special kot 😅

2.2K 104 36
                                    

“Kenapa Nur?”

Suara garau Abang Adli membuat aku tersentak kecil. Terangkat sedikit bahuku mencetuskan tawa di bibir suami.

Dia segera bingkas membetulkan duduk. Bersandar di kepala katil sambil menepuk-nepuk ruang di sisi. Menyuruhku berlabuh di sebelahnya melalui isyarat.

Teragak-agak aku memanjat katil, berbaring di sebelah Abang Adli. Malu kerana gerak-geriku dalam perhatiannya. Teratas daripada itu, saudara-mara masih ramai di luar. Entah apa pula kata mereka nanti apabila kami berdua berkurung di dalam bilik.

“Nur teringat masa temankan Lisa datang rumah abang dulu. Tak pasal-pasal kena marah sebab masuk bilik abang.” Jawabku akhirnya setelah Abang Adli mengulang pertanyaan.

Aku mengetap bibir tika Abang Adli bersahaja mencabut pengepit rambutku. Membiarkan ia lepas dihembus angin kipas siling.

“Abang jangan buat apa-apa ya. Kat luar tu ramai orang. ” Ugutku sedikit tegas. Seolah-olah memberi amaran seraya menangkap jemarinya yang menghala ke arah rambutku.

“Buat apa?” Abang Adli berlagak polos membuatkan aku malu sendiri.

Ulas bibir kuketap perlahan, menahan geram. Senyuman sinis yang bergayut di bibirnya menyakitkan hati.

“Apa-apa aje!”

Abang Adli ketawa mengekeh. Suka benar kerana dapat mengenakanku.

“Garangnya. ” Ejek Abang Adli dalam sisa tawa. Tubuhku ditarik rapat ke dalam rangkulan. Hidungnya dibenamkan di celah-celah helaian rambutku.

“Nur pelik bila abang tiba-tiba jadi sombong dengan Nur. Cakap dengan Nur pun macam nak tak nak aje. Dah tu perli-perli Nur pulak.” Tuturku cuba menghentikan pergerakan jemarinya yang meliar.

Ternyata taktikku berjaya apabila tingkahnya semerta terhenti. Bibirnya terpaku di pangkal leherku. Hembusan nafas hangatnya menampar kulit, menggetarkan sukma.

“Abang terpaksa buat macam tu sayang. Abang tak tahu macam mana nak berdepan dengan Nur lepas Nur reject abang. Nak pandang Nur lama-lama pun abang malu. Ibaratnya macam nilah Nur. Dah orang tak nak, buat apalah abang nak terhegeh-hegeh lagi.”

Sengaja Abang Adli mempamer riak sugul memancing simpati. Dia melepaskan tawa kecil tatkala telapak tanganku melekap di pipinya, mengalirkan kasih dan cinta dalam sentuhan lembut.

“Sebab tulah abang marah Nur?” Manja dan sedikit keanak-anakan, aku melontar pertanyaan.

“Nur tak tahu macam mana paniknya abang bila dapat tahu Nur ada dalam bilik abang. Abang takut rahsia abang pecah. Manalah abang nak letak muka kalau Nur tahu yang selama ni abang pendam perasaan pada Nur. Dah tu macam orang gila bayang pulak, simpan gambar Nur. Nasib baiklah awal-awal lagi abang dah telungkupkan gambar tu.”

Di hujung bicara, Abang Adli memuncungkan mulutnya ke arah meja di tepi katil yang dipenuhi bingkai gambar.

“Kalau tak, buat malu aje.” Omelnya perlahan.

Aku tersengih nakal sambil beralih duduk, menentang bola matanya. Sejenak kami saling bertatapan, bertukar rasa hati. Kucupanku mampir di pipi kanannya.

“Kalaulah hari tu Nur tengok gambar tu, Nur rasa kisah kita tak adalah berbelit-belit macam ni.”

Senyuman manis mekar di wajahnya.

“Dah ditakdirkan kisahnya jadi macam tu sayang. Tapi sekurang-kurangnya Nur dah selamat jadi isteri abang dan…”

Abang Adli berjeda, meletakkan tangannya di perutku lalu diusap perlahan.

“…bakal ibu pada anak-anak abang.”

Dia tertawa perlahan bila tangannya ditepuk manja. Betapa tidak, belumpun sampai seminggu kami berkongsi hidup sebagai suami isteri tetapi dia sudah jauh menggantung harapan.

*****

Sekadar makluman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekadar makluman. DDH asalnya dari Merisik Hati. Tapi dah dirombak sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu. Konfliknya pun dah berubah seratus peratus. Sepatutnya Adli dengan Nur kahwin di akhir cerita. Ni adalah salah satu bab lepas diorang kahwin dan tak ada dalam DDH.

Sorry again.

Harap terus sabar menanti DDH 😅

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now