Author POV
Somi bergegas keluar dari rumah kerana dia sudah berjanji dengan Lee Nahee hendak bersama mengemas kedai bunga itu. Dengan perut yang lapar itu cuba untuk ditahan dengan menggunakan tangannya.
Dia bergegas pergi ke jalan raya sambil menunggu bas, haa bas pun tak ada sebab dia sudah terlambat. Kalaulah dia bangun awal, pasti dia tidak akan berasa kelam-kabut begitu.
Aku cukup bosan kalau nak tunggu bas ni, rungut Somi sambil bermain dengan rambutnya. Somi tahu zaman sekarang ada menggunakan penggunaaan kereta 'grabcar' , 'uber' kejadahnya kalau telefon bimbitnya sudah habis topup. Itulah masalah utama bagi sang pemegang handphone ni haa.
Somi terkejut kerana ada kereta hitam berhenti dihadapannya.
"Mwo, aku rasa aku tak ada order grabcar uber bagai." Sekali lagi Somi mula merungut. Aku mula risau.
"Nuguya?" soal Somi kepada seorang pemilik kereta yang agak berusia yang baru sahaja keluar daripada keretanya.
" Ouh, ni Cik Muda Jeon Somi kan tak silap saya. Nama saya Seo Jaehan boleh panggil saya Pengawal Seo." Kata Pengawal Seo yang tidak berhenti memandangnya. Kening Somi kelihatan berkerut , siapa pula Pengawal Seo ni?
---------
Somi POV
Mana aku tak terkejut, ajusshi tu kenal aku. Nak kata ajusshi tu kerja dekat rumah appa, batang hidung dia langsung aku tak nampak.
Okay, aku mula 'blur' sebentar.
Pengawal Seo yang tidak berhenti memandang aku tu mula tersenyum melihat muka aku begitu.
"Cik Muda ni tak payah takut dengan saya sebab saya ni bekerja dengan Tuan Muda Kim Bum merangkap pengawal peribadi dengan pemandu kereta dia."
Aku terkejut, What the hell! Macam mana dia tahu aku ada kat sini? Ke dia ni ada ilmu sihir ke, macam tahu je aku kat mana.
"Cik Muda ni giyowo sangatlah buat muka macam tu. Patutlah Tuan Muda tersangkut dengan orang macam Cik Muda ni." Puji Pengawal Seo. Eh eh, peramah juga pengawal Seo ni.
Pipi aku mula merah, tak guna punya orang. Bikin malu aku sahajalah. Aku hanya tersipu-sipu malu, habis tu takkan aku nak joget ayam mee sebab gembira sangat orang puji aku comel.Hahaha , engkau ade? Riak sikit.
Dia membuka pintu kereta bahagian belakang penumpang kepada aku dan menyuruh aku masu ke dalam kereta tersebut.
Daripada aku tunggu macam orang gila, bas pun tak ada. Kereta pun jadilah.
Di dalam kereta yang dipandu sendiri oleh Pengawal Seo tidak sunyi kerana ditemani oleh lagu-lagu yang dapat menghiburkan hati aku. Jiwang juga Pengawal Seo ni sebab sepanjang lagu yang didendangkan merupakan lagu jiwang, yeah sentimental.
YOU ARE READING
Second Chance 💔
Fiksi PenggemarHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...