16-Merajuk.

68 6 3
                                    

Somi POV

Aku melihat wajah Kim Bum yang dihiasi dengan muka masam mencebik macam cuka, hmm cuka pun tidaklah semasam ini.
Betullah,dia begitu marahkan aku.Tapi salahkah kalau aku nak jumpa dengan chingu lama aku.

Ya,Somi.Memang salah apabila dia cakap yang dia masih sukakan kau di hadapan Kim Bum sendiri.Patutlah dia berasa marah sangat.Fine,aku kena pujuk dia tapi masalahnya aku ini sudahlah tidak reti nak pujuk orang bagai tak kisahlah yeoja ke namja ke haihhh.

Apa yang patut aku lakukan tuhan?Kepala aku ini berasa sakit sangat.Okay,Somi. Jangan putus asa dahulu.Try ambil hati suami kau.Hwaiting!

"Saya rasa telefon bimbit awak tertinggal."Tegur aku sambil melemparkan senyuman kepadanya. Kebetulan sebelum dia hendak keluar dari rumah,dia terlupa untuk membawa telefon bimbit bersamanya.Bagus,akhirnya kau tolong aku juga,Tuhan.Aku terus datang menghampirinya sambil mengambil telefon bimbit tersebut untuk memberikan kepadanya dengan harapan setinggi gunung agar dia dapat melembutkan hatinya yang ego.

Namun,sangkaan aku meleset kerana dia hanya merampas telefon tersebut dengan kasar.Aku tersentak dengan cukup hebatnya.Ya,cubaan pertama tidak berjaya.Susah untuk memujuknya.

Dia hanya menjeling aku.Aku hanya membuat endah tidak endah sahaja.

"Tak kisahlah kau ini 'bekas' siapapun,
tapi aku nak ingatkan kau kembali,
kalau kau dah masuk dalam life,aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila."Katanya dengan nada sinis.Perkataan 'bekas' itu sangat menyakitkan hati aku.Aku hanya mengetap bibir aku sambil berlagak tenang,diam seperti orang bodoh mendengar sindiran pagi-pagi ini.

"Saya dan Park Jin Woo tak ada hubungan langsung,saya cuma anggap dia-"

"Anggap apa Somi?Anggap dia sebagai cinta pertama kau yang sampai sekarang kau tak boleh lupakan? Macam itu ke Somi?"Bentak Kim Bum sambil menolak bahu aku menjauhinya.Aku balas dengan senyuman.Senyuman yang mampu cover aku daripada menangis.

Dia langsung tidak memberi peluang aku untuk menjelaskan keadaan sebenar.

"Awak langsung tak nak dengar apa yang saya nak jelaskan.Untuk pengetahuan awak,memang Park Jin Woo tu dah lama kenal saya sebelum awak tapi saya cuma anggap dia sebagai chingu tak lebih daripada itu." Aku cuba menjelaskan kepadanya.

"Aku tak percaya,"

  "Kau tipu,"

  "Saya tak tipu!"

  "Kau masih nak tipu aku lagi ke?Semalam aku dengar setiap perbualan kau dengan jantan sial tu yang kononnya masih sukakan kau.Kau ingat aku bodoh ke hah?!" suara Kim Bum makin tinggi.Setiap katanya seolah petir yang menyambar hati aku.Sakit sangat hati ini.

  Aku mula berputus asa.Untuk apa aku bergelar isteri kepada Kim Bum tetapi dia langsung tidak mempercayai isterinya.Ya,siapalah aku berbanding yeoja lain yang pernah bertakhta hati Kim Bum.

Begitu mudahnya dia melafazkan katanya bahawa dia tidak mempercayai aku.Adakah aku telah silap mencintainya?

  "Saya tak kisah awak nak percaya ke tidak.Apa yang penting bahawa saya tak pernah terdetik dalam hati saya untuk mencintai Park Jin Woo.Sebab apa?Sebab saya dah jadi isteri orang,isteri awak! Untuk apa saya jadi isteri awak tetapi awak langsung tak berikan peluang untuk saya jelaskan apa yang berlaku antara saya dengan Jin Woo.Awak salah faham,Kim Bum!" kesabaran aku mula tercabar.

  Kim Bum hanya menggelengkan kepalanya sambil mengenggam kelima-lima jari-jemarinya yang kasar membentuk menjadi sebuah penumbuk.Aku tahu,egonya terasa cabar.Dia berasa geram melihat aku melawannya.

  "Mulai sekarang jangan mimpi nak keluar daripada bilik ini,kau tinggal sini sampai kau mampus,suka sangat cari pasal dengan aku kan,sayang.Bye."Ucapnya keluar daripada bilik tersebut sambil mengunci aku dari luar.

Second Chance 💔Where stories live. Discover now