Lee Nahee POV
Sejak Somi dah berkahwin ini,dia jarang menghubungi aku. Hmm,
mungkin dia sibuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.Tak apalah,aku faham.Kadang-kadang aku rindukan dia,kawan aku kot bukannya orang lain.Sebenarnya aku teringin hendak datang ke rumahnya untuk berjumpa menanyakan khabar beritanya sama ada dia sihat ke tidak.Asalkan dapat dengar suara dia sudah tetapi aku berasa malu hendak menayangkan muka aku yang tak ada insurans terhadap oppa kandung Somi ni sejak peristiwa yang masih lagi tidak dapat aku melupannya,peristiwa sewaktu aku melanggar keretanya dengan niat tidak sengaja serta terkena makian hebat dengan namja tersebut.Oh ya,aku lupa pula.Aku ada seorang dongsaeng sedara lelaki yang bernama Lee Quan Han,umur dia jauh sangat berbeza dengan aku maklumlah dia berumur 8 Tahun.Dia mula tinggal bersama keluarga kami sejak keluarganya merangkap ajusshi aku sekeluarga meninggal dunia kerana terlibat dengan sebuah kemalangan kereta yang besar.Ia menyebabkan dongsaeng sedara aku mengalami trauma yang teruk seawal usia 5 Tahun.Kasihan sungguh aku melihatnya.Jadi sejak itu dia merupakan salah seorang dari keluarga kami.
Aku membiarkan bayangan Lee Quan Han yang sedang berseronok bermain bola sepak yang baru sahaja appa beli kepadanya sempena dia mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaannya.Gembira sungguh wajahnya mendapat bola tersebut.Bak kata appa pun jangan sesekali buat perkara yang boleh melukakan hatinya,bukan senang nak hilangkan trauma budak itu.
"Noona tak nak join sekali ke?"soal Lee Quan Han yang semakin petah bertanya.Mungkin banyak minum susu ala yang sel-sel otak bersambung tu apa entah susu tu.Mian,tak ingat nama dia pula.
"Tak apa,noona tengok Quan main sahajalah."balas aku sambil berteriak dengan suara yang agak kuat.Dengan suara macam ini aku berharap bahawa dia akan mendengar suara aku.Sebenarnya aku berasa tiada mood untuk bermain dengannya.Cukuplah dia dapat menggembirakan hidup sudah,jangan jadi orang gila sudah hmm.
Aku hanya membiarkan dia bermain tidak jauh dari aku manakal aku pula duduk di bangku yang disediakan disitu.
-
Jeonghyun POVSemenjak deongsaeng aku berkahwin ini,aku sudah lama tidak mendengar khabar beritanya.Entah si Kim Bum taik hidung masin ni dah buat apa entah dengan deongsaeng aku tu.Mian,Somi oppa tak sanggup nak melindungi kamu dari namja itu sebab namja itu dah bergelar suami kamu.
Daripada kepala aku bertambah sakit dan kusut-sekusutnya kerana memikirkan hal ini,baik aku cuba buat aktiviti yang boleh menghilangkan stres.Pasal benda itu,hari lain boleh fikirkan.
Sedang aku berjalan,tiba-tiba ada satu bola sepak yang bergolek betul-betul mengenai kaki aku.Nasib aku sempat tahan bola itu.Ia membuatkan langkah aku terhenti seketika.Kini mata aku kian memandang bola yang sempat aku menahannya menggunakan kaki sebelah kanan aku ini.Aku hanya memandang kelibat seorang budak lelaki yang kian datang menghampiri ke arah aku.
"Ni bola awak eh?"ujar aku kepada budak itu.Budak itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Setiba dia hendak mengambil bola itu,tiba-tiba dia terjatuh betul-betul di hadapan aku.Sumpah,aku terkejut anak siapa pula yang jatuh ni haish.
"Gwaenchanna?Meh,pegang tangan kuat-kuat."kata aku sambil menghulurkan tangan agar dia menyambut tangan aku untuk cuba berdiri.Akhirnya budak itu menyambut tangan aku dan cuba untuk berdiri dengan sedaya upayanya.
"Gomawo,nae ajusshi handsome." ucap budak itu.Aku cuma mengukirkan senyuman buatnya dan menghulurkan bola itu.Sempat juga aku memberikannya aiskrim sebagai tanda minta maaf aku.
"Nama awak siapa yeTakkan awak seorang je datang sini nanti eomma awak marah macam mana?"tanya aku.Yalah,budak sekarang dah pandai keluar seorang diri.Takut hilang ke kan dah susah.
YOU ARE READING
Second Chance 💔
FanfictionHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...