mula mengalirkan air mata lalu jatuh terduduk di lantai sambil meraup rambut aku agak kusut ke belakang tengkuk.Kenapalah aku ditakdirkan mendapat nasib begini.Salahkah aku untuk mencari cinta sejati?Jangan bermimpilah tinggi wahai Jeon Somi,impian aku sudah hancur berkecai.Dipaksa berkahwin dengan orang yang aku sendiri belum belajar mengenalinya dengan lama.Orang ramai tidak tahu betapa peritnya jika mereka berpeluang menjadi diri aku.Mereka diluar sana termasuklah keluarga aku sendiri tidak memahami keadaan aku.Aku tidak mahu menyusahkan lagi hidup Oppa Jeonghyun,kesian hidupnya sudah lama kusut.Sampai bila aku hendak bergantung dengan orang lain?

Ah,Kesiankanlah lagi dekat orang lain sampai hidup aku pun merana.

Aku mula mengesat air mata aku.Aku kena kuat.Aku tidak boleh jadi yeoja macam ini.Kalau tidak buat apa aku pernah memenangi pertandingan taekwando sewaktu aku mewakili sekolah tinggi ke peringkat negeri.Jadi mengapa aku tidak menggunakan ilmu sampingan itu sebagai pertahanan diri aku?

Selepas mandi,aku memakai semula bathrobe dan bingkas  keluar dari bilik air itu.Ketika itu,aku melihat dia sedang berdiri memerhatikan aku dengan pandangan yang agak tajam.

"Yesterday was great hahahaha.Susah jugak nak pikat hati kau kan?Tapi aku memang suka yeoja kasar macam kau ini."tutur Kim Bum yang sangat  menyakitkan hati aku.Terasa hati aku tercucuk-cucuk seolah ditikam dengan pisau.Dia hanya mengelus pipi aku,aku menepis tangannya dengan kasar.Aku benci dengan setiap sentuhan dia.

"Saya tak sangka awak buat saya ini macam yeoja simpanan awak.Saya tak tahu berapa ramai lagi yeoja kat luar sana yang awak treat selain saya,ouh baru saya teringat.Saya cuma isteri 'kertas' awakkan? "balas aku sambil memandang tepat wajah Kim Bum,suami aku.

  Kim Bum tidak dapat mengawal rasa kemarahan yang sudah membara di dalam dirinya lalu menampar pipi aku,sakit bodoh.Aku tidak sempat mengelak kerana tangannya yang agak panjang betul-betul mengenai muka aku.Aku memegang pipi aku sudah kemerahan sambil menahan sakit.Ini baru sehari,macam mana hendak meneruskan hidup dengan dia selamanya?Aku rasa kebarangkalian menunjukkan bahawa aku akan mati dahulu.Dia mula mencengkam rambut aku.

"Kau ingat ini baik-baik.Aku ini 'suami'kau,aku ada hak nak buat apa sahaja dekat kau.Aku akan buat apa sahaja untuk buat kau jatuh cinta dengan aku.Jangan pernah berani atau terfikir hendak melarikan diri dari aku.Kau takkan berjaya,Jeon Somi.Kalau kau ikut cakap aku,aku akan treat kau macam princess,"Ugut Kim Bum dengan suara seraknya.Aku mula mengetap bibir aku.

"Sampai bila-bila pun saya takkan jatuh cinta dengan awak."kata aku menahan sakit akibat dia menarik tangan aku.Hendak tercabut rasanya rambut aku dibuatnya.Kim Bum menolak tubuh aku yang masih lemah itu ke lantai sambil mencampakkan pakaian yang baru dipegangnya,entah bila dia membeli pakaian tersebut ke arah aku.Sakit?Tak,best sangat.

Second Chance 💔Where stories live. Discover now