26-Ocean Eyes.

33 3 1
                                    

Author POV

  Kim Bum terlebih dahulu bangun dengan reaksi terkejut.Kebiasaannya,
Somi selalu bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk mereka berdua namun,apa yang dilihatnya Somi masih tidur lagi.Kim Bum dengan perlahannya mengejutkan Somi.

 " Somi-sshi,bangun.Kau okay ke tak ini?"soal Kim Bum sambil memegang dahi Somi yang agak panas.Jarang sekali Somi tidak bangun awal.

 Somi mula membuka kedua-dua belah kelopak matanya perlahan dan dia  terkejut apabila melihat Kim Bum yang sedang berdiri betul-betul dihadapannya sambil memandangnya dengan agak lama sekali .Perasaan pelik tersebut kian memuncak kerana dia berasa pelik sejak bila pula Kim Bum boleh bangun awal daripadanya.

Kebiasaannya dia yang akan bangun terlebih dahulu lalum menyiapkan sarapan untuk Kim Bum sebelum Kim Bum pergi kerja.  

"Tak apa,nanti aku makan kat luar,"Kata Kim Bum yang kini sudah bersiap untuk pergi kkerja.Somi pula hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat tali leher Kim Bum aku yang tersemat dileher kolar bajunya itu senget.

 "Wae pandang aku macam itu?"soal Kim Bum pelik.Lamunan Somi terus hilang.Somi terus datang ke arah Kim Bum lalu membetulkan tali leher yang senget.

 "Tali leher awak yang senget itu merimaskan pandangan saya.Macam manalah kalau saya takada nanti,saya harap tali leher awak takkan senget lagi. "Tegur Somi.Tangannya ligat membetulkan tali leher itu sehinggalah ia tidak lagi dalam keadaan yang kemas.

  "Gomawo."Ucap Kim Bum sambil mencubit hidung Somi.

  "Mianhae disebabkan saya,awak terpaksa berlapar."Ucap Somi meminta maaf.Tiba-tiba sahaja dia berasa bersalah.

  "Tak apa,aku faham kau tak sihat,"Balas Kim Bum nada yang mendatar.

  "Ania,jangan pernah risau tentang diri saya.Dah pergi kerja." Arah Somi yang membuatkan Kim Bum tersedar bahawa dia sudah lambat pergi kerja.

 Hari ini Kim Bum akan berjumpa dengan ayah mertuanya iaitu Jeon Yesuk bagi mesyuarat tentang projek perumahan terbaharu di syarikat Jeon's Holdings.Kim Bum sebagai Naib Pengerusi Jeon's Holdings.Nasib sahaja mesyuarat bermula pada pukul 11.00 pagi,jadi Kim  Bum mempunyai banyak masa untuk  membuat persediaan bagi pembentangan tentang projek tersebut.

  "Okay kalau macam itu aku pergi dulu.Kalau apa-apa masalah cepat-cepat bagitahu Youngjae dan Zelo.Arasso? "

 "Nae-"Jawab Somi sambil senyum.

 "Dan mulai hari ini,aku benarkan kau untuk keluar pergi ke mana-mana yang kau nak sebab aku tahu mesti kau penat duduk seorang diri cuma ada satu syarat-"Kata Kim Bum bersahaja.Somi yang mendengar kata yang diungkapkan oleh Kim Bum tersebut seakan tidak percaya.Somi merasakan bahawa dia sedang diulit mimpi lena yang indah.

 "Jinjja?"soal Somi untuk mengenal pasti bahawa Kim Bum tidak bergurau.

 "Nae,aku tak rasa aku tak perlu nak ulang banyak kali apa yang aku cakap.Anggap sahajalah ini salah satu  hadiah aku  daripada honeymoon kita."

 "Syaratnya ialah Youngjae dan Zelo kena ikut kau pergi mana-mana sahaja tempat yang kau pergi itu.Peluang yang ada jangan disia-siakan,Somi."

"Andai kata kalaulah saya langgar syarat itu.Apa yang akan jadi?"soal Somi yang menyebabkan wajah Kim Bum mula berubah.

"I will give you punishment."Ujar Kim Bum yang berbaur ugutan yang tidak seberapa.Walaupun ugutan itu hanya sekadar perkataan tetapi Somi dapat rasakan bahawa jantungnya berdegup dengan laju yang teramat.

  "Nae,arasso!"Ucap Somi dengan kuat menyebabkan Kim Bum diluar bilik tersebut pun boleh dengar isterinya mengucapkan terima kasih.

-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Second Chance 💔Where stories live. Discover now