kahwin dengan petani

2.1K 106 16
                                    

-TEASER SAHAJA-

"Buruk sangat ke abang ni?"

Tak semena-mena dahiku berlapis. Pelik ditujah pertanyaan Abang Adli yang tiba-tiba.

Sekilas dia menjelingku di sebelah sebelum kembali meluruskan pandangan ke jalan raya.

"Nur malu nak mengaku abang sebagai suami. Yalah, abang kan orang kampung."

Sayu menjalar ke lembah rasa saat pengertian mampir di benak. Rupanya Abang Adli berjauh hati dengan kejadian tadi. Kiranya dia diusik terkilan apabila dia diperkenalkan sebagai abang, bukan suami.

Bibir kuketap perlahan. Menahan getar rasa bersalah. Memang patutlah Abang Adli terasa hati. Aku terlalu mementingkan diri sampai lupa mahu menjaga perasaan lelaki itu.

"Mana ada! Abang janganlah fikir yang bukan-bukan. Kita nak ke mana?" Laju aku mengalihkan tumpuan fikiran. Ternyata helahku berjaya mengesan senyuman tersungging di hujung bibirnya.

"Ladang anggur."

Teruja meresap ke dada. Tidak sabar rasanya hendak melihat anggur di hadapan mata. Tetapi perasaan itu aku sembunyikan di sebalik niat mahu menggiat lelaki di sebelah.

"Abang ni tak romantik langsung! Asal dating aje ajak Nur pergi ladang."

Abang Adli mengekek.

"Dah awak kahwin dengan petani, kenalah biasakan diri dengan ladang."

Berhenti di lampu isyarat, renungan redup Abang Adli mendarat di laman wajahku. Senyumannya menguntum bahagia di lembah rasa. Senang hati menerima usapan mesranya di pipiku.

Sebelum bertolak ke Sik, aku menemani Abang Adli bersarapan. Biarpun sudah mengisi perut dengan dua keping roti dan segelas nestum, Abang Adli tetap memesan sepinggan nasi lemak untukku dan dua keping roti canai untuknya.

Memandangkan perut sudah sendat benar, aku terpaksa mengalah. Sejenak aku tergamam apabila Abang Adli menghabiskan nasi lemakku yang masih berbaki separuh. Aku tidak pasti sama ada Abang Adli masih lapar atau tidak mahu membazir tetapi situasi begini tentulah mencetus suasana romantis hingga membibit benih-benih bahagia di laman jiwa.  

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now