Sekadar sedutan lagi

2.3K 112 38
                                    

-TEASER SAHAJA-

"Pasal ibu. Kenapa ibu layan Nur
macam tu?"

Semerta riakku bertukar sugul. Terkelip-kelip Abang Adli dipandang sebelum aku mengarahkan anak mata ke arah lain. Kabur pandanganku ditangkugi air jernih mengenangkan sikap ibu yang memilukan. Suara hati bertingkah sesama sendiri, menggali kewajaran aku bercerita kepada Abang Adli.

Aku terkejut ketika tangan kananku berada dalam genggaman erat jemari kasar Abang Adli. Sentuhannya memaksaku mengangkat muka. Di luar sedar, mutiara jernih berguguran membasahi pipi.

"Abang nak tahu apa yang Nur rasa." Abang Adli melorongkanku untuk bercerita.

"Nur tak tahu kenapa tapi sejak kecil ibu layan Nur macam tu. Nur selalu disisihkan. Nur teringin sangat nak peluk ibu, nak cium ibu. Nur pun teringin nak rasa pelukan ibu. Tapi Nur tak pernah dapat. Nur tak tahu apa salah Nur." Semakin lebat air mata yang luruh. Lancar sahaja mulutku terbuka, menyingkap kisah anak yang dipinggirkan oleh ibu kandungnya sendiri.

Abang Adli tidak menyuruhku berhenti menangis. Sebaliknya tanpa amaran tubuhku ditarik ke dalam dakapan eratnya.

Mulanya aku terkejut dan ingin protes. Namun kehangatannya meresap ke sistem tubuhku, mendamaikan olakan rasa yang menghempas ketenangan. Harus kuakui rangkulannya mengirimkan perasaan selamat. Teragak-agak aku ikut membalas.

"Selama ni Nur tak pernah cerita pada sesiapa." Suaraku bersulam sendu.

Dapat kurasakan tubuhku semakin kejap dalam lingkaran lengan sasa milik Abang Adli.

"You're not alone anymore because I'll be your shadow. If you want to cry, let me be your shoulder. If you want a hug, let me be your pillow. If you want to be happy, let me be your smile." Abang Adli berjeda seraya merenggangkan pelukan. Ibu jarinya menyentuh hujung daguku, mengangkat wajahku menentang bola matanya yang redup. Bekas air mataku diusap lembut.

Dia menguntum senyuman manis.

"Anytimeyou need me, I'll be right here for you." 

*dah pernah update kat FB. Saja nak up kan dekat sini jugak kot ada yang rindukan Nur dan Adli. Tq for reading. 

~Farah Darianna~

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now