always mine

2K 117 31
                                    

TEASER SAHAJA

“HARI ni abang ada tetamu istimewa. Abang harap Nur boleh layan tetamu abang dengan baik.” Tutur Abang Adli ketika menghalakan Mitsubishi Triton-nya pulang ke kampung.

Dahi berkerut. Kata-katanya membuncah kehairanan. Betapa tidak, dia seolah-olah menggambarkan layananku yang tidak cukup bagus terhadap tetamu-tetamunya.

Dia hanya ketawa kecil apabila aku menyuarakan perkara yang berlegar-legar di kepala.

“Bukan tu maksud abang. Nur ni suka fikir yang bukan-bukan. Tapi sebelum tu kita ke ladang kejap. Ada kerja yang abang kena settle-kan.”

Memandangkan tubuhku terasa agak segar jadi, aku tidak kisah menurut kehendak Abang Adli. Sesampai di ladang, aku tidak terus masuk ke pejabat. Sebaliknya menghala ke taman mini yang sentiasa dijaga. Haruman bunga membelai rongga hidung ketika aturan langkah bertapak di atas taburan batu-batu sungai berwarna putih. Sepasang mata bagai dipukau oleh liang-liuk kuntuman bunga-bunga berwarna-warni menggoda pandangan.

“Dari awal kita kenal sampai sekarang, Nur memang suka duduk kat taman ni, kan?”

Bahu terangkat sedikit. Terkejut mendengar suara Abang Adli dekat di telinga. Sangkaku, kelibatnya sudah menghilang ditelan pintu pejabat. Namun rasa terkejut beransur hilang diganti nyaman ketika kedua-dua lengannya melingkari pinggangku.

“Nur memang suka tengok taman ni, cantik. Pandai abang jaga.”

Abang Adli ketawa kecil.

“Suka tengok taman ke tengok abang?”

Sesaat dua berlalu sepi sebelum aku merasakan darah panas menyerbu naik ke muka. Spontan aku menepuk tangannya yang mengusap perutku lembut.

“Eiii, perasannya!”

“Ohhh, tak eh? Perasaan abang seorang ajelah ni.”

Abang Adli bergumam di telinga sebelum melepas tawa perlahan menggoda perasaan.

****

Khas untuk yang rindukan Adli dan Nur sekali gus pengubat kemarahan semalam. 😊

Terima kasih

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now