sweet

1.8K 43 5
                                    

Tindakan Abang Adli memegang dan membelek-belek selabu bawang putih menarik perhatian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tindakan Abang Adli memegang dan membelek-belek selabu bawang putih menarik perhatian.

Ulas bibir lelaki itu melebar tatkala bertemu pandang.

"Nur tahu tak apa kegunaan bawang putih ni?" Dilambung-lambung bawah putih itu di hadapanku.

Aku pantas menggeleng petanda tidak tahu. Malas hendak mengerah otak memikirkan jawapan yang memang tiada dalam kotak pengetahuan.

"Cuba fikir." Dalam halus dia menggesa.

Beberapa saat dibiar hening. Melorong otak menggali idea.

"Buat halau hantu." Laju sahaja patah bicara meluncur dari bibir.

Kening Abang Adli ternaik sebelum spontan dia ketawa mengekek.

"Ingat kita kat negeri mat salleh? Mudah terpengaruh ni!" Perli Abang Adli seiring senyuman sinis.

Aku jadi tersipu-sipu tatkala dia merumuskan pendapatku berdasarkan filem-filem seram dari Barat.

"Sebenarnya pengambilan bawang putih dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu boleh meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan penyakit. Bawang putih juga baik untuk meningkatkan antibodi badan sebab mengandungi allicin, bahan antibakteria, antivirus dan antioksidan. Manfaat dari allicin dapat diperoleh kalau bawang putih dipotong atau ditumbuk halus dan dibiar untuk beberapa waktu. Untuk mengurangkan rasa dan baunya, ambil tiga ulas bawang putih, bakar dengan kulit sampai kehitam-hitaman. Lepas tu, bolehlah dimakan begitu aje atau dimakan dengan nasi."

Melongo aku mendengar tutur Abang Adli yang panjang lebar. Dijentik rasa hendak mengusik aku melempar pertanyaan yang membuatkan dia menggelabah.

"Abang buat ke?"

"Err...belum..."

Tawa nakalku terburai. Aku mencabarnya mengamalkan pemakanan bawang putih untuk mendapatkan khasiat seperti yang disebut. Tak kuhiraukan kerlingan Abang Adli.

"Insha ALLAH nanti abang cuba."

*** *** ***

"Bila nak jumpa Tauke Wan?" Keningnya dijongket-jongketkan menyerlahkan aksi nakal di riak wajah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bila nak jumpa Tauke Wan?" Keningnya dijongket-jongketkan menyerlahkan aksi nakal di riak wajah. 

Sedaya upaya aku menahan tawa dari tersembur.

"Hisy, tak jumpa pun tak apalah kalau dah cerewet macam tu!"

Abang Adli tersenyum-senyum seraya menggeleng. Dia membalas lambaian tangan pekerja yang memandu rotovator yang kebetulan lalu berhampiran kami.

Tak kuhiraukan Abang Adli yang bertinggung sambil tangannya menguis-nguis tanah yang sudah digembur. Sehinggalah dia bangkit dengan segenggam tanah sebelum dilerai sedikit demi sedikit.

Meremang bulu roma bila Abang Adli menunjukkan beberapa ekor cacing tanah yang sedang bergerak-gerak, membelit sesama sendiri di atas telapak tangannya. Dia tergelak-gelak tika lengannya kutolak agar menjauh.

"Tahu tak cacing ni bagus dalam pertanian?"

Pantas aku menggeleng sambil anak mata bersiaga, bimbang kalau-kalau Abang Adli bertindak mendekatkan tangannya ke arahku.

"Bila cacing makan makanan daripada kompos, ia akan menghasilkan sisa yang sesuai untuk tanah. Sisa cacing adalah baja yang paling sesuai untuk tanaman, mengandungi segala macam nutrien yang diperlukan oleh tanaman serta membantu mengudara dan meningkatkan struktur tanah."

Abang Adli tersenyum melihat riak jengkel dan geli yang terlukis di tampangku.

"Macam mana nak duduk kat ladang kalau tengok cacing pun geli!" Omelnya sambil tergelak-gelak. Lucu barangkali melihat aku menjauhkan diri apabila dia mengacah mahu meletakkan cacing di bahuku.

Cacing-cacing yang bermain-main di tapak tangan dilepaskan sebelum menepuk tangannya berulang kali membuang sisa tanah yang masih melekat.

"Lepas ni bolehlah tanam kacang bendi, peria, timun, kacang buncis, kacang panjang dan terung kat sini sebab struktur tanah dah elok."

Senyumanku melebar bila Abang Adli memejam mata. Mungkin membayangkan tanaman-tanaman yang disebut tumbuh menghijau di atas tanah.

*** *** ***

Antara part-part yang Farah suka tapi terpaksa cut atas sebab-sebab tertentu. Ewah! Macam dalam movie pulak.

Pinjam gambar Tangled. Macam sesuai je perwatakan Adli dengan Flyyn Ryder tuu..eh!

Tq sudi baca.

Pada yang nak order DDH, pre order masih dibuka sehingga 16/11.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now