you still care

1.9K 110 38
                                    

TEASER SAHAJA

"Nur, kenapa?" Alisa dan Zahidah berpatah semula.

"Senggugut kot. Sakit perut semacam aje ni."

Lengan Alisa kupaut, menampung tubuh yang tiba-tiba ketandusan upaya.

"Eh, eh, kenapa dengan kau ni?"

Alisa panik ketika aku hampir melorot di atas pasir. Mujurlah cepat dia dan Zahidah membantuku berdiri semula.

"Panas sangat kot. Aku rasa macam nak pitam aje. Tolong bawa aku kat tempat teduh." Kedua-duanya kugesa dengan air muka. Malu berada di tengah-tengah pantai yang tentunya menarik perhatian orang ramai.

"Nur, kenapa?"

Denyut kepala seakan-akan menyurut beradu pandang dengan Abang Adli yang muncul tiba-tiba. Sesaat kami saling bertatapan sebelum aku tertunduk dicengkam kesakitan di bahagian ari-ari.

Abang Adli pantas menyambar lenganku, memaksa Zahidah memberi ruang.

Baju Abang Adli kugenggam kuat menahan kesakitan yang mula menjalar ke seluruh urat saraf. Dapat kurasakan tubuh menggigil.

"Boleh jalan tak? Kalau tak boleh, abang angkat." Cemas jelas terpamer di raut wajah Abang Adli.

Sekeping hati disimbah terharu. Dalam hendak merajuk dan menunjuk perasaan, sikap prihatinnya terlepas jua. Berganda kasihku terhadap lelaki itu. Namun keadaan tidak mengizinkanku melayan perasaan.

Alisa dan Zahidah masing-masing kebingungan. Lebih-lebih lagi melihat Abang Adli bebas menyentuh tubuhku. Entah apa reaksi mereka jika Abang Adli benar-benar menggendongku. Maka laju aku menggeleng, menolak pelawaan Abang Adli.

"Biar Nur jalan."

Ragu-ragu dan bimbang, Abang Adli memimpinku menuju ke arah tempat perkelahan. Tanpa menghiraukan pakaian yang basah, aku didudukkan di atas hamparan tikar.

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now